suria

Bukan simpati tapi makin geram! Pengemis warga asing guna taktik ‘patah tengkuk’ ketuk cermin kereta... “Laju pula toleh kiri kanan”

Rakaman video menunjukkan warga asing meminta sedekah di lampu isyarat Batu 3, Shah Alam.

PENINGKATAN jumlah pengemis warga asing yang mengambil kesempatan daripada kebaikan penduduk setempat semakin membimbangkan.

Malah ada yang sanggup menyamar dengan seolah-olah menghidap penyakit kronik selain kehilangan anggota badan demi meraih simpati orang ramai.

Terbaharu, kegiatan yang dipercayai didalangi sindiket itu dirakam di lampu isyarat Batu 3 menghala ke Glenmarie di Shah Alam, Selangor.

Berdasarkan video berdurasi 21 saat itu, kelihatan beberapa individu yang merupakan warga asing memakai rigid splint collar bergerak ke arah kereta yang berhenti sambil menghulurkan bekas sebagai isyarat mahu meminta sedekah.

Bukan seorang tapi berdasarkan rakaman sama dapat dilihat dua orang pengemis yang kedua-duanya memakai rigid splint collar aktif berjalan menghampiri setiap kereta tidak seperti orang sakit.

Situasi itu menarik perhatian ramai hingga menyebabkan video perkongsian Syai di aplikasi TikTok turut tular di beberapa platform media sosial lain.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan pernah melihat kelibat si peminta sedekah yang sama di sekitar Shah Alam.

Mereka dikatakan menggunakan modus operandi (MO) yang sama iaitu mengalami kecederaan di anggota badan sebelum menjalankan aktiviti meminta sedekah.

Walaupun memakai rigid splint, warga asing terbabit dapat menoleh seolah tidak mengalami sakit leher.

Walaupun memakai rigid splint, warga asing terbabit dapat menoleh seolah tidak mengalami sakit leher.

"Aku baru nampak dia bertongkat jalan perlahan-lahan. Semalam cakap patah tangan.

"Leher berbalut tapi kepala boleh pusing 180 darjah.

"Kat Ukay Perdana pun ada... siap pakej kaki tempang.

Tolong kutip warga asing bermasalah dalam negara ni, hantar ke negara asal mereka.

NETIZEN

"Berani pula tengkuk patah keluar berjalan. Laju pula toleh kiri kanan.

"Kerja apa mereka buat sampai patah tengkuk," ujar beberapa netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Makcik pengemis’ viral sewa hotel? Guru pulang bawa 1001 persoalan selepas terjah pasar raya, buat siasatan - “Anak dia lepak je food court”

ARTIKEL BERKAITAN: Budak Rohingya minta sedekah mungkin didalangi sindiket

Dalam pada itu, tidak kurang yang menzahirkan rasa kurang senang dan bimbang jika kehadiran sindiket mengemis seumpama itu tidak dibanteras pihak berkuasa.

"Tolong kutip warga asing bermasalah dalam negara ni, hantar ke negara asal mereka.

"Yang masuk secara sah kita santuni, sebelum mereka datang rakyat kita hidup aman... peluang kerja pun mudah dapat.

"Sekarang kita pula yang menumpang, ada jadi samseng dan kurang ajar," kata mereka.

Netizen menyuarakan kebimbangan apabila warga asing semakin berani meminta sedekah.

Netizen menyuarakan kebimbangan apabila warga asing semakin berani meminta sedekah.

Dalam masa sama ada juga segelintir netizen yang menyalahkan sikap segelintir pihak yang menghulurkan sumbangan tanpa meneliti terlebih dahulu kedudukan sebenar si pengemis.

"Perkara ni terjadi sebab ada yang bagi duit atas alasan kesian ataupun katanya kalau dia tipu tu urusan dia dengan Allah. Padahal dengan cara macam tu, kita akan menggalakkan lagi aktiviti mereka.

"Orang kita juga yang menggalakkan kegiatan macam ni. Apabila kita tak nak bagi derma habis 'disekolahkan'. Apa-apa yang ada di jalan raya, derma atau jual memang tak layan... hampir terlanggar pun ada.

"Sebab sifat rakyat Malaysia yang suka simpati pada orang macam tu. Hasilnya... mungkin hidup mereka lebih mewah daripada kita," luah beberapa lagi netizen yang tidak berpuas hati.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain