suria

Leher bernanah angkara gigitan charlie, wanita tanggung azab macam kena minyak panas... Lepas sapu ubat jadi melecur pula!

Kesan bisa charlie pada hari pertama (kiri) semakin teruk selepas menyapu krim dari klinik (kanan).

JIKA dilihat pada kesan lecur dan kemerahan pada leher wanita ini, pasti ramai yang menyangka ia angkara terkena minyak panas ataupun air mendidih.

Namun siapa sangka, dalang di sebalik kesakitan yang dialaminya adalah semut charlie!

Biarpun ia hanya serangga kecil, namun bisa yang ditinggalkan amat memudaratkan tubuh badan manusia sebagaimana kesan lecur pada hampir keseluruhan bahagian depan leher wanita ini.

Hanya mahu dikenali sebagai Fyra Zulkifli, wanita ini berkata dia tidak menyedari menjadi mangsa gigitan serangga berkenaan, sehinggalah terlihat kulit lehernya bertukar kemerah-merahan.

"Kejadian berlaku pada Julai lalu, ketika saya berada di semester akhir pengajian. Saya dan rakan-rakan menyewa di sebuah apartment. Di apartment yang kami sewa itulah saya terkena.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak meraung sengkenit tumpang dua telinga, ibu terkejut video raih hampir 18 juta views - “Saya agak dapat dari kucing”

ARTIKEL BERKAITAN: Padah penyet semut api! Perkelahan selepas lama tak jumpa bertukar tragedi, wanita hampir maut... sesak nafas sampai pengsan

"Saya tak tahu waktu bila ia gigit. Sedar-sedar dah ada kesan merah tapi waktu tu hanya merah kecil saja. Saya fikir tak serius tapi bila dah tiga hari, kesan merah tu makin membesar.

"Kawan saya kata, ini mungkin kesan gigitan charlie. Saya pernah dengar pasal charlie, ingat biasa-biasa saja. Tapi apabila dah terkena, tak tahu pula teruknya macam ni," ujar penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Melaka ini.

CHARLIE 3

Beberapa hari selepas terkena bisa charlie, Fyra mendapatkan rawatan di klinik.

Fyra berkata dia segera mendapatkan rawatan di sebuah klinik selepas disarankan oleh rakannya kerana bimbang bisa serangga tersebut boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk.

Bagaimanapun, selepas dua hari menggunakan losyen calamine yang diberikan, kesan kemerahan pada lehernya bertukar seperti kesan melecur.

"Saya pergi lagi sekali ke klinik dan doktor pun macam buntu juga. Akhirnya dia suntik dan cuci nanah pada kesan lecur tu. Sakit sebab pedih.

CHARLIE 2

Kulit leher Fyra makin teruk selepas menyapu krim yang diberikan oleh pihak klinik.

"Selepas balik klinik, menangis juga dan saya ceritakan kepada ibu. Lupa pula sepupu ibu seorang ahli farmasi, jadi saya terus minta pandangannya.

"Dia suruh saya pergi ke farmasi dan beli 'Acyclovir cream'. Malam tu saya sapukan pada kawasan lecur pada leher dan Alhamdulillah, keesokannya kulit semakin kering.

"Saya konsisten saja sapu dan lama kelamaan, ia mengelupas seperti bersalin kulit," katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Sejak kena gigit charlie, saya ada perasaan trauma sikit kepada serangga yang jenis terbang.

FYRA ZULKIFLI

Kata Fyra, sepanjang kira-kira seminggu menanggung 'azab', dia mengakui ada kalanya berasa segan dan hilang keyakinan diri untuk keluar rumah.

"Alhamdulillah sekarang dah dua bulan berlalu, kesan lecur tu dah semakin pulih dan hanya tinggal parut yang tidak berapa ketara.

CHARLIE 5

Kulit mulai menggelupas selepas Fyra menyapu krim yang dibeli di farmasi.

"Sejak kena gigit charlie, saya ada perasaan trauma sikit kepada serangga yang jenis terbang. Sebab bimbang benda sama berulang," ujarnya yang kini sedang menunggu panggilan untuk menjalani latihan industri.

Tambah Fyra, dia sama sekali tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka di aplikasi TikTok meraih lebih 941,000 jumlah tontonan.

CHARLIE 4

Kulit pada bahagian leher Fyra kini hanya tinggal bekas parut.

"Saya hanya upload suka-suka sebab nak kongsi antara kenangan yang tak dapat dilupakan. Tak sangka pula 'meletup'. Dekat ruangan komen, ada orang bagi petua, ada yang kongsi pengalaman sama.

"Ada yang cerita, mata pakcik dia buta sebab kena gigit charlie. Rupa-rupanya ada yang lebih teruk!

"Dalam masa yang sama, saya nak share, bagi sesiapa yang terkena gigitan charlie, terus pergi farmasi beli krim untuk matikan bisa dia. Jangan biar lama," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain