suria

[V] Mek Yun tersengeh depan pagar UTHM, wajah terpampang pada billboard gergasi! Sanggup bawa famili ‘drive’ dari KL nak bergambar

Mek Yun berharap kejayaannya menjadi inspirasi untuk generasi baharu.

PERSONALITI media sosial Mek Yun berkongsi rasa teruja apabila wajahnya terpampang pada billboard gergasi di hadapan kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor.

Menurut pemilik nama sebenar Wee Yun Nee itu, dia sebenarnya sudah dimaklumkan mengenai hal itu ketika majlis graduasi pada Mei lalu, namun tidak pernah tahu mengenai saiz sebenar billboard tersebut.

"Saya konvo pada bulan Mei. Sebelum tu pihak UTHM ada approach saya, tanya mengenai hal itu. Ketika konvo, mereka arrange untuk photoshoot.

"Saya ingat billboard kecil yang biasa, baru tahu rupa-rupanya ia bersaiz besar. Ramai yang tengok billboard itu, mereka maklumkan pada saya.

"Jadi pada Jumaat lalu, saya bersama keluarga berangkat ke UTHM untuk melihat sendiri billboard berkenaan. Apabila sampai di sana, saya memang terkejut dengan saiznya," ujar gadis berusia 25 tahun itu.

Bercerita lanjut, Mek Yun berkata keluarganya juga turut teruja apabila dapat menyaksikan sendiri serta bergambar kenang-kenangan di hadapan billboard berkenaan.

Sekarang saya full time bekerja dan part time sebagai content creator.

MEK YUN

Tambah graduan bidang Kejuruteraan Elektrik itu, dia juga terharu apabila menerima kiriman mesej daripada pelajar yang menganggap pencapaiannya sebagai satu sumber inspirasi.

"Saya rasa teruja tengok wajah saya seorang dalam billboard. Saya anggap ia satu pencapaian, mak ayah pun terkejut. Kami menjerit dalam kereta ketika tengok billboard di entrance kampus.

"Ada juga pelajar yang hari-hari lalu di hadapan billboard tu, mereka kata ia menjadi inspirasi untuk mereka," ujarnya yang sudah bekerja dengan syarikat penerbangan AirAsia sejak Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakat menyakat, gaduh manja... ramai suka tengok video dua beradik Cina ini ‘kecek Kelate’ - “Saya suka Kelantan sebab...”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat balik Kelantan, sambutan Tahun Baharu Cina gadis ini tetap meriah... siap jamu nasi kerabu, nasi dagang - “Kami OOTD di pekarangan rumah saja”

Bercerita mengenai graduasinya Mei lalu, Mek Yun turut bersyukur apabila dia turut dikurniakan Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik.

Melihat akan pencapaian itu, Mek Yun berkata ia merupakan cerminan kepada kerja kerasnya sepanjang bergelar pelajar dan turut menganggapnya sebagai hadiah terindah buat keluarga.

"Saya rasa sangat terharu. Lima tahun saya belajar dalam bidang ini, bukan senang nak dapat anugerah. Selepas terima anugerah, saya rasa terbalas kerja keras selama ini.

mekyun3

Mek Yun meraih dua anugerah ketika majlis graduasi Mei lalu.

"Saya pun dah bekerja, ini masa untuk saya berbakti kepada mak ayah. Ini masa untuk saya beri semula kepada keluarga. Dengan pendapatan yang diperoleh, saya mahu fokus kepada diri dan keluarga.

"Kepada pelajar-pelajar lain, mindset sangat penting. Anda kena tetapkan sasaran dan kena kerja keras. Pada masa sama, jangan lupa untuk have fun.

"Jangan stres, sebaliknya kena pandai bahagi masa dan have fun untuk jaga kesihatan mental kita," ujar influencer berbangsa Cina itu yang pernah tular kerana video bertutur dalam dialek Kelantan.

mekyun2

Mek Yun bersama keluarganya melawat billboard gergasi di kampus UTHM.

Menurut Mek Yun, dia mahu fokus pada kerjaya namun pada masa sama enggan melupakan minatnya sebagai content creator.

"Saya gembira dengan kerja saya. Walaupun mencabar, ia membuatkan saya gembira. Kiranya sekarang saya full time bekerja dan part time sebagai content creator," ujarnya lagi.

Untuk rekod, gadis yang turut digelar beauty with brain itu mempunyai lebih 630,000 pengikut di TikTok dan 226,000 pengikut di Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan