suria

Amalan karut! Pekerja restoran bengang pelanggan curah air dalam pinggan harap rezeki tak putus... “Menyusahkan, nanti tumpah”

Perbuatan mencurah air ke pinggan selepas makan di restoran menimbulkan rasa kurang senang netizen.

PERKONGSIAN seorang wanita yang mengamalkan perbuatan mencurah air ke dalam pinggan selepas makan termasuk di restoran mengundang kritikan ramai.

Lebih-lebih lagi apabila dia mengaitkan amalan turun temurun itu dengan kepercayaan kononnya ia akan mendatangkan rezeki.

“Mak pesan lepas makan letak air dalam pinggan InshaAllah rezeki tak putus”, tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut menunjukkan demonstrasi cara dia membasahkan pinggan dengan menuang air

“Siapa macam ni, lepas makan letak air dalam pinggan?” kata individu terbabit lagi.

Untuk rekod, video tersebut menjadi tular sehingga meraih lebih 160,000 jumlah tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima sekeluarga makan di restoran tapi selamba buat macam rumah sendiri... tinggal tak basuh pinggan je!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar sanggup tak makan KFC ketika jamuan, alasannya buat warden asrama nak menitik air mata

Bagaimanapun rata-rata netizen tidak bersetuju dengan amalan berkenaan apabila ia menyentuh isu kepercayaan yang membawa kepada kurafat.

Kata mereka soal rezeki adalah hak Allah dan ia tiada kaitan dengan apa-apa amalan melainkan terdapat nas atau hadis sahih mengenainya.

"Ini adalah ilmu khurafat! Isu 'rezeki tak putus' adalah karut.

Wanita ini percaya bahawa amalan tuang air selepas makan membuatkan rezekinya murah.

"Bab rezeki tak putus ni kelakar... rezeki datang daripada Allah," tulis beberapa netizen menegur tentang kepercayaan wanita berkenaan.

Sebagai peringatan, tiada nas yang sahih mengatakan amalan membasahkan pinggan selepas makan boleh mendapat rezeki.

Sebaliknya seperti yang dijelaskan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kita digalakkan untuk menjilat baki makanan pada sudu atau jari selepas makan.

Kalau dekat restoran atau jadi tetamu (rumah orang) jangan buat macam ni... kalau tumpah ia menyusahkan pekerja dan tuan rumah.

NETIZEN

Mudah-mudahan kita memperoleh berkat yang kemungkinan terdapat pada baki makanan tersebut.

Nabi SAW sangat menekan soal ini, agar kita tidak terlepas daripada mendapat keberkatan yang ada di dalam makanan.

Selain isu berkaitan hukum, warga maya yang berpengalaman bekerja sebagai pelayan di kedai makan juga terpanggil memberikan pendapat masing-masing berhubung amalan membasahkan pinggan.

Komen netizen di TikTok.

Kata mereka tindakan tersebut menyusahkan pekerja mengangkat pinggan ketika mengemas meja yang ditinggalkan pelanggan selepas makan

“Bagi saya yang pernah kerja sebagai waitress agak menyusahkan sebab nak cepat, tak perasan ada air dalam tu boleh basah sekali meja dan tukang angkat tu.

“Kalau dekat restoran atau jadi tetamu jangan buat macam ni. Kalau tumpah menyusahkan pekerja dengan tuan rumah. Mana lagi baju-baju cantik. Lagi-lagi time ada event. Naya

“Menyusahkan, nanti tumpah kena baju. Lagipun kami memang rendam dulu sebelum basuh. Kalau mangkuk tak apa kut, jangan pinggan,” komen beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain