HIDUP sebagai anak perantau lebih-lebih lagi di negara yang minoriti umat Islam sememangnya penuh dengan cabaran. Dalam pada perlu menyesuaikan diri dengan budaya serta suasana yang agak asing, mereka yang bergelar Muslim juga perlu kental demi memastikan akidah tidak mudah terpesong. Bagi wanita ini, dia juga tidak terkecuali berdepan dengan beberapa insiden yang berkait dengan soal agama, sewaktu menuntut di Jepun beberapa tahun lalu. Perkongsian coretan Nik Mujahidah mengenai pengalamannya ketika menuntut di Jepun beberapa tahun lalu. "Masa dekat Jepun dulu, kawan-kawan Jepun ajak 'tong tong' duit beli wine untuk birthday sensei (pensyarah). Saya dengan tegasnya explain kepada mereka tentang 10 golongan yang dilaknat sekiranya bersubahat dengan arak. "Saya seorang diri Muslim dalam lab tersebut dan saya tak takut untuk dipandang kolot mahupun rasa akan kehilangan kawan Jepun sekiranya saya berbuat begitu," kongsi wanita bernama Nik Mujahidah dalam satu catatan di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tanggal baju separuh bogel buat ‘live’ jawab soalan netizen, kerap kongsi tip hubungan seks di YouTube ARTIKEL BERKAITAN: “Dah kahwin, ada 7 boyfriends” - Wanita buka baju separuh bogel tak serik! Mengaku tolak gaya hidup Islam tapi bangga keluarga kuat agama Menurut bekas penuntut University of Hyogo itu, dia bagaimanapun tidak menyangka dengan respons serta penerimaan rakan-rakannya sewaktu bertegas dengan pendirian ketika itu. "Mereka sangat menghormati saya kerana prinsip Islam yang saya pegang. Mereka malah rasa takjub macam mana saya boleh amanah dengan prinsip tersebut sedangkan tiada siapa yang melihat sekiranya saya bersubahat dengan mereka pasal arak. "Sensei pernah tanya 'awak tak pernah teringin ke nak rasa arak ni? Kalau awak cuba seteguk pun arak ni, tak ada siapa pun tahu. Tak ada muslim pun dekat sini selain awak. Dan bukankah Tuhan awak di Malaysia?," ceritanya lagi. Bagaimanapun selepas diterangkan, pensyarah tersebut ternyata menghormati pendirian dirinya. Gambar memaparkan seorang wanita Muslim membuka tin bir yang menjadi tular baru-baru ini. "Sejak itu mereka tidak lagi ajak saya 'tong tong' duit beli wine. Malah kalau ajak beli barang barbeku, mereka hanya akan naik kereta saya untuk beli barang selain bir. "Bir saja yang mereka pergi beli dengan basikal. Setiap kali parti apa-apa pun, sebolehnya mereka akan buat dua sesi. Dan akan make sure saya dah balik dulu sebelum sesi minum (sesi kedua)," kongsinya lagi. Pengalaman tersebut dikongsikannya di Facebook kerana terpanggil untuk mengulas mengenai isu kontroversi pelawak menghina agama Islam dalam persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, baru-baru ini. Sejak itu mereka tidak lagi ajak saya 'tong tong' duit beli wine. Malah kalau ajak beli barang barbeku, mereka hanya akan naik kereta saya untuk beli barang selain bir. NIK MUJAHIDAH Ia adalah berkaitan penularan gambar memaparkan seorang pelawak lelaki yang sedang berdiri di pentas meminta bantuan seorang wanita Muslim bertudung yang duduk di barisan hadapan untuk membuka tin bir. Gambar tersebut tersebar luas di internet sekali gus mengundang kemarahan ramai kerana dianggap terang-terangan menghina agama Islam. Tidak menujukan kritikan kepada wanita bertudung di dalam gambar tersebut, Nik Mujahidah berkata tulisannya dibuat kerana berasa bertanggungjawab untuk memberi kefahaman mengenai pegangan Islam sebenar. "Saya yakin ramai lagi di luar sana yang seperti wanita tersebut tidak tahu hukum yang sebenarnya dan keliru dengan prinsip diri apabila berdepan dengan masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Nik Mujahidah menegaskan tulisannya adalah sebagai tanggungjawab seorang Muslim untuk memberi kefahaman mengenai tasawwur Islam yang sebenar. "Jadi tulisan ini lebih kepada memahamkan umum tentang tasawur Islam yang sebenar dan prinsip bila kita berdepan dengan orang bukan Islam. "Perlu menyampaikan, menegur dengan bahasa yang mudah difahami umum. Sebab paling penting kefahaman tu sampai kepada umum. "Bukan hanya kepada si pelaku. Bukan dengan mencaci si pelaku kemungkaran dan lari dari objektif asal untuk memperbetulkan fahaman yang salah itu," kongsinya lagi. Sehingga kini, hantarannya meraih sehingga 562 shares di Facebook. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI