suria

“Pakai tudung, pakai stokin tapi mencuri!” - Wanita dituduh kutip pokok Floria, mujur anak muncul kongsi resit!

Seorang wanita didakwa mengambil pokok pameran oleh seorang pengguna di Twitter.

FESTIVAL mempamerkan pelbagai spesis bunga-bungaan serta tanaman hiasan, Floria Diraja Putrajaya 2022 dilanjutkan berikutan sambutan menggalakkan daripada orang awam.

Namun, apabila peluang masuk ke pameran diberi secara percuma, ada pula individu yang didakwa mengambil kesempatan dengan membawa pulang pokok-pokok hiasan tanpa izin.

Lebih membangkitkan kemarahan netizen apabila seorang individu berkongsi sekeping foto menunjukkan sekumpulan pengunjung mengambil pokok-pokok berkenaan pada Rabu.

Ciapan asal di Twitter.

“Orang tak habis lagi melawat Floria tu, kamu semua dah start kutip pokok bunga bawak balik,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.

Malah, dikatakan bahawa pengunjung yang mengambil bunga tersebut sebagai golongan berkemampuan setelah melihat pada kenderaan mewah dinaiki mereka.

Tegasnya, pengunjung tersebut tidak memahami akan konsep pameran percuma.

“Nak kata perangai B40, kamu naik Estima.

Free entry, bukan free pokok bunga,” katanya lagi.

Berdasarkan gambar dikongsikan lelaki itu, kelihatan seorang wanita sedang memasukkan beberapa pokok ke dalam but kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh lelaki berbaju Melayu curi kondom raya pertama siap bawa budak, ramai syak segan nak bayar... kalau dah kahwin kenapa malu?

ARTIKEL BERKAITAN: Lagak seperti perompak, wanita ini curi-curi dengar perbualan dengan cashier... Berderau darah dapat tahu apa yang diminta!

Hantaran asal bagi ciapan tersebut menerima pelbagai reaksi dan perbalahan dalam kalangan netizen di Twitter.

"Benda ni berlaku dari floria dulu lagi. Penganjur dah lama sound. Setiap kali buat setiap kali sound tapi entahlah. Rakyat jenis pekak tuli dan buta hati.

“Pakai tudung, pakai stokin tapi mencuri! Meluat betul. Tersangat kecewa orang tiada common sense, selfish, dan tiada kesedaran kendiri.

“Geramlah. Makin lama ada saja wakil yang akan tunjuk perangai macam ni," komen netizen.

Anak kepada makcik yang mencuri tampil dengan kenyataan ibunya tidak mencuri.

Bagaimanapun, seorang pelayar tampil mendakwa dia merupakan anak kepada wanita itu dengan menyangkal dakwaan dibuat.

Jelas lelaki itu dalam membela ibunya, kenyataan menuduh si ibu mengambil pokok di festival tersebut merupakan tuduhan meluru tanpa usul periksa.

"Woi ni mak aku. Mak aku beli pokok yang dijual dengan resit lagi bukan main kutip saja.

"Hangpa semua memang b*b* mulut puaka tak ada insurans. Tanpa tanya terus nak conclude," kata lelaki tersebut.

Selain menjelaskan perkara itu demi menghentikan tanggapan buruk pada ibunya, lelaki ini turut membuat satu hantaran lain menunjukkan resit pembelian 25 jenis pokok tersebut dengan harga RM150.

Semakan di ruangan komen mendapati netizen mula mempercayai bahawa pokok itu dibeli dan meminta agar lelaki ini menyaman atau membuat laporan polis terhadap lelaki yang menyebar berita tidak betul itu.

"Dah boleh buat kes saman dah ni. Boleh dapat lebih dari jumlah beli pokok tu siap boleh lebi banyak lagi lepas ni.

Resit pembelian sebagai bukti ditunjukkan oleh si anak.

"Kalau betul ni legit dan benar sebenar-benarnya, saman saja yang sebar fitnah tu. Tangkap layar semua ciapan dia, Tweet asal dan tweet keras kepala pada replies lain. Semoga jadi pengajaran untuk kita semua," balas netizen di ciapan itu.

Untuk rekod, ciapan lelaki ini membela ibunya telah diulang kicau lebih 8,000 di Twitter dalam masa satu jam setelah dimuat naik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain