suria

Tak tahan nak kencing, wanita Singapura jalan kaki 2km cari tandas… Katanya berbaloi masuk Malaysia

Seorang wanita berkongsi pengalaman masuk ke Malaysia dari Singapura.

CUTI hujung minggu yang panjang sempena perayaan Deepavali menyebabkan kesesakan trafik di seluruh negara termasuk antara Johor dan Singapura.

Di selatan tanah air, difahamkan kesesakan berlaku di arah Singapura dan Johor menerusi Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Tular mengenai seorang wanita berkongsi pengalaman 'terperangkap' dalam kesesakan dekat pusat pemeriksaan di Tuas untuk masuk ke Malaysia.

Dek kerana menunggu terlalu lama, dia berdepan situasi 'kecemasan' iaitu mahu membuang air kecil.

jalan 2km kencing 4

Wanita tersebut mahu membuang air kecil ketika kesesakan lalu lintas.

Namun gara-gara keinginannya untuk masuk ke Malaysia, wanita berkenaan sanggup berjalan kaki sejauh dua kilometer (km) untuk kencing.

"Berjalan kaki dari Tuas menghubungkan Malaysia yang sesak kira-kira 2km sebab saya nak buang air kecil," tulisnya menerusi satu video TikTok yang tular.

Menerusi video berdurasi 9 saat itu, menunjukkan dia berjalan di tepi laluan yang menyaksikan kesesakan kenderaan yang begitu panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak manja! Pekerja 'otai' di Singapura menyampah Gen Z kuat merungut Tambak Johor sesak... "Tak nak jammed, duduk kampung"

ARTIKEL BERKAITAN: Rugi permit! Pengurus restoran di Singapura kesal ada Gen Z dari JB cuma kerja 3 hari, beri alasan tak munasabah

Dalam keterangan video, dia turut mendakwa terpaksa berjalan jauh untuk membuang air kecil kerana tidak dibenarkan untuk menggunakan kemudahan tandas.

jalan 2km kencing 2

Tangkap layar video seorang wanita berjalan kaki.

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara jelas di mana dia berhenti untuk membuang air kecil, termasuk lokasi kemudahan tandas yang dinyatakan.

Dakwanya lagi, terdapat beberapa pengguna jalan raya lain turut mahu membuang air kecil.

"Ada orang yang bertindak agresif pecahkan pintu tandas dan semua orang mula nak buang air kecil. Kami 'terkandas' dalam traffic jammed selama lima jam," katanya lagi.

Kami 'terkandas' dalam traffic jammed selama lima jam

PENGGUNA TIKTOK

Perkongsian tersebut yang meraih 106,000 tontonan di TikTok menimbulkan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.

Rata-rata mereka memberikan cadangan yang melucukan untuk menghadapi situasi tersebut.

jalan 2km kencing 3

Antara komen netizen.

"Bawalah beg plastik lain kali. Pasang langsir dalam kereta.

"Lain kali letak baldi dalam kereta anda.

"Gunalah kawasan semak. Sila guna lampin dewasa.

"Saya fikir boleh jual beg 'air kencing', pasti boleh buat duit," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, seorang netizen mempersoalkan mengapa wanita itu masih mahu ke Malaysia meskipun berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Bagaimanapun berdasarkan jawapan balas di ruangan komen, wanita itu menyifatkan ia satu perjalanan yang berbaloi.

"(Yes, worth the jam but a day to remember). Benar, berbaloi (menempuh) traffic jam, tetapi ia adalah hari yang tidak dapat dilupakan," kata wanita itu secara ringkas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain