TINGGAL sebumbung dengan penyewa yang tidak beradab boleh mengundang rasa amarah! Lebih malang lagi apabila rakan serumah sering menggunakan barang peribadi kita tanpa meminta izin terlebih dahulu. Baru-baru ini tular satu ciapan di Twitter menunjukkan tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp antara dua orang rakan serumah. Posting yang mengundang kecaman ramai di Twitter. Perbualan itu berkisar tentang teguran rakan serumah kerana menggunakan minyak wangi berjenama tanpa kebenaran. "Am*r, sorry aku nak tegur sikit. Kalau nak pakai baju aku tak kisah, tapi boleh tak jangan pakai perfume aku?," tulis rakan serumah sewanya dalam mesej tersebut. Bersama mesej teguran itu, individu berkenaan turut berkongsi foto minyak wangi berjenama Tom Ford dengan botol bersaiz 250 milliliter (ml). Hasil carian di Internet, minyak wangi dengan kapasiti berkenaan dijual pada harga lebih RM3,500 sebotol. ARTIKEL BERKAITAN: Housemate acah jadi pencinta kucing, tapi pemalas cuci najis! Siap paksa penghuni lain bayar duit makan 6 ekor si bulus ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini ‘makan’ penampar housemate! Terganggu sebab masak jam 5 pagi jadi punca, video CCTV tular di FB Tidak senang dengan teguran itu, rakan serumah berkenaan membalas mesej yang dihantar dengan melabelkan individu tersebut sebagai seorang yang kedekut. "Ala... perfume sikit je pakai tak habis kut. Kedek (kedekut). Yalah lepas ni aku tak pakai lagi dah," balasnya. Tidak cukup dengan balasan mesej tanpa permohonan maaf itu, lelaki berkenaan memilih untuk berkongsi kepada umum perbualan tersebut di media sosial. "Anda ada tak housemate kedekut tahi hidung masin? Perfume saja kut. Dia ingat aku gred 19 gaji 200 saja ke?," tulisnya dalam ciapan tersebut. Antara komen netizen di Twitter. Bagaimanapun, hantaran itu mendapat kecaman warga maya yang tidak bersetuju dan berang dengan tindakan lelaki ini. "Dah cukup elok dia tegur pakai WhatsApp. Kalau dia tegur pakai kaki? "Kalau saya, pinjam apa pun beritahulah. Itu kan basic meminjam. Tak kan nak kena ajar lagi sudahlah beli pakai duit. "Benda ni boleh je dielakkan. Tak sedaplah housemate sound macam ni. "Mamat tu tak tahu agaknya harga sebotol Tom Ford tu hampir sebulan gaji pokok N19," ujar beberapa netizen. Pelayar Twitter yang menyatakan harga sebotol perfume bersamaan dengan gaji pokok pekerja bergred N19. Dalam ciapan yang sama, seorang pelayar Twitter memberikan cadangan kepada pemilik minyak wangi tersebut agar membeli dua jenis minyak wangi yang berbeza harga. "Sebab tu kena sediakan dua perfume. Satu yang 'mur mur' (murah), lagi satu yang premium," tulisnya. Untuk rekod, ciapan asal dan tangkap layar posting tersebut telah dipadam oleh pemilik akaun tersebut setelah meraih lebih 2,000 ulang kicau dan lebih 3,000 tanda suka. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu yang dianggap tidak wajar untuk berbuat sedemikian. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI