suria

Kasihan Kylie Jenner jadian tak boleh makan ayam goreng seringgit... “Sakit rasa macam nak cabut bibir letak tepi!”

Najaa berkongsi kisah alahan terhadap daging ayam di TikTok.

INDIVIDU yang mempunyai alahan terhadap sesuatu keadaan, makanan ataupun ubat-ubatan sering ditemui dalam kalangan kita.

Namun, kesan terhadap alahan bergantung kepada setiap individu kerana ada juga yang terpaksa dimasukkan ke hospital berikutan alahan yang serius.

Bagaimanapun ramai juga yang hanya mengalami kesan alahan ringan seperti gatal atau bengkak pada anggota badan tertentu seperti dialami wanita ini.

Menerusi perkongsian video di media sosial, gadis bernama Najaa Abdul Aziz, 25, menunjukkan keadaan bibirnya yang bengkak selepas makan ayam.

Bercerita kepada mStar, Najaa berkata dia mula mengalami alahan itu sejak beberapa tahun lalu.

“Saya boleh tahu dan sedar ada alahan ni apabila makan ayam, bibir saya mula rasa sangat gatal. Sejak itu ayam yang trigger alahan tu saya panggil ‘forbidden chicken (ayam terlarang)’.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung mengidam ratah serbuk kopi, yang ke-2 alahan 'pindah' ke suami... baru 4 minggu dah kongsi rasa mual, isteri sebak ada kata itu tanda sayang

ARTIKEL BERKAITAN: Muka berkedut macam orang tua ketika hamil, makin ‘pedih’ banyak mulut yang mengata... Syukur suami terima seadanya

“Paling teruk saya pernah kena tahun 2019. Masa tu bibir saya membengkak paling besar,” ujar Najaa.

Bagaimanapun kata Najaa yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan, ayam kampung tidak disuntik merupakan antara jenis ayam boleh dimakannya tanpa alami sebarang alahan.

Najaa memiliki alahan terhadap ayam.

“Sebelum ni apabila makan ayam ada yang okey, ada juga yang tidak jadi saya buat eksperimen sendiri. Ternyata saya boleh makan ayam kampung yang tidak disuntik.

Kata Najaa, alahan berkenaan menyebabkan dia hilang salah satu 'nikmat dunia' yang digemarinya iaitu ayam goreng.

“Selalunya saya akan mula gatal beberapa jam selepas makan ayam proses. Apabila alergi tu datang mulalah bibir rasa berdenyut dan bengkak macam video saya kongsikan tu.

Tak nampak pun macam Kylie Jenner tapi apabila post video tu ada orang komen beritahu muka saya ada iras dia.

NAJAA

“Apa yang tak best fasal alahan ni, selepas kesan membengkak surut bibirnya mula menjadi kering dan pedih... ada kalanya terkoyak sikit.

"Sedih sangat apabila jadi alahan macam ni sebab saya suka makan ayam goreng. Kalau dapat ayam RM1 lagi bahagia hidup!” selorohnya.

Tambah Najaa yang kini bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta, dia belum berjumpa dengan mana-mana pakar untuk mengetahui punca sebenar masalah alahan ini.

Alahan Najaa menjadi semakin teruk pada 2019.

Namun, beberapa doktor yang dijumpai ketika masalah bengkak berlaku memberitahu bahawa Najaa mempunyai alahan terhadap beberapa jenis protein yang hanya boleh diketahui melalui beberapa ujian makmal.

Berikutan perkongsian Najaa di TikTok bagi menunjukkan kesan bengkak di bibir, ada juga netizen yang menyatakan bahawa wajahnya mirip artis antarabangsa, Kylie Jenner.

Malah, beberapa netizen turut berkongsi kisah alahan pelik mereka di ruangan komen.

Komen netizen pada video yang menjadi tular.

“Sejujurnya saya tak nampak pun macam Kylie Jenner tapi apabila post video tu adalah orang komen beritahu muka saya ada iras dia.

“Apabila post video tu ramai juga yang share fasal alahan makanan mereka sama dengan saya malah ada juga yang cakap alami alahan makan kek coklat.

“Video yang viral tu saya rakam pada pagi Ahad 31 Julai baru-baru ni. MAsa tu baru balik dari Sungai Congkak di Selangor.

"Saya makan ayam hari Sabtu, jadi kesan bengkak memang nampak macam dalam video tu lepas keesokan harinya,” ujar Najaa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain