suria

Macam Bawang Merah, Bawang Putih! Anak dedah dihantar ke asrama masa Form 1, kemudian mak ayah terus lepas tangan

Keluarga boleh menjadi penyeri hidup dan juga sebaliknya bergantung kepada masa lalu seseorang.

KELUARGA kebiasaannya merupakan insan yang kita boleh berikan sepenuh harapan dan kepercayaan tanpa rasa sangsi.

Membesar bersama sejak kecil bermakna keperibadian luar dan dalam sesama adik beradik dalam keluarga sudah dapat dikenali sebaiknya.

Namun harus diingat tidak semua orang yang dilahirkan di dunia ini dianugerahkan keluarga sakinah untuk menceriakan hari-hari dalam hidup mereka.

Tangkap layar ciapan luahan individu tanpa nama.

Begitulah peritnya luahan seorang individu tanpa nama di Twitter @ConfessTweetMY yang mengakui dirinya dahagakan kasih sayang keluarga tetapi keinginannya itu tidak pernah kesampaian.

“Masa aku kecil dulu aku selalu dianaktirikan. Aku dua beradik je tapi mama papa lebihkan abang.

“Apa yang abang minta mesti dapat tapi bila aku je terus kata tak ada duit,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga mentua penuh kasih sayang, anak ‘hilang rasa’ terhadap famili sendiri... salahkan ibu kandung jarang peluk sejak kecil

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih, marah dan kecewa! Sudahlah anak kecil dirogol, satu keluarga dipulau... dihalau dari rumah pusaka, konon mengada-adakan cerita

Tidak cukup setakat itu, dia juga mendakwa ketika ibu bapa keluar pergi bersiar-siar bersama abangnya, dia jarang dipelawa untuk ikut sekali.

Malah dia juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga rumah ketika ketiadaan mereka, seperti plot cerita rakyat Bawang Merah, Bawang Putih.

“Kalau nak keluar jalan nanti mereka bersiap sesama sendiri tak ajak aku.

Zaman kanak-kanak akan membentuk perwatakan seseorang apabila dewasa kelak. -Gambar hiasan

“Lepas tu suruh aku jaga rumah padahal kereta tu muat je empat orang kan. Jadi aku banyak habiskan masa seorang dekat rumah,” ceritanya kecewa.

Seterusnya apabila dia mula meningkat ke alam remaja, dia tidak mensia-siakan fasa itu dan banyak membuat kawan baharu ketika memasuki sekolah berasrama penuh.

“Bila naik form 1 aku masuk asrama. Mula dekat situ aku ramai kawan sampai tak rasa nak balik rumah.

“Aku balik kalau cuti panjang je. Setakat cuti sehari dua memang tak la,” ujarnya.

Sekarang aku dah kerja terus merantau jauh dari keluarga.

PENULIS TANPA NAMA

Lebih menyayat hati apabila ibu bapanya juga tidak pernah mencari masa untuk melawatnya di sekolah.

Parents aku pun tak pernah lawat aku kat asrama. Sampaikan sekarang aku dah tak kisah langsung,” katanya.

Kesan daripada kisah tragis bersama keluarganya, dia tidak lagi berminat untuk membaiki hubungan bersama mereka walaupun mempunyai pertalian darah.

“Sekarang aku dah kerja, terus merantau jauh dari keluarga. Aku balik kampung hari raya je.

Antara kata-kata semangat yang dilontarkan netizen.

“Itu pun balik raya dua hari je sebab rasa I don’t belong there. Aku tak call diaorang pun sebab diaorang pun tak tanya khabar aku dari asrama,” luahnya.

Di penghujung sesi luahan, dia meluahkan rasa gembira dengan kehidupannya kini dan tidak akan menoleh ke belakang lagi.

“Aku happy dengan life yang aku create sendiri sekarang,” katanya menutup bicara.

Luahan itu mengundang simpati warga maya dan ramai yang memberikan kata-kata semangat.

“Tidak mengapa, jangan berharap pada yang tak sudi. Nanti create your own family. Cari partner yang baik, build your own family. All the best.

Should be okay la, just move on and be humble, InsyaAllah you will be fine.

“Semoga dipermudahkan segala urusan (anonymous). Memang susah nak hidup tak ada caring and loving family at the side. Just remember you have Allah, so please stay strong and be happy,” antara sokongan netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain