suria

“Dah terang tak boleh makan, nak muntah” - Pelanggan dapat ayam gepuk hitam, minta tukar pekerja suruh tambah duit

Pelanggan berkongsi rakaman video dan foto menerusi Twitter sehingga kes itu tular.

AYAM gepuk merupakan salah satu menu yang semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malah, banyak restoran serta kedai makan berlumba-lumba menawarkan menu itu memandangkan permintaannya yang sangat menggalakkan.

Di sebalik kemeriahan itu, tular isu kurang enak apabila sebuah restoran ayam gepuk didakwa gagal menyajikan kualiti yang terbaik buat pelanggannya.

Menurut seorang pelayar Twitter, dia berdepan pengalaman buruk apabila ayam yang diberikan kepadanya sudah bertukar menjadi hitam.

ayam1

Tangkap layar posting tular di laman Twitter.

"Tak tahulah apa yang bad sangat servis korang ni, ayam hitam macam ni bagi kat customer eh," tulisnya menerusi Twitter pada Khamis lalu.

Pelanggan itu turut mempersoalkan tindakan pekerja kedai terbabit yang didakwa meminta dia membuat bayaran tambahan sekiranya mahu menukar ayam lain.

"Minta tukar cakap tak boleh, kena tambah duit. Dah terang tu ayamnya nak makan pun tak boleh, nak muntah," ujar pelanggan itu.

Dia turut berkongsi bukti dalam bentuk rakaman video dan foto menerusi Twitter sehingga posting berkenaan meraih lebih 2,800 ulang kicau (retweet).

Minta tukar cakap tak boleh, kena tambah duit. Dah terang tu ayamnya nak makan pun tak boleh, nak muntah

PELANGGAN

"Tak jangka tweet ini akan tular macam ni, tapi jika staf itu nampak tweet ini, saya hanya nak cakap tolong ambil serius kata-kata pelanggan.

"Dah minta tukar tu tahu la memang tak boleh makan. Bukan cakap dengan I ‘eh saya bau elok je, nak tukar kena tambah RM5’!! Allahu," tulis pelanggan itu lagi.

Di ruangan balas posting berkenaan, netizen turut berkongsi pendapat masing-masing mengenai kejadian malang seumpama itu.

Selain menyelar sikap pekerja kedai tersebut, ada yang turut memberi cadangan agar kes berkenaan diadukan kepada pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayam goreng dilonggok tepi dapur, lenyek kentang dalam periuk atas lantai... apa kata pemilik video ini?

ARTIKEL BERKAITAN: Kembang tekak! Pelanggan jumpa siput perosak dalam kailan ikan masin... Rupanya ramai ‘complaint’, siap dapat singgang bau kain buruk

"Viralkan. Langsung tak ada rasa tanggungjawab dan bersalah bagi customer makan macam ni. Kalau orang keracunan baru nak sedar ke kedai ni? Nak untung je tapi tak fikir kualiti makanan macam mana. Marahnya aku mereka suruh tambah duit pula? Report.

"Maybe ayam ni lama sangat frozen then time basuh ayam tu mereka tak perasan ayam dah jadi hitam, kalau ayam hitam macam ni memang tak boleh jual dah. Kasihan dekat customer.

"Pernah jadi makanan favourite. Tapi betul lah, makin lama makin kurang berkualiti.

ayam3

Saluran untuk pelanggan membuat aduan mengenai kualiti makanan.

"Patut tukar nama, ayam g****ng. Dulu beli ayam mentah tak masak. Dua outlet pergi pun barai," tulis beberapa pelayar Twitter.

Di ruangan balas posting berkenaan, netizen turut memberi cadangan beberapa nama kedai ayam gepuk lain yang dikatakan lebih sedap dan menyajikan kualiti yang bagus.

Bagi pelanggan yang berdepan situasi serupa, anda boleh menyaluarkan aduan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain