suria

Abang Viva berdamai dengan keluarga… Majlis sambut menantu Disember ini

Azwan membuat satu hantaran menjelaskan keadaan dia dan keluarga yang sudah berbaik.

SELEPAS tiga hari kisah rumah tangga Abang Viva atau Azwan Omar hangat menjadi bualan ramai, akhirnya kekusutan yang timbul berjaya diselesaikan.

Berita gembira itu tentunya melegakan peminat aktivis banjir berkenaan yang mengikuti rapat perkembangannya selama ini.

“Alhamdulillah, segala perselisihan faham diselesaikan dan kami menjadi seperti dahulu kembali. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Saya wakil daripada seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi,” katanya menerusi Facebook pada Isnin.

Posting asal yang tular.

Menerusi posting sama, Azwan meminta orang ramai tidak lagi mengecam mana-mana pihak dan membiarkan isu membabitkan keluarganya diselesaikan secara tertutup.

“Saya berharap tiada lagi kecaman atau isu yang akan dikeluarkan. Biarlah apa yang berlaku dan apa yang kami bincangkan menjadi rahsia antara keluarga kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena kick dari grup WhatsApp, Abang Viva tetap akui ‘mak ayah nombor 1’! Mohon diberi ruang selesai isu kahwin secara tertutup dengan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Abai keluarga, kahwin tanpa restu mak ayah? Abang Viva nak buat live, netizen nasihat tak perlu jelaskan apa-apa

“Terima kasih dan maaf sekali lagi kepada semua dan saya juga berharap tiada lagi persoalan atau pertanyaan tentang isu ini kepada ibu bapa saya.

“Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja. Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban bukan keluarga saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu Azwan berkata dia merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinannya pada Disember depan.

InsyaAllah, majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan 12 tahun ini.

AZWAN

Selain itu dia memohon maaf kepada pelanggan perkhidmatan cuci kereta yang diusahakannya kerana tidak dapat beroperasi buat seketika.

“InsyaAllah, majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan 12 tahun ini.

“Maaf juga kepada customer saya sebab tak dapat datang untuk basuh kereta anda dan mungkin saya bercuti dalam satu atau dua hari lagi sebelum saya teruskan kembali kerja cucian kereta bergerak saya,” ujarnya.

Dalam posting sama, Azwan turut memuat naik foto bersama keluarganya termasuklah isterinya, Evanoza Zakaria.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober lalu.

Azwan bernikah dengan wanita pilihannya Evanoza Zakaria pada 14 Oktober lalu.

Terdahulu, konflik yang berlaku bermula apabila seorang wanita dipercayai merupakan kakak Azwan iaitu Fauziyah Omar membuat satu hantaran di Facebook.

Dalam posting tersebut, Fauziyah menyatakan bahawa Azwan berkahwin tanpa restu keluarga dan telah mengabaikan orang tuanya sejak berkenalan dengan si isteri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain