suria

Satu tak cukup, Khairulaming buka kilang Sambal Nyet kedua di Kota Bharu… Jualan cecah RM14 juta

Khairulaming umum buka kilang sambal kedua di Kelantan.

PERSONALITI media sosial Khairulaming melangkah lebih jauh dalam dunia perniagaan apabila mengumumkan pembukaan kilang sambal keduanya pada Selasa.

Menurut pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman itu, perniagaan sambal yang diusahakannya sejak awal 2021 mencapai jualan mencecah RM14 juta.

"Selepas setahun setengah beroperasi, Alhamdulillah hari ini jualan Sambal Nyet Berapi telah mencecah sejuta botol sambal bersamaan jualan sebanyak RM14 juta.

Kilang sambal Khairulaming akan memulakan operasi tidak lama lagi.

Kilang sambal Khairulaming akan memulakan operasi tidak lama lagi.

"Sebelum ini kita masak dan jual lebih kurang 200 botol sehari, sekarang kita naik 5,000 botol sambal sehari. Team kita dah berkembang dari lapan naik ke 50 orang.

"Saya gembira nak umumkan yang kita akan tambah lagi satu kilang baharu (kilang kedua). Lagi besar daripada kilang sebelum ini. Jadi, selamat datang ke kilang kedua saya," ujarnya.

Menurut Khairulaming, kilang baharu berkeluasan 22,000 kaki persegi yang terletak di di Kota Bharu, Kelantan itu akan memulakan operasinya tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jualan Sambal Nyet Berapi laris, Khairulaming derma RM10,000 buat Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Rimas mulut batu api di Twitter, KhairulAming tegur individu laga-lagakan ‘content creator’ masakan

Dia turut memberi bayangan bahawa kilang itu akan menjadi tempat persediaan untuk pengeluaran produk keduanya kelak.

"Ini satu milestone yang aku sendiri tak boleh terfikir masa mula-mula nak launch sambal ni dulu. It’s been a long journey and i’m happy boleh berkongsi rezeki dengan orang lain juga.

"Kilang ini akan menampung production tambahan untuk Sambal Nyet, dan juga menjadi tempat persediaan untuk pengeluaran produk kedua nanti.

Dulu bermula dengan 200 botol sehari, sekarang dah boleh masak sehingga 5,000 botol sehari.

KHAIRULAMING

"Thank you so much kepada semua yang menyokong dari awal launching dulu sampai ke hari ni. Thank you for being part of the journey. Will keep you guys updated on the upcoming progress," ujarnya.

Dalam posting sama, Khairulaming sempat mengimbas semula perjalannya dalam perniagaan sambal yang bermula pada Januari tahun lalu.

"Awal Januari tahun lepas kita bermula dengan 10,000 botol semasa first launching. Time ni sangat huru-hara, nak packing 10,000 botol ni ambil masa 10 hari. kita cuma ada space kecil sebab sewa lot kedai sebelah kedai runcit.

Khairulaming mengumumkan berita gembira itu menerusi media sosial.

Khairulaming mengumumkan berita gembira itu menerusi media sosial.

"Tiga bulan kemudian kita reach jualan RM1 juta yang pertama. Sales yang kita dapat ni kita rolling untuk buka kilang pertama seluas 14,000 kaki persegi. Time ni pun kita masih blur sebab first time buka kilang. Salah beli mesin, salah set up flow, macam-macam silap kita buat.

"Bila kes Covid-19 meningkat tahun lepas, kita kurangkan production kilang sebanyak 75 peratus untuk menjaga keselamatan semua orang di kilang. Barang supplier juga banyak yang sangkut, jadi kita operate pada kadar paling minimum untuk beberapa bulan.

"Selepas kes Covid-19 dah mula pulih, kita teruskan proses renovation kilang dan bawa masuk mesin untuk memudahkan lagi proses penghasilan sambal. Dulu bermula dengan 200 botol sehari, sekarang dah boleh masak sehingga 5,000 botol sehari.

Perniagaan sambal itu bermula pada awal tahun 2021.

Perniagaan sambal itu bermula pada awal tahun 2021.

"Pada awal tahun ni, kita menyambut ulang tahun pertama Sambal Nyet. Alhamdulillah kilang pertama dah siap 90 peratus renovation dan kita dah boleh beroperasi dengan normal. Walaupun banyak cabaran sebab ini first time kami operate kilang, alhamdulillah hari ni kita reach jualan sebanyak sejuta botol," ujarnya lagi.

Di Twitter, ramai netizen turut menzahirkan ucapan tahniah buat Khairulaming atas pencapaian itu.

Netizen turut menitipkan doa agar perniagaan yang diusahakannya terus maju dan berkembang pesat sehingga ke peringkat global.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain