INSIDEN feri penumpang terkandas di muara Kuala Kedah akibat air laut surut pada petang 23 Oktober lalu cukup mendebarkan bagi mereka yang melaluinya. Berdasarkan beberapa video yang dikongsikan salah seorang mangsa di TikTok, dapat dilihat keadaan yang tegang dengan segelintir penumpang berkumpul di bahagian atas feri menanti bantuan. Ujar Aidil Rozali, 20, kejadian tersebut adalah kerana air laut surut yang luar biasa dan feri yang dinaikinya terpaksa bertukar haluan berikutan ada kerja korek pasir di laluan asal. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Laluan baharu itu difahamkan mempunyai dasar yang cetek dan menyebabkan feri terjerumus ke dalam selut. Menceritakan semula momen yang mendebarkan itu, Aidil berkata dia terperangkap di atas feri dari pukul 3 petang sehingga pukul 10 malam. ARTIKEL BERKAITAN: 7 abang bujang kenyang sepanjang jalani kuarantin, beg sangkut di pintu gril ‘mewah’ dengan makanan... siapalah yang baik hati sangat ni? ARTIKEL BERKAITAN: Hebat di gelanggang, dekat di hati orang kampung! Bantu pelajar kurang berkemampuan di Bukit Mertajam, Chong Wei disifatkan pemurah, baik hati "Ramai yang panik, ada yang dahaga dan lapar. Lepas itu baby ramai dah yang start menangis tak berhenti sebab panas. Aircond dah mati. "Memang panas berpeluh habis. Pihak feri buka tingkap nak bagi kami dapat oksigen. Dekat enam jam kami atas tu. "Tandas pulas tak ada air, boleh tahan berbau semua terperap dalam tu," ceritanya ketika dihubungi mStar. Saat bertukar ke minit dan minit bertukar ke jam, menanti bantuan yang tidak kunjung tiba, kerisauan mula timbul di setiap benak fikiran. Bot orang pergi memancing tu yang tolong bawa bayi, warga emas, orang sakit dan sesak nafas. AIDIL ROZALI "Pada mulanya kami berharap pihak Maritim (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) datang tolong. Lepas tu ada sebuah bot yang datang, tapi tak datang dekat. "Mereka cuma ambil gambar dari jauh mungkin untuk laporan. Mereka ronda beberapa kali dekat feri kami. "Saya rasa mereka takut bot yang mereka naiki tersangkut. Maritim datang semula selepas maghrib, " ujarnya. Ketika ditanya sama ada mereka bergelap apabila malam mula menjengah, Aidil berkata lampu di dalam feri masih boleh dinyalakan. Nelayan menjadi wira tidak didendang ketika hari kejadian. Namun begitu, apa yang menyentuh hati adalah apabila para nelayan datang menghulurkan bantuan. Bot yang kecil dan ringan menyebabkan mereka terkecuali daripada menerima nasib yang sama seperti feri berkenaan. "Bot orang pergi memancing tu yang tolong bawa bayi, warga emas, orang sakit dan sesak nafas. "Mereka (nelayan) berani datang dekat walaupun ada risiko bot sangkut. Tapi syukur mereka berjaya bawa semua ke jeti. Keadaan di dalam feri yang berhimpit di antara warga emas dan mereka yang sakit. "Dalam 15 orang macam itu berjaya dibawa keluar. Yang tinggal atas feri orang sihat macam kami je," kata Aidil. Aidil berkata para nelayan itu mempunyai satu bot besar yang menunggu di perairan dalam dan bot kecil yang berulang-alik membawa penumpang. "Beberapa kali juga bot kecil tu pergi balik dari bot besar ke feri kami. Dia transfer sedikit demi sedikit. Nelayan membuat cubaan untuk menunda bot. "Ada juga satu bot nelayan ni cuba tunda feri kami, dia ikat tali dekat bahagian depan feri dan cuba tarik kami keluar tapi tak berjaya. "Mereka cuba sebaik yang mungkin untuk tolong kami. Walaupun bot mereka kecil tapi berguna ketika diperlukan," katanya. Sebagai penutup bicara, Aidil berkata dia bersyukur tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku dan semuanya selamat. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI