suria

Pesanan lambat siap, pelanggan selamba cancel! Rider kata mereka pun kena ‘sidai’, jangan marah suka hati

Rider sering menjadi mangsa amarah pelanggan yang tidak sabar menunggu pesanan. -Gambar hiasan

SUDAHLAH kena ‘sidai’ (menunggu lama) dengan restoran, pelanggan pula ingin batalkan tempahan yang dibuat.

Demikian situasi yang dialami beberapa pekerja servis penghantaran (rider) apabila perkhidmatan yang ditawarkan dipersia-siakan individu yang tidak prihatin.

Lebih menyedihkan apabila kadang kala rider perlu mengeluarkan wang sendiri bagi membayar tempahan makanan apabila pelanggan yang memilih kaedah COD (bayaran semasa penghantaran) membatalkan pesanan secara tiba-tiba.

Seperti yang dilalui Mohd Hadzrin baru-baru ini, dia dikejutkan dengan mesej pelanggan yang ingin membatalkan pesanan kerana dikatakan telah menunggu lama.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan itu, dia turut meluahkan rasa letih kerana terpaksa menunggu pesanan yang dibuat oleh pelanggan berkenaan siap disediakan oleh pihak restoran.

“Penat saya tunggu. Saya pun kalau boleh tak mahu tunggu lama-lama macam ni,” luahnya membalas pesanan mesej yang diberikan.

Pada masa sama, Hadzrin memaklumkan bahawa tempahan makanan yang dibuat pelanggannya itu sedang disiapkan namun tidak pasti berapa lama lagi tempoh yang perlu ditunggu.

Bagaimanapun pelanggan tetap berkeras dan menyatakan dia dimaklumkan bahawa pesanan akan siap dalam tempoh 30 minit namun ia telah melewati waktu yang ditetapkan.

Disebabkan berang menunggu lama, dia nekad untuk membatalkan pesanan yang telah dibuat.

Terdahulu perkongsian Hadzrin tular di aplikasi TikTok dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk pekerja servis penghantaran.

Mesej yang diterima daripada pelanggan.

Mesej yang diterima daripada pelanggan.

Ada yang memaklumkan bahawa, kelewatan pesanan adalah berpunca daripada pihak restoran atau kedai makan dan pelanggan tidak sepatutnya menyalahkan rider apabila terpaksa menunggu lama.

“Untuk customer semua... minta tolong sangat jangan marah kami rider. Minggu lepas saya dah kena marah sebab pelanggan cakap lambat dan membuat aduan menerusi customer service.

“Bukan salah kami... rider lagi nak cepat. Salah vendor dan kesesakan jalan raya.

Geram kalau customer macam ni. Nak cepat pergi beli sendiri, asyik complaint saja!

NETIZEN

“Pelanggan tak faham apa maksud ‘sidai’. Setiap saat adalah berharga bagi rider semua.

“Pernah kena tunggu 40 minit dekat Pizza Hut tiba-tiba customer cancel tanpa maklumkan apa-apa.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider basah kuyup singgah di bus stop makan kek disedekah peniaga, apa ditemui dalam sampul cukup mengejutkan - "Kesian dah 45 minit dia tunggu”

ARTIKEL BERKAITAN: Lima minit rider kena ‘sidai’ masa hujan lebat, ribut petir... Pelanggan buat apa dalam rumah? Nasib baik jiran buka pagar ajak berteduh

“Kita hantar rumah customer tak sampai lima minit tapi nak tunggu order siap yang lama,” luah beberapa rider yang kesal dengan tindakan pelanggan.

Menyusuri ruangan komen di video berkenaan, warganet menzahirkan rasa simpati dengan nasib rider kerana khidmat mereka tidak difahami sesetengah pihak.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

“Aku pernah tunggu lebih satu jam... pukul 3 petang order, pukul 5 petang baru sampai. Ingatkan nak cancel tapi kesian rider.

“Geram kalau customer macam ni. Nak cepat pergi beli sendiri, asyik complaint saja!

“Aku biasa tanya rider lambat ke makanan siap. Tak marah rider. Aku cakap tak apa sebab faham bukan salah dia, sedangkan dia pun tunggu,” ujar beberapa lagi warganet yang pernah terkesan dengan insiden ‘disidai’ restoran.

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan tindakan sesetengah rider yang secara senyap membatalkan pesanan pelanggan kerana telah menunggu lama.

“Tak pernah lagi cancel, rider yang cancel adalah sebab lama sangat.

“Saya tak nak cancel.... tapi bila tunggu terlalu lama dari waktu yg diberikan mula fikir macam-macam sebab pernah rider yang cancel,” ujar beberapa pelanggan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain