suria

Air mata auto mengalir nampak mak ayah masuk dewan, siap bawa kek birthday... Suami gembira kejutan untuk isteri menjadi!

Isteri Saharrudin menangis gembira melihat ibu dan ayahnya hadir semasa sambutan ulang tahun kelahirannya.

DIRAIKAN semasa hari ulang tahun kelahiran sudah cukup membuatkan seseorang itu gembira.

Ditambah pula dengan kehadiran insan tersayang yang dibawa khas sebagai kejutan, ia pastinya lebih bermakna!

Begitulah yang dialami Hizawina Karmon ketika meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-38 baru-baru ini.

Momen indah itu semestinya akan tersemat dalam sanubari selepas segala perancangan yang direncanakan suami, Saharrudin Sarifdin, 38, berjalan lancar di samping kehadiran ibu dan ayahnya.

Menerusi perkongsian video, dia bukan sahaja terkejut malah turut mengalirkan air mata sejurus melihat ibu dan ayahnya melangkah masuk sambil membawa jambangan bunga beserta kek hari lahir.

Reaksi yang tidak disangka itu berjaya menerbitkan perasaan sebak dan terharu dalam kalangan tetamu yang hadir.

Bercerita mengenainya kepada mStar, Saharrudin berkata, sambutan hari lahir isterinya memang dilakukan setiap tahun.

"Setiap tahun memang saya raikan hari lahir dia, jadi tahun ni nak buat kelainan sikit tapi nak lakukan perkara yang memberi makna.

Sambutan hari lahir diadakan semasa program Takafulnya dengan pasukan.

Sambutan hari lahir diadakan semasa program Takafulnya dengan pasukan.

"Saya nak ciptakan momen yang boleh diingati selamanya dan dalam masa meraikan... ia dapat memberi iktibar kepada orang lain juga.

"Oleh itu, saya berhasrat membawa ibu dan ayah mentua datang sebagai kejutan pada isteri. Orang yang menyaksikan juga akan mendapat impak seperti menghargai orang tua jika mereka masih mempunyai," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Alahai! Kejutan hari jadi nenek nyaris tak menjadi gara-gara ikut instinct adik... suasana kelakar bertukar sedih ketika tiup lilin

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rombongan’ dari Melaka ke Shah Alam nak buat kejutan, sekali terperangkap dalam lif... apa jadi memang tak dijangka, birthday girl anggap hari lahir paling lucu

Menurutnya, kejutan hari lahir dibuat semasa program Takaful dianjurkan untuk pasukan kerjanya di Pasir Gudang, Johor.

Namun dia tahu bahawa isterinya pasti akan menyedari bahawa sambutan akan dilangsungkan berikutan ia adalah acara istimewa setiap tahun.

"Sambutan tu dibuat semasa program saya bersama pasukan. Isteri memang boleh jangka akan ada keraian kerana hari lahir dia disambut setiap tahun.

Saharrudin bersama isteri dan empat anaknya ketika bercuti di Langkawi, Kedah.

Saharrudin bersama isteri dan empat anaknya ketika bercuti di Langkawi, Kedah.

"Mungkin masa tu dia cuma terfikir yang saya akan menyanyi terlebih dahulu di atas pentas sebelum memberi ucapan.

"Jadi apabila tiba-tiba dia melihat ibu dan ayahnya hadir, dia rasa terharu sehingga menitiskan air mata," jelasnya yang membuat perancangan rapi selama seminggu.

Lebih menggembirakan apabila ibu dan ayah mentua turut memainkan peranan dengan sebaiknya.

SAHARRUDIN

Malah Saharrudin bersyukur kerana idenya itu mendapat sokongan serta bantuan rakan-rakan yang lain sehingga ada yang menawarkan diri untuk tolong mengambil mentuanya di Segamat.

Tambah bapa kepada empat cahaya mata itu lagi, insiden cermin kereta pecah yang kebetulan berlaku beberapa hari sebelum sambutan dilakukan seolah-olah 'merestui' perancangan yang dibuat.

Mana tidaknya, ia memudahkan setiap urusan termasuk mengehadkan pergerakan isteri.

Isterinya bersama kedua orang tua dan anak-anak.

Isterinya bersama kedua orang tua dan anak-anak.

"Setiap perbincangan dengan ibu mentua juga saya padam supaya tidak meninggalkan jejak yang boleh merosakkan perancangan.

"Lebih menggembirakan apabila ibu dan ayah mentua turut memainkan peranan dengan sebaiknya.

"Isteri saya suka menghubungi orang tua dia setiap hari... jadi dalam tempoh masa tersebut, kedua-duanya tidak menjawab panggilan yang dibuat isteri," kata Saharrudin gembira kerana impian untuk menampilkan kelainan berjaya dilakukan.

Terdahulu, video perkongsiannya tular di TikTok sehingga ditonton lebih 124,000 pelayar.

Rata-rata warganet menzahirkan rasa sedih dan sebak kerana melihat momen isterinya memeluk erat kedua orang tua.

"Rindu nak peluk mak ayah. Ya Allah kuatkan hatiku.

"Hargai ibu bapa yang masih ada. Auto air mata mengalir apabila parents awak masuk disusuli pula dengan lagu bertambah sedih.

"Besar sungguh kasih sayang ayah dan ibu terhadap anak tercinta. Kami sebagai penonton pun turut menitis air mata," ujar beberapa netizen di ruangan komen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain