BANYAK dugaan terpaksa ditempuhi dalam kehidupan berumahtangga terutama sekali bagi pasangan yang baru berkahwin. Turut merasai pengalaman ini, Amirul Apeez, 26, dan isteri yang disatukan pada 2019 namun hidup dalam serba kekurangan di rumah sewa yang terletak di Ijok, Kuala Selangor, Selangor. Bagaimanapun, lelaki yang senang disapa Apeez ini berkongsi kisah yang boleh dijadikan inspirasi apabila dia perlahan-lahan membina kehidupan sehinggalah mampu membeli rumah sendiri masuk tahun ketiga perkahwinannya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Pada dua bulan pertama berkahwin, saya tinggal bersama keluarga dahulu. Kemudian saya dan isteri ambil keputusan untuk berpindah dan tinggal dekat rumah sewa berdekatan untuk lebih berdikari. "Mula-mula masuk rumah, memang barangan tak lengkap. Ada katil, tilam, sofa, almari dan beberapa barang hadiah perkahwinan. "Peti ais pun ambil yang dah uzur dekat rumah ayah sebab mereka dah tak pakai. Dalam bank simpanan bersama ada sedikit saja," ujarnya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Sengsara anak sulung! Ibu bapa paksa beli kereta dan rumah untuk keluarga sebelum kahwin... Disuruh pula cari menantu kaya ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tanggung ujian berat selepas kahwin usia muda! Suami kudung dua kaki, sakit buah pinggang... nasib 4 anak kecil jadi tanda tanya Apeez yang bergelar suami ketika usia 23 tahun berkata, selepas berkahwin dia terpaksa bekerja lebih keras bagi menyara keluarganya sendiri. Dia yang menjual kasut secara online mengambil masa lebih satu tahun untuk memastikan kewangan untuk rumah tangganya stabil dan ketika itu barulah dia boleh menarik nafas lega. "Sebelum kahwin, macam-macam pekerjaan saya buat. Saya pernah berniaga kedai makan dan jadi tukang masak sebab saya membesar dari keluarga yang berniaga sendiri. Apeez menjual kasut dalam talian. "Pada masa sama juga saya buat bisnes online yang saya teruskan sampai sekarang. Dulu saya bermula dengan jual barang-barang preloved milik saya dan hampir licin semuanya. "Lepas kahwin saya kerja keras sebab tanggungjawab makin besar. Lebih kurang empat bulan berniaga sebagai reseller kasut sebelum kehidupan makin stabil," katanya. Setelah lebih satu tahun usia perkahwinan, rezekinya mula mencurah-curah malah isterinya juga hamil anak pertama mereka. Menyedari tanggungannya bakal bertambah, dia mula mengumpul wang untuk membeli rumah idaman demi keselesaan keluarga kecilnya. Dulu simpanan dalam bank RM1,000 pun tak sampai, kerja dari pagi sampai jam 3 hingga 4 pagi untuk uruskan bungkusan untuk dihantar kepada pelanggan. Saya curi-curi rehat sebab kerja seorang. Walaupun letih, bila fikirkan anak terus rasa hilang penat. AMIRUL APEEZ Namun halangan demi halangan terpaksa dihadapi dalam usaha mengembangkan bisnes apatah lagi ketika negara dilanda Covid-19. Malah, dia juga mendakwa telah dikhianati oleh orang lain yang iri hati melihat kehidupannya bertambah baik. "Isteri saya mengandung selepas kami setahun kahwin. Sekelip mata rezeki mencurah-curah termasuklah hadirnya anak dalam rahim isteri saya. "Mula dari situ saya dapat kumpul duit untuk beli tanah lot dan bina rumah idaman untuk keluarga kecil saya. Tapi lepas kerajaan umum kita terpaksa berkurung disebabkan PKP (perintah kawalan pergerakan) saya kena berniaga online saja. Apeez memiliki seorang cahaya mata sepanjang usia perkahwinan. "Dulu simpanan dalam bank RM1,000 pun tak sampai, kerja dari pagi sampai jam 3 hingga 4 pagi untuk uruskan bungkusan untuk dihantar kepada pelanggan. Saya curi-curi rehat sebab kerja seorang. Walaupun letih, bila fikirkan anak terus rasa hilang penat. "Sebelum ni lebih lima kali akaun Instagram saya disekat sebab orang dengki tapi saya teruskan berniaga juga. Jatuh dan bangun saya pun cuma famili saja yang tahu tapi saya tak pernah putus asa bila mengenangkan niat asal demi bahagiakan keluarga," ujarnya. Dalam perkongsian di TikTok yang meraih lebih 100,000 jumlah tontonan, Apeez berkongsi kejayaan yang dikecapi sehingga dapat membeli rumah pada usia masih muda. Rata-rata netizen mengagumi pencapaian yang diperoleh Apeez sehingga video tersebut dihujani pelbagai komen daripada mereka yang terinspirasi dengan perkongsiannya. Rumah baharu Apeez dah keluarga kecilnya. "Hampir tiga tahun juga kami tunggu rumah dua tingkat dekat Ijok tu siap. Dalam masa menunggu tu Allah berikan lagi saya rezeki dapat keluar kereta idaman pada raya lepas. "Alhamdulillah saya anggap semua ni rezeki dari anak, isteri, keluarga kecil dan hasil kerja keras selama ni. Macam-macam momen pahit dan manis di rumah lama tu ada. Rumah tu sudah jadi saksi jatuh dan bangun saya. "Pada 2022 yang ditunggu-tunggu, rumah kami siap dibina. Setelah lebih tiga tahun kami duduk rumah sewa dari susah senang tak ada apa-apa hingga mempunyai sesuatu yang kami impikan tercapai," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI