suria

Kakak jaga macam arwah mak, adik nangis nak tinggalkan kampung! Sempat beri ‘pesanan penting’ sebelum naik bas

Aidil menangis kerana merindui kakaknya yang menjaganya di kampung.

NAMPAK kuat, tapi hati tisu.

Sememangnya bukan mudah untuk melihat air mata lelaki walaupun hakikatnya menangis itu sebenarnya adalah fitrah manusia.

Begitulah kisah seorang pemuda yang berkongsi video tangisannya yang dirakam ketika menaiki bas gara-gara merindui kakaknya.

Bercakap kepada mStar, Muhammad Aidil Zailani mengakui tidak dapat menahan sebak semasa meninggalkan kampungnya di Janda Baik, Pahang, pada Ahad.

Lebih mesra disapa Aidil, katanya, dia sebelum ini berada di kampung selama tiga minggu kerana cuti sakit selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

"Saya dilanggar oleh sebuah kereta ketika menunggang motosikal. Akibat kemalangan tu, saya mengalami kecederaan di bahagian kaki dan sukar untuk bergerak.

"Jadi, adik jemput saya di rumah sewa di Cameron Highlands dan hantar ke kampung. Kakak yang jaga saya selama tiga minggu," katanya kepada mStar.

menangis kerana kakak 3

Keadaan Aidil selepas dilanggar kereta.

Menurut pemuda berusia 27 tahun itu, ibu bapanya sudah meninggal dunia dan kakaknya yang merupakan suri rumah tinggal bersama suami dan anak-anak di kampung.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik terkenang kebaikan kakak... sanggup datang dari jauh, rela tiada gaji 8 hari demi bantu hadapi trauma pasca banjir

ARTIKEL BERKAITAN: Abang 'pergi' sebelum majlis nikah, selepas setahun baru adik ada kekuatan buka hadiah kahwin pemberian arwah - "Tekaan saya tepat"

"Kakak yang tolong balut dan ubatkan kaki saya, jaga makan minum saya, dia masak... baju saya pun dia basuh.

"Dari saya hanya boleh bergerak dengan kerusi roda, kakak jaga sehinggalah saya boleh berjalan menggunakan tongkat," ujarnya mengenai kakaknya yang berusia 31 tahun.

menangis kerana kakak 8

Kakak membantu membalut dan mengubati luka pada kaki Aidil.

Sepanjang tempoh tiga minggu itu, Aidil yang merupakan anak keempat daripada lima beradik memberitahu, kakaknya menjaganya seperti arwah ibunya.

"Paling terkesan apabila setiap pagi, kakak akan buatkan sarapan untuk saya. Siap bancuhkan susu untuk pulihkan kaki saya.

"Masa balut dan sapu ubat pada kaki saya, kakak kata dia terkenangkan masa jaga arwah ayah dan arwah mak. Kakak yang banyak membantu menjaga mereka," katanya sambil menambah ibunya meninggal dunia pada 2017 akibat jangkitan kuman di paru-paru, manakala bapanya dijemput Ilahi setahun kemudian kerana menghidap kanser paru-paru.

menangis kerana kakak 7

Aidil bersama kakaknya.

Bagi Aidil, kakaknya yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu seorang yang rajin melakukan kerja-kerja rumah dan suka membantu orang lain.

"Ada persamaan sifat kakak dengan arwah mak, iaitu suka bercakap dan membebel. Banyak menasihati saya supaya sentiasa jaga diri.

Kakak terkenangkan masa jaga arwah ayah dan arwah mak. Kakak yang banyak membantu jaga mereka.

AIDIL

"Masa saya nak balik tu, dia berpesan supaya cepat-cepat kahwin supaya ada orang yang boleh tengokkan (jaga) saya," katanya.

Aidil yang merupakan penjawat awam mengakui hari pertamanya selepas pulang dari kampung begitu sunyi kerana ketiadaan kakaknya.

menangis kerana kakak 2

Aidil (kiri) bersama keluarganya.

"Pagi pertama saya bangun memang sebak sebab dah tak ada kakak bancuhkan susu. Rasa sunyi sampai rasa tak nak pergi kerja.

"Saya ingat lagi masa saya cuti sakit, saya yang bekerja secara kontrak 'terlepas' mengikuti sesi temuduga untuk jawatan tetap.

"Saya cakap kat kakak, saya nak berhenti kerja sebab stres. Tapi kakak beri semangat pada saya untuk teruskan dan tunggu peluang lain.

"Kakak macam mak saya. Kalau kita dah tak ada mak ayah, jangan rasa kita tak boleh gembira kerana kita masih ada adik-beradik dan saudara-mara," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain