BERITA kematian pengasas produk Cik Non atau Nor Shahadah Aisyah pada 14 Jun lalu ternyata mengejutkan netizen. Biarpun pernah dikecam dek video kontroversi, Cik Non menerima pujian ramai selepas dia tampil bertudung sebelum diumumkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada otak. Terbaharu, suami Cik Non yang dikenali sebagai Fizi tampil membuat penjelasan berhubung kewujudan akaun TikTok palsu yang menggunakan nama serta wajah Allahyarham. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Okey guys Assalamualaikum. Yang dekat saya original (akaun) semua dah ditutup. Dan saya pun ada terdengar ada lagi, saya cari nama yang nama Nor Shahadah apa entah. "Tapi pengikut dia tak ramai, cuma 850. Saya mohon jasa baik kamu semua boleh tak report akaun tu ramai-ramai, bantu saya dan arwah isteri saya," ujarnya. Menurut pemuda itu, akaun Instagram dan Facebook milik Cik Non juga sudah ditutup, namun akaun TikTok palsu berkenaan masih wujud dan boleh diakses orang ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Suami tenang umum di TikTok Cik Non meninggal... tiada live pengebumian, mungkin tak tunjuk jenazah ARTIKEL BERKAITAN: “Aku sepak karang” - Tak pakai mask, pengasas kosmetik mengamuk selepas pak guard halang adik masuk gedung perabot popular "Sebab akaun tu kami tak buat. Akaun yang saya pakai ni pun akaun arwah, cuma saya dah private kan. Tinggal satu ni je akaun. Dua akaun Cik Non ada dekat telefon ni dan ia tidak dibuka. "Akaun Facebook, Instagram semua dah tutup. Bantu saya report akaun tu, Nor Shahadah apa, saya ada baca komen seminggu lepas, tengok balik hairan juga, yang original semua dah tutup. Bila saya tengok pengikut dia, ni mungkin akaun palsu. "Mungkin orang tu dah lupa password. Saya pun dah buat report tapi kena ramai-ramai buat report. Semoga semua yang tolong saya report akaun tu, saya doakan dia dimudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki. Amin," ujarnya. Saya mohon jasa baik kamu semua boleh tak report akaun tu ramai-ramai, bantu saya dan arwah isteri saya. FIZI Video penjelasan suami Allahyarham yang dikongsi menerusi TikTok meraih hampir 200,000 tontonan. Di ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tutur kata suami Allahyarham yang cukup tenang dan tidak melatah dengan kewujudan akaun palsu berkenaan. "Lembut betul cara awak bercakap. Alhamdulillah. Di situ nampak kesabaran awak. Teruskan penghijrahan. "Tertib awak jawab. Sabar itu indah. InsyaAllah moga perjalanan hidup awak dipermudahkan. Cik Non meninggal dunia pada Jun lalu. "Semoga dipermudahkan urusan awak dan arwah. InsyaAllah moga husnul khotimah buat arwah, Amin. "Soft spoken sangat. Semoga dipermudahkan rezeki awak dan keluarga. Semoga arwah Cik Non dicucuri rahmat Allah," tulis beberapa netizen. Untuk rekod, mStar pada 14 Jun lalu turut melaporkan berita kematian Cik Non selepas khabar duka itu disahkan oleh suaminya menerusi satu perkongsian video. Cik Non pernah tular pada tahun 2020 kerana video memaparkan dia masuk ke sebuah pusat beli-belah tanpa memakai pelitup muka ketika pandemik Covid-19. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI