suria

Terkesan posting perlekeh orang tak ada medical card, lelaki ini jelaskan kenapa ada individu masih tak ambil insurans... jangan main sindir je!

Seorang lelaki menegur tindakan menyindir golongan yang masih belum mempunyai kad perubatan.

SUDAH 2022 tak ada medical card? Lemah. Live update Hopsital Selayang. Macam tempat perang.

Demikian perkongsian gambar suasana di sebuah hospital dengan kapsyen seperti menyindir, dipercayai ditulis seorang perunding pelan hibah yang dianggap kurang sensitiviti terhadap tahap kewangan serta tidak menghormati pilihan orang lain.

Menerusi satu ciapan yang tular, seorang pelayar yang juga merupakan perunding kewangan serta perunding pelan hibah, Zafran Mustafa, berkongsi tangkap layar tersebut meluahkan rasa kurang senang dengan posting itu sekali gus membuatkan dia terpanggil untuk memberikan pendapatnya.

Tangkap layar berbaur sindirian dipercayai dibuat oleh seorang perunding pelan hibah.

Katanya, cara perunding berkenaan menarik lebih ramai pelanggan atau memberi kesedaran tentang kepentingan memiliki kad atau mengambil hibah bagi persediaan awal jika berlaku sebarang kecelakaan atau kemalangan adalah tidak wajar.

"Saya nak nasihat sikit kepada ejen-ejen yang ada pemikiran macam ni. Tolong jangan memperlekehkan orang yang belum ada medical card.

"Saya faham yang dia ni mungkin nak tunjuk adanya medical card tu bagus dan tak perlu bersesak seperti di hospital kerajaan. Tapi cara ini tak betul.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘pergi’ selepas bank in duit belanja RM100, anak lega arwah ‘fikir jauh’... tinggalkan hibah setengah juta cukup untuk keluarga teruskan hidup!

ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan bapa meninggal mengejut, anak ubah fikiran nekad belajar ke peringkat lebih tinggi... mengaku cuma berlakon tunjuk kuat!

"Kena tahu kenapa orang masih tiada medical card lagi," ujarnya dalam ciapan yang tular.

Menurut Zafran, rasa empati dalam diri haruslah menjadi keutamaan supaya mereka lebih memahami bahawa ada individu berkemungkinan tidak mampu untuk mengambil pelan hibah.

Tambahnya, walaupun nilai RM80 hingga RM100 sebulan itu kelihatan kecil bagi sesetengah orang, namun tidak semua individu mampu menanggung komitmen untuk membayarnya dalam jangka masa panjang.

"Mungkin bagi kita RM80 hingga RM100 untuk medical card asas tu mudah saja nak dapat. Tapi tak semua orang mampu terutamanya apabila nak beri komitmen dalam jangka masa yang panjang.

"Tak dinafikan juga ramai lagi yang kais sebulan, makan setengah bulan je. Terutamanya apabila sudah berkeluarga. Jadi, tolong berhati perut sikit bila luahkan sesuatu.

Ciapan asal yang menjadi tular.

"Kelangsungan hidup tetap perlu jadi nombor satu, tiada guna jika mencarum medical card tapi tak ada duit untuk perbelanjaan bulanan.

"Malah, ada juga sesentengah kes di mana individu yang mahu memiliki medical card tetapi gagal dek kerana memiliki masalah kesihatan membuatkan permohonan mereka gagal," katanya.

Selain itu, usia yang sudah lanjut membuatkan ada golongan yang cenderung memiliki penyakit kronik seperti diabetes yang menjadi punca permohonan mereka tidak berjaya.

"Masa sihat dahulu, belum mampu. Bila dah mampu, penyakit pula ada. Bukan mereka sengaja nak jatuh sakit. Kalau diberi peluang orang sakit pun boleh lulus, saya jamin ramai beratur nak buat.

"Ini termasuklah yang BMI tak sihat juga boleh buat medical card ditolak," ujarnya.

Jadi, berhemahlah apabila buat sesuatu atau mengajak orang daftar medical card atau hibah. Janganlah guna cara menyindir dan yang seangkatan dengannya.

ZAFRAN

Bukan itu sahaja, kurangnya kesedaran tentang kepentingan memiliki kad hibah ini juga membuatkan ramai lagi di luar sana enggan mengambil berat tentang faedah diperoleh jika melanggan pelan ini.

Dalam pada itu, lelaki ini turut menggesa orang ramai membantu menyampaikan kepentingan memiliki pelan ini kepada saudara-mara mahupun orang lain yang terdekat.

Tambahnya, kkeadaan kesihatan yang masih baik juga merupakan salah satu faktor terdapat golongan masih belum tergerak hati untuk mendaftarkan diri sebagai pencarum.

"Belum ada kesedaran lagi. Kehidupan kita ni dikelilingi manusia. Kalau circle kita tu memang belum ada yang diceritakan mengenai kepentingan adanya medical card ni, jadi kesedaran tu belum tentu ada. Inilah tanggungjawab kita, bukan hanya ejen, tetapi orang biasa.

"Bagitahu adik beradik kita, saudara mara kita dan kawan-kawan. Mereka perlu tahu. Bayangkanlah kita menjadi penyebab urusan kesihatan mereka jadi lebih mudah sebab ada medical card? Kan lebih baik macam tu?

Ciapan Zafran dalam bebenang yang sama.

"Percayalah cakap saya, apa yang keluar dari mulut orang sewaktu mereka sihat dan sakit, pasti berbeza. Kalau yang macam ni, kita hanya mampu berdoa sahaja supaya mereka diberi kesedaran awal.

"Kena ingat, fokus kita ialah untuk bantu orang lain. Kita nak seramai mungkin orang dan keluarga ada perlindungan takaful ni. Memanglah untuk cari rezeki diri sendiri, tapi kan bagus kalau kita dapat bantu orang sekali.

"Jadi, berhemahlah apabila buat sesuatu atau mengajak orang daftar medical card atau hibah. Janganlah guna cara menyindir dan yang seangkatan dengannya. Saya sentiasa berharap ramai yang dapat kesedaran betapa pentingnya medical card ni. Buatlah sewaktu sihat, kerana orang yang sakit, tak boleh dah buat medical card,' ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain