LAMAN Twitter kecoh dan seakan-akan kelakar pula jadinya apabila seorang pemuda mendakwa kereta miliknya mengalami kemalangan kecil gara-gara terpaksa memberi laluan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama pengiringnya. Menerusi tweet pada Ahad petang, pemuda yang menggunakan nama @Pio_Dhurjana mendakwa kereta dinaikinya terpaksa mengelak ke tepi ketika kenderaan membawa Tunku Ismail atau TMJ melalui sebuah jalan menghala ke Pasir Pelangi, Johor. "Tadi traffic light sesak gila, tiba-tiba bunyi siren, so kereta mengelak dan berhimpit ke kanan, dan aku pun ke kanan sekali sampai tergesel divider tepi jalan, sekali yang lalu @HRHJohorII. Ingat kecemasan apa la," tulisnya. Tunku Ismail nafi berada di kawasan kejadian sebagaimana dakwaan pemuda itu. Pemuda itu turut memuat naik sekeping foto, memaparkan bahagian sisi depan kereta Proton miliknya yang kelihatan kemek. "Ni kalau hantar insurans mahu sebulan dekat dalam, hantar bengkel tiga, empat hari dah siap, tapi aku ni pengusaha kantin. "Kereta kalau sebulan tak ada, nak bagi makan apa dekat staf, mungkin bagi dia benda remeh, tapi kereta ni bagi makan tiga orang yang berkeluarga," tulis pemuda itu lagi dalam posting yang meraih hampir 1,000 ulang kicau (retweet). Saya faham PRU dah dekat, tetapi taktik menghasut dan menipu tidak akan selesaikan masalah-masalah rakyat. TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM Tidak lama selepas itu, Tunku Ismail turut memuat naik satu penjelasan di Twitter, menafikan beliau berada di lokasi kejadian sebagaimana dakwaan pemuda terbabit. "Salam encik. Nak buat cerita pun agak-agaklah. Saya tak keluar rumah pun hari ini. Saya faham Pilihan Raya Umum (PRU) dah dekat, tetapi taktik menghasut dan menipu tidak akan selesaikan masalah-masalah rakyat. "Banyak lagi cara positif lain yang lebih efektif," ujar Tunku Ismail, menjawab dakwaan individu yang mendakwa dia penguasaha kantin sambil menyertakan sekeping swafoto bersama puterinya. ARTIKEL BERKAITAN: “Drama Queen, kesian rakyat jadi mangsa”... Ini habuan Syed Saddiq dapat daripada TMJ selepas rayu wang ikat jamin ARTIKEL BERKAITAN: Mahu keadilan, perjuang nasib Bella... TMJ tawar khidmat peguam secara percuma Pemuda tersebut bagaimanapun tidak hanya berdiam diri sebaliknya membalas semula tweet penjelasan yang ditulis oleh Tunku Ismail. "Wassalam tengku saya rasa saya tak rabun lagi, boleh check pukul 7:03 dekat jalan menghala ke Pasir Pelangi, kereta nombor plat TMJ berwarna krim dengan escort polis bermotor, by the way saya tak ada kena mengena dengan politik. Tangkap layar tweet tular Tunku Ismail dan pemuda berkenaan. "Saya berani kerana benar, saya harap reply ni tengku akan cuba check dekat polis yang escort dia, tak silap semua polis ada buat laporan selepas keluar bertugas," tulis @Pio_Dhurjana lagi. Di ruangan komen, beberapa netizen turut dilihat memberikan pandangan yang berbeza-beza berhubung dakwaan tersebut. Pada masa sama, beberapa netizen turut memuji swafoto comel yang yang memaparkan TMJ bersama anakandanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI