suria

“Ada lelaki tak boleh terima” - Disahkan berpenyakit, asyik bad mood... gadis tenang doktor suruh beritahu bakal suami awal-awal

Ainul kerap berasa letih sewaktu bekerja di kedai makan.

SIAPA sangka, berat badan turun secara mengejut telah mengubah keseluruhan nasib dan kehidupan wanita ini.

Bermula dengan kerap berasa letih ketika bekerja, Ainul Mardhiah Alfian akhirnya mendapat jawapan berhubung tahap kesihatan dirinya selepas berjumpa doktor.

Bercerita lanjut, gadis berusia 20 tahun ini berkata penyakit yang dihidapi membuatkan emosinya tidak stabil, malah simptom yang ditunjukkan juga agak sukar untuk diterima oleh pasangan.

"Pada akhir Disember 2021 kitaran haid saya tak teratur. Bila masuk pertengahan Januari 2022, saya selalu letih dan demam.

"Muka saya jadi pucat dan badan mula susut sampai kawan ramai tegur kenapa makin kurus. Saya abaikan saja sebab anggap ia perkara biasa. Saya kerja kedai makan, biasalah kalau rasa penat. Tapi memang saya terpaksa ambil cuti kalau jatuh sakit.

"Awal Februari saya dah rasa tak terdaya terutama bila jantung berdegup laju dari kebiasaan. Tangan saya menggeletar sampai terpaksa ambil panadol untuk tahan sakit," ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap pengsan, gadis terkejut ada masalah jantung! Bapa tolak cara implan bateri dan pembedahan, hidup macam biasa

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 7 bulan tak jumpa keluarga, pemuda Kuala Krai hampir buat ibu pengsan! Tiba-tiba muncul depan rumah segak pakai uniform polis

Menurut Ainul yang bekerja di sebuah gerai makan di Terengganu, berat badannya turun secara mendadak iaitu 10 kilogram dalam masa beberapa bulan sahaja.

Bimbang dengan tahap kesihatannya, dia kemudian berjumpa doktor di sebuah klinik pada Februari.

"Saya pergi klinik pada waktu lunch untuk check-up. Bila saya beritahu fasal berat badan yang turun mendadak, doktor terus tanya mengenai segala gejala yang sememangnya saya tengah alami masa tu.

Ainul bergegas ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

"Lepas saya beritahu semuanya kepada doktor, dia minta tengok bahagian leher sebab ada benjolan tapi belum pasti sama ada ketulan tu normal atau sebaliknya. Kata doktor, saya mungkin ada penyakit tiroid.

"Doktor beri saya surat untuk pergi ke Hospital Hulu Terengganu secepat mungkin. Kalau boleh waktu tu juga saya perlu pergi tapi saya masih dalam waktu bekerja. Doktor sempat pesan jangan pergi secara berseorangan sebab risau terjadi apa-apa. Jadi saya minta kekasih temankan ke hospital," ujarnya.

Sejurus tiba di hospital dia segera dimasukkan ke wad kecemasan dan proses rawatan awal bermula.

Keputusan ujian sampel darah mengesahkan bahawa dia menghidap penyakit tiroid seperti dijangka oleh doktor di klinik swasta di Marang, Terengganu sebelum ini.

Menurutnya, wad yang penuh bagi mendapatkan rawatan pada masa itu menyebabkan dia diminta ke Hospital Setiu.

Tapi saya tak nak masuk wad tapi doktor tetap pujuk sebab jantung saya dah berdegup lebih kadar 140. Disebabkan saya berkeras, mereka bagi MC (medical certification) dan kad temu janji seterusnya.

AINUL MARDHIAH

Bagaimanapun, menurut Ainul, dia enggan ditahan di wad bagi mendapatkan rawatan walaupun kadar degupan jantungnya lebih dari paras normal.

"Lepas dua hingga tiga jam saya tunggu keputusan di wad kecemasan, doktor beritahu yang benjolan tu memang bukan ketulan biasa.

"Tapi saya tak nak masuk wad tapi doktor tetap pujuk sebab jantung saya dah berdegup lebih kadar 140. Disebabkan saya berkeras, mereka bagi MC (medical certification) dan kad temu janji seterusnya.

"Doktor ada cakap tentang mood. Katanya saya tak boleh kawal emosi. Selalu cepat marah sampaikan benda kecil pun saya akan melenting dan tak boleh sabar.

"Doktor cadangkan beritahu pada bakal suami yang saya hidap penyakit ni sebelum kahwin. Sesetengah lelaki tak boleh terima perempuan yang selalu emosi berlebihan," katanya sambil menambah dia telah memberitahu teman lelaki tentang penyakit ini tetapi setakat ini belum merancang untuk berkahwin.

Bercerita lanjut, Ainul berkata, pulang saja dari hospital, pada sebelah malam badannya berasa semakin lemah dan dia muntah-muntah.

Surat doktor yang meminta Ainul pergi berjumpa pakar.

"Terbaring saja nak berjalan pun dah tak larat. Malam tu juga saya pergi ke klinik. Ayah nak bawa ke hospital semula tapi saya tak nak sebab takut kena masuk wad. Selepas tu saya pergi sajalah ke klinik swasta dan dimasukkan air satu botol barulah tubuh rasa segar sedikit," katanya lagi.

Keesokan hari, keadaan badannya semakin lemah dan jantung berdegup laju sehingga dia tidak boleh bangun untuk pergi bekerja.

Setelah beberapa hari berdepan keadaan sama, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana tidak mahu dipecat oleh majikan.

Menurut Ainul, dia menerima panggilan dari hospital pada 20 Jun lalu, meminta dia hadir untuk melakukan pemeriksaan susulan.

Namun keputusan penuh setelah ujian itu dibuat ke atasnya masih belum diketahui dan dijangka diperolehi pada 17 Julai ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain