suria

‘Transfer’ RM400 untuk 2 anak, bapa cuma ada baki RM7! Lega mesin ATM tak buat hal, seolah faham kesusahan

Seorang individu berkongsi kisah bertemu dengan seorang pakcik. -gambar hiasan foto The Star

FIGURA bergelar bapa sering digambarkan sebagai seorang yang tegas dan garang, tetapi hakikatnya mereka juga penyayang.

Sifat yang jarang-jarang atau tidak pernah ditunjukkan itu mungkin tidak disedari oleh anak-anak.

Bagaimanapun, dalam situasi tertentu ada orang luar yang menyedari malah dapat merasai pengorbanan seorang bapa.

Menerusi satu perkongsian, seorang individu bercerita mengenai kunjungannya ke sebuah bank untuk membuat bayaran menerusi mesin deposit tunai.

Kehadiran seorang pakcik yang berdiri di belakangnya menimbulkan tanda tanya, sebelum lelaki itu bersuara meminta bantuan.

"Nak, boleh tolong saya? Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong. Hari ini cuti umum cik," kata pakcik itu.

Seorang individu berkongsi kisah bertemu dengan seorang pakcik. -gambar hiasan foto The Star

Seorang individu membuat bayaran sebelum ditegur oleh seorang pakcik. -gambar hiasan foto AZMAN GHANI/The Star

Menyambung perbualan, dia dapat meneka pakcik berkenaan sering meminta bantuan pegawai untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank anak-anaknya.

"Duit untuk anak pakcik ya? Ya, dia belajar di Selangor, di UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)," katanya mengimbas kembali perbualan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bapa B40' buka cerita tak habis sekolah... akui kerap termenung, menangis di tempat kerja kenangkan nasib anak-anak - "Tak mahu mereka jadi seperti saya"

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa terdiam gambar konvo tadika RM20, tarik tangan anak tinggalkan dewan - "Tu motosikal bos dia, pinjam nak pergi konvo"

Menurutnya, wang sebanyak RM200 berjaya dimasukkan ke dalam akaun bank anak pertama pakcik itu.

Dia membantu lagi untuk memasukkan jumlah wang yang sama buat anak kedua pakcik itu.

"Tapi kali ini ada RM10 lima keping, RM50 dan RM100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yang RM100 keluar semula. Dua kali.

"Pakcik ada duit lain? Tak ada nak," tambahnya.

wang

Seorang pakcik mahu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank anak-anaknya. -gambar hiasan

Dalam pada itu, dia sempat menjeling ke dalam beg duit yang dibawa pakcik tersebut.

Namun hatinya berasa sayu apabila mendapati hanya tinggal RM7 sahaja di dalamnya.

"Hati mula tersentuh. Cuba lagi masukkan. Moga dipermudah. Alhamdulillah berjaya," katanya sambil menambah terpancar kelegaan pada wajah pakcik itu.

Begitulah ibu bapa, yang penting anak didahulukan.

NETIZEN

Setelah selesai, pakcik berkenaan beredar dengan langkah yang perlahan, dan perasaan ingin tahu membuak-buak untuk melihat kenderaan yang dinaiki lelaki itu.

Dengan wajah yang sugul, pakcik tersebut menunggang motosikal dalam cuaca hujan yang renyai ketika itu sambil matanya bergenang.

"Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga. Belajarlah sungguh-sungguh wahai anak-anak kepada pakcik itu.

"RM400 untuk dua orang anak. Sikit untuk dirinya memadai. Moga Allah memberkati pakcik itu, moga Allah luaskan rezeki semua ayah di luar sana, moga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk ayah yang selalu saya sanjungi," katanya.

komen

Antara komen netizen.

Sehubungan itu, dia menasihatkan kepada para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu bapa.

"Kepada yang masih belajar, belajar dengan bersungguh-sungguh. Ingatlah harapan kedua-dua insan tersayang ini," katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pengorbanan bapa berkenaan.

"Begitulah ibu bapa, yang penting anak didahulukan. Perut sendiri tak peduli, asal selesai bahagian anak-anak.

"Seorang ayah walaupun nampak tegas dan ganas tapi hati mereka seperti jelly (lembut), demi anak-anak apa pun mampu dilakukan," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain