suria

Ibu scam anak sendiri! Masak nasi bujang di dapur tapi bungkus macam kedai, siap ada paper bag... Habuan asyik nak makan luar

Perkongsian si ibu telah meraih lebih 400,000 jumlah tontonan di TikTok.

SETIAP anak-anak pastinya memiliki perangai atau ragam berbeza-beza.

Maka ia sudah pasti menjadi cabaran yang terpaksa dihadapi ibu bapa demi membesarkan anak-anak tersayang.

Bagi wanita ini, dia berdepan situasi pelik apabila anaknya hanya mahu menikmati makanan di kedai atau yang dibeli bungkus.

Namun demi menuruti kehendak anak tersayang, si ibu terpaksa melakukan apa yang termampu namun dalam masa sama mahu menjaga poket agar tidak terlebih berbelanja.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi 6 anak, bapa OKU sanggup cari helah... sakan shopping barang rumah, hakikatnya tak ada duit sesen pun! - “Saya biarkan tuan kedai mengira macam biasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan helah nak MC je, doktor dedah taktik pesakit di klinik... ibu hamil, mangsa kemalangan pun terbabit – “Lesap tanpa bayar”

Cerita wanita itu, dia terpaksa gigihkan diri untuk masak dan kemudian membungkus makanan seperti yang disediakan di kedai makan demi anak tercinta.

“Apabila anak susah makan... nak makanan yang beli saja.

“Seronok dia apabila nampak paper bag tu... dirimu tertipu nak!” tulisnya pada video yang tular di media sosial.

Ibu sediakan makanan nasi bujang kepada anaknya.

Sebagaimana perkongsian di TikTok sehingga meraih lebih 400,000 jumlah tontonan, kelihatan si ibu menujukkan proses penyediaan makanan untuk anaknya yang dikenali sebagai Arissa.

Pada mulanya si ibu dilihat memukul telur sebelum digoreng dan kemudiannya membungkus bersama sup kaki ayam beserta nasi putih sebelum dimasukkan ke dalam beg kertas.

Pada video sama, kelihatan si ibu menghulurkan beg tersebut yang kononnya dihantar oleh penghantar makanan kepada anaknya.

Dengan helah ini, anaknya menganggap bahawa makanan itu dipesan daripada kedai.

Hebat mak... kerja runner Grabfood pun buat juga demi anak nak makan.

NETIZEN

Setelah dihulurkan makanan, kelihatan si anak menunjukkan reaksi penuh teruja menerima bungkusan makanan.

Malah, si kecil kelihatan sungguh gembira dan berselera menikmati makanannya itu.

Idea kreatif itu ternyata mencuit hati mereka yang menontonnya.

Makanan itu dimakan oleh oleh anaknya yang berjaya ditipu.

Bukan itu sahaja, ada juga yang turut bercerita mengenai pengalaman hampir sama dilalui mereka sebagai ibu dalam melayan perangai anak masing-masing.

Dalam pada itu, beberapa netizen juga turut menyatakan hasrat mereka mahu meniru taktik sama untuk anak masing-masing.

Komen netizen di TikTok.

“Ibu memang scammer paling bijak.

“Hebat mak kerja runner Grabfood pun buat juga demi anak makan.

“Mak beli nasi bujang saja nak... Happy ya kamu. Tak apa yang penting mak pun senang hati.

“Terima kasih kak bagi tip! Anak saya kuat makan tapi nak makanan yang merepek saja. Lepas ni boleh buat macam ni mana tahu boleh makan nasi banyak," ujar netizen di ruangan komen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain