suria

[V] “Nanti kita tegur kata dengki” - Tiada helmet, 2 nyawa bergantung pada satu tali! Ibu dukung anak naik flying fox dikecam

Wanita ini dikecam kerana bermain flying fox bersama anak kecil tanpa memakai alat lengkap.

AKTIVITI atau sukan lasak sememangnya mencabar tetapi menyeronokkan.

Namun, ia boleh mengundang risiko dan mengancam nyawa jika aspek keselamatan diabaikan.

Kecoh di media sosial satu rakaman memaparkan seorang wanita mendukung anak ketika membuat aktiviti lasak.

Menerusi video yang tular, kelihatan wanita tersebut dengan beraninya hanya memegang satu tali dengan tangan kiri ketika bermain flying fox manakala tangan kanannya memegang anak yang masih kecil.

Walaupun dia dilihat memakai tali keselamatan yang turut dipakaikan pada anak, pelbagai kecaman tetap diterima wanita tersebut kerana rata-rata menganggap ia tidak mencukupi.

Tindakannya yang membahayakan nyawa ini dimuat naik di akaun Instagram, 15GagMy sebelum dihujani pelbagai pandangan di ruangan komen.

“Mereka parents adventurous, anda apa tahu? Kata ibu bapa yang buat aktiviti lasak,” tulisnya pada kapsyen video itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berhijab tapi mencarut! Reaksi wanita ketika naik flying fox undang kecaman, ada yang kata macam ‘takut dibuat-buat’

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi hero selamatkan gadis tersangkut flying fox macam ‘Doctor Strange’ curi tumpuan... Tapi ramai simpati nasib lelaki di belakang

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna mempertikaikan tentang tahap keselamatan yang rendah apabila tiada alatan lengkap dipakai ketika itu.

Malah, abah-abah keselamatan (safety harness) juga dikatakan tidak cukup untuk menyokong dan memberi perlindungan penuh pada si kecil sekal gus boleh mengancam nyawanya.

“Aku memang tak suka mereka buat ni. Kau tengoklah safety langsung tak ada. Helmet pun tak pakai dan tali pun bergantung satu saja. Boleh pula kau bawa anak kau kakcik oi entahlah nak.

Komen netizen pada video asal.

“Sudahlah satu-satunya tali saja bergantung. Tak ada back up tali lain. Kalau tali utama tu putus atau rosak, terus pindah ‘alam lain’.

“Kenapa pakai harness tu dekat kaki saja, patut pakai kat bahu baby dan attach ke badan emak dia. Kalau tali terlepas, baby still ada dekat emak dia. Eh lantak kau oranglah. Nanti kita tegur kata dengki.

“Walaupun ada berjuta safety harnesses dekat badan budak dan mak dia, tetaplah memegang pada pepatah malang tidak berbau,” demikian antara komen netizen di Instagram.

Sudahlah satu-satunya tali saja bergantung. Tak ada back up tali lain.

NETIZEN

Video tersebut juga mendapat perhatian sebuah akaun Twitter rasmi Badan Pemantau Jenayah, My_CrimeWatch apabila ia dimuat naik semula.

Jelasnya, perbuatan wanita ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kanak-kanak.

Ciapan asal oleh My_CrimeWatch.

“Akta Kanak-Kanak ada menyatakan sekiranya kanak-kanak didedahkan kepada bahaya yang boleh mengakibatkan kecederaan, pihak terlibat boleh dihukum denda tak melebihi RM10,000 atau penjara tak lebih 5 tahun atau keduanya,” tulisnya dalam satu ciapan.

Untuk rekod, video yang dimuat naik di Twitter ini meraih lebih 5,000 jumlah ulang kicau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain