suria

Gadis bawah umur bangga hembus vape, selamba merokok depan orang... Lelaki ini runsing generasi muda makin tak malu buat salah

Pelajar sekolah dikatakan menggunakan e-rokok di tempat awam tanpa rasa malu.

PENGGUNAAN rokok elektronik (e-rokok) atau vape diakui semakin meningkat dalam kalangan golongan muda tanpa mengira jantina.

Perkara ini menjadi satu kebimbangan dalam masyarakat apabila wanita atau gadis yang masih bersekolah mula menjinakkan diri mereka dengan menghisap vape mahupun rokok pada peringkat awal usia.

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang pelayar dikenali sebagai Yazeed Hair Johari meluahkan rasa terkilan setelah melihat kejadian kurang menyenangkan ketika menaiki pengangkutan awam beberapa hari lalu.

Posting yang menjadi tular di Facebook.

Cerita Yazeed, dia menyaksikan dua orang gadis yang dipercayai masih bersekolah menggunakan vape tanpa rasa malu atau bersalah.

"Beberapa hari yang lepas saya naik MRT untuk ke Stadium Bukit Jalil. Temankan isteri saya yang fanatik badminton ni untuk tengok Malaysian Masters 2022.

"Jadi masa dalam perjalanan balik tu ada dua orang budak perempuan, sekali imbas nampak lebih kurang macam pelajar tingkatan dua atau tingkatan tiga dengan menggalas beg sekolah.

"Rambut dye warna ungu dan yang seorang lagi warna perang," katanya

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 minggu hisap vape, doktor kesan lelaki ditahan sebab denggi ada satu lagi penyakit - “Saya perlu dibedah, paru-paru divakum”

ARTIKEL BERKAITAN: Biarkan pelajar bergambar tak pakai baju, hisap rokok pun boleh... Guru Pendidikan Seni akhirnya dibuang kerja

Namun kata Yazeed penampilan itu bukanlah menjadi masalah utama kerana itu hak masing-masing untuk berfesyen.

"Siapa saya nak complaint fasal warna rambut mereka. Bukan pakai duit saya pun.

"Tapi apa yang membuatkan saya terfikir apabila nampak mereka, kedua-dua budak perempuan ni pegang disposable vape. Vape tu memang terkenal. Ramai yang kenal dengan rupa bentuk dia.

"Tambahan pula rokok elektronik ni kecil jadi senang untuk disorok dan juga tak berbau macam rokok. Kalau zaman dulu balik sekolah, memang kantoi kalau kau bau rokok.

"Tapi zaman sekarang vape tak meninggalkan kesan bau pada pengguna," tulisnya pada hantaran yang menjadi tular.

Pics of the man vapping and smoking at Brickfields for story on excise duty to be imposed on all electronic, non electronic cigarettes. —AZMAN GHANi/The Star

Terdapat pelbagai jenis vape dijual dalam pasaran.

Jelas lelaki berkenaan, pengalaman menyaksikan kaum wanita menghembuskan asap vape secara terang-terangan bukanlah kali pertama.

Malah dia mendakwa sudah berkali-kali bertemu dengan para pelajar yang pulang dari sekolah menaiki motosikal sambil menikmati rokok elektronik..

Ujarnya, kejadian yang berlaku ini berbeza dengan situasi zaman dahulu di mana pelajar sekolah takut sehingga terpaksa menyorok untuk melakukan kesalahan merokok.

Apa yang terjadi membuatkan lelaki ini berfikir sejenak tentang budaya menghisap rokok elektronik dalam kalangan remaja.

"Kalau zaman dulu budak sekolah yang hisap rokok. Semua menyorok. Sekarang selamba saja 'open' macam biasa.

Komen beberapa netizen pada posting tular.

"Siapa yang patut bertanggangung jawab? Orang yang menjual vape tanpa mengawal had umur? Ibu bapa yang terlepas pandang dan tak ambil tahu?

"Pengaruh kawan-kawan dan masyarakat setempat? Iklan vape yang berleluasa di sosial media tanpa dipantau?" tulisnya dengan pelbagai soalan tanpa jawapan untuk direnungkan bersama.

Berikutan posting yang menjadi tular, lelaki ini telah dihujani pelbagai komen yang bersetuju dan bimbang malah mengutarakan pendapat mereka tentang remaja masa kini.

Untuk rekod, hantaran itu telah meraih lebih 5,700 tanda suka dan dikongsikan lebih 900 di Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain