TEMPOH perkenalan panjang selama 14 tahun bagi pasangan ini akhirnya memasuki fasa baharu yang lebih serius. Begitulah yang terjadi kepada Nur Ahsha Nathyrah Hasbie, 27, dan pasangan, Ahmad Asri Abdullah Safawi, 32, apabila mereka mengikat pertunangan pada 11 Julai lalu. Ketika dihubungi mStar, Ahsha yang senang disapa Sha berkata dia dan suami mula mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Pertama kali bertemu dengan Asri adalah ketika saya berusia 13 tahun. Masa tu ada sambutan hari jadi dekat rumah ibu saudara. Dia datang dengan abang ipar saya tapi kami masih belum kenal. Dua hingga tiga hari lepas tu dia minta nombor telefon saya melalui abang ipar. "Rupanya lepas berkawan baru tahu dia sepupu abang ipar saya. Kami bercinta dari zaman sekolah sampailah saya sambung belajar pada 2016. Tapi lepas tu kami berpisah selama empat tahun atas sebab yang tidak boleh diceritakan. "Masing-masing ada pasangan lain selama kami putus hubungan tu.Tapi tak sangka masa 2020 kami berhubung semula dan kebetulan waktu tu masing-masing tengah single," ujarnya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Asalnya datang beraya, sekali terus jadi majlis tunang! Tak sia-sia abang askar dah lama beli cincin walau baru pertama kali jumpa ARTIKEL BERKAITAN: Hilang 16kg, 4 kali tangguh kahwin! Gadis bakar borang nikah selepas jadi orang terakhir tahu dia dan tunang ‘dah lama tak ada apa-apa’ Oleh kerana sudah lama mengenali antara satu sama lain termasuk keluarga masing-masing, ibu bapa Sha meminta agar mereka melangsungkan pertunangan dengan segera. Namun ujar Sha, dia masih belum bersedia untuk sebarang komitmen melibatkan soal perkahwinan kerana beranggapan masih terlalu awal. Bagaimanapun, wanita yang mengusahakan perniagaan sendiri ini akur apabila memikirkan keluarga bagi kedua-dua belah pihak yang sudah bersungguh untuk menyatukan mereka. Sha dan Asri berjumpa semula pada 2020. "Lepas kami berbaik semula, famili minta kami bertunang walaupun saya tak ready lagi nak fikir fasal kahwin. Tapi apabila fikirkan itu adalah permintaan mak, saya setuju untuk bertunang. "Saya terlalu rapat dengan mak sebab 24 jam berkepit sejak dia bercerai dengan ayah masa saya berumur lima tahun. Keluar ke mana-mana memang kami berdua saja sebab saya memang suka ikut mak. "Tapi rasa terkilan juga saya tolak waktu berbincang nak kahwin awal. Masa awal tahun 2021 ayah Asri meninggal dunia tapi dia ada nyatakan hasrat nak tengok kami kahwin. Jadi kami bersepakat bertunang masa Raya Haji kedua sebab kebetulan saudara mara yang jauh pun balik raya," ujarnya lagi. Akan ada salah faham, cepat bosan dan marah tapi semua tu tak jadi isu besar kalau kita boleh atasi dengan matang. NUR AHSHA NATHYRAH Menurut anak ketiga daripada lapan beradik ini, dalam masa 10 hari sahaja persiapan dilakukan sebelum majlis pertunangannya selamat dilaksanakan pada 11 Julai lalu. Segala tempahan solekan, pelamin, dan hantaran dilakukan sendiri oleh Sha dengan kos sekitar RM7,000. Majlis pertunangan Sha menelan belanja lebih RM7,000. "Kami bahagi dua untuk tanggung perbelanjaan majlis. Saya bersyukur famili pun ada bantu sponsor apa yang perlu. Kos agak tinggi tapi kena terima saja sebab rancangan saat akhir," katanya. Terdahulu Sha berkongsi video sekitar majlis pertunangannya sambil menyatakan tempoh perkenalan mereka sebelum bertunang. Rata-rata netizen di TikTok tertanya-tanya bagaimana Sha bersetuju menjadikan bekas kekasih sebagai bakal suami. Namun kata Sha yang berasal dari Terengganu, dia sendiri sukar untuk menerima kehadiran orang baharu dalam hidup yang belum tentu boleh memahami dirinya lebih baik berbanding tunangnya itu. Wanita ini merupakan seorang model berasal dari Terengganu. Mengulas lanjut mengenai hubungan, menurut Sha, tempoh perkenalan yang lama atau singkat bukanlah satu isu besar kerana setiap hubungan pastinya ada jalan ceritanya sendiri. Ujarnya lagi, konflik dan persengketaan yang wujud antara pasangan juga adalah lumrah bagi mereka sepanjang hubungan yang dijalinkan. "Bagi saya tak salah nak kenal seseorang tu dalam tempoh yang lama sebab setiap hubungan mesti ada ujian masing-masing. "Akan ada salah faham, cepat bosan dan marah tapi semua tu tak akan jadi isu besar kalau kita boleh atasi dengan matang. Sha bersama ibu(kiri) dan bakal ibu mentua (kanan). "Kami banyak bertolak ansur dan faham antara satu sama lain sebab komukasi tu sangat penting. Kalau bergaduh pun kami akan segera berbaik semula. Setiap kali ada masalah atau isu berbangkit kami akan segera selesaikan. "Keserasian pun penting juga bagi setiap pasangan bercinta. Jadi bagi saya kita kenalah bijak memainkan peranan dalam setiap apa jua masalah yang akan timbul. "Yang penting, perasaan cinta dan kasih sayang itu selalu ada dan sentiasa lebih dan tak pernah berkurangan. InsyaAllah," ujarnya menutupi kisah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI