ADA common sense, begitulah pemikiran sesetengah masyarakat apabila menjamu selera di restoran makanan segera. Walaupun terdapat pekerja yang ditugaskan untuk membersihkan sisa makanan dan mengangkat tray yang ditinggalkan pelanggan, tetapi masih ada individu yang sudi membuangnya di tong sampah atau tempat khas yang disediakan. Bagaimanapun, masih terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan atas sikap timbang rasa individu lain. Perkara itu dikongsi oleh seorang pemuda, Zuan Ishmael di Facebook, mengenai pengalamannya ketika berkunjung ke sebuah restoran makanan segera. Kebiasaannya terdapat pekerja yang akan mengemas meja di restoran makanan segera. -Gambar hiasan "Minggu lepas aku gi fast food. Macam biasa lepas habis makan. Aku kemas sendiri meja aku. Masa tu ada juga beberapa meja yang dah kosong tapi pelanggan tak mahu duduk sebab 'beruk-beruk' yang makan kat situ sebelum tu tinggalkan sisa makanan atas meja. "Staf yang mengemas kebetulan tengah sibuk dengan urusan lain," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: "Bila dengar tu sumpah puas!" - Ada pelajar tak tahu common sense, bawa selimut berkampung di McD, harap suasana study macam library! ARTIKEL BERKAITAN: Gaduh lagi siapa patut kemas meja di restoran, pelanggan 'bitter' dilabel berkira... "Dah la nak makan kena beratur!" Namun apa yang tidak sedap didengar apabila seorang pelanggan wanita secara tiba-tiba menjerit mengarahkannya untuk mengutip dan membuang sisa makanan di meja lain. "Masa aku tengah buang sampah kat tong sampah tu selamba je satu akak ni sound aku 'Dik selepas ni kemas meja tu pula ye. Akak satu famili ni nak duduk situ'. "Aku pandang dia, aku cakap 'Saya bukan staf sini, saya customer'. Akak tu tanya 'Awak kemas meja ni?' Aku cakap 'Ni memang habit saya kemas sendiri selepas selesai'," katanya lagi. Sisa makanan yang ditinggalkan pelanggan di meja. -Gambar hiasan Respons daripada pelanggan wanita tersebut ternyata mengejutkan. "Akak tu jawab dengan champion... 'Ooo habit sendiri, selepas ni boleh tolong kemas meja situ pula?'. Aku tengok muka dia, gelak dan terus blah (beredar)," ujarnya. Menurut Zuan lagi, dia tiada masalah untuk mengemas meja yang mahu digunakan untuk menikmati hidangan di restoran. "Fuh tak pernah tak menghiburkan B40 kental macam ni. Aku kalau nampak meja yang aku nak duduk tu ada sampah, aku kemas je. Tak ada masalah pun yang penting ada sikap prihatin. Jangan la dah la miskin, pemalas pula. Kalau nampak meja yang aku nak duduk tu ada sampah, aku kemas je. Tak ada masalah pun yang penting ada sikap prihatin. ZUAN ISHMAEL "Bila ada pelanggan makan di mana-mana kedai makan ataupun fast food kemas sendiri, mereka ni bukan volunteer awam! They simply taking care of their own stuff. "Bukan tolong kemas meja orang lain sekali. Dah makan pandai la kemas sendiri," tulisnya di Facebook sehingga hantarannya dikongsi di pelbagai platform media sosial. Hantaran yang dikongsi Zuan Ishmael hingga tular. Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan pemuda tersebut yang terus beredar tanpa membantu mengangkat dan membuang sisa makanan bagi pihak pelanggan wanita itu. "Kau boleh gelak je selepas tu blah. Kenapa tak sound 'pemalas hidup nak senang je'. Adoi, tak syok tak sekolahkan dia. Geram aku, ingat kuli dia ke? "Rare sungguh makcik yang bro jumpa. Sebab biasanya, kalau tersalah sangka pun, habis setakat kita terang kita bukan customer je. Ni lepas terangkan, siap suruh kemas meja lain... aneh-aneh sungguh. "Acah-acah kat rumah ada maid (pembantu rumah) la tu. Malang laki dia," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI