suria

[V] Dahsyat mangsa buli berimaginasi! Abang terkedu terjumpa koleksi ‘lukisan berdarah’ adik perempuan

Seorang abang berkongsi lukisan seram yang dilukis adiknya.

BULI merupakan salah satu gejala yang boleh meninggalkan kesan buruk kepada fizikal dan juga mental mangsa-mangsanya.

Seringkali kita melihat laporan berita dan perkongsian di media sosial tentang kes-kes buli yang berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah.

Perkara sama didakwa berlaku kepada seorang pelajar tingkatan tiga yang dikongsikan oleh abangnya menerusi akaun TikTok, Saudagar JPKR.

Pendedahan ini dibuat selepas menjumpai lukisan-lukisan menyeramkan yang dilukis oleh adik perempuannya.

Jelas Jai yang merupakan seorang peniaga pakaian bundle, dia berasa simpati dengan nasib adiknya yang bersekolah di sebuah sekolah di Pulau Pinang.

“Selama ni saya ingat benda ni main-main. Hari ni saya tengok sendiri lukisan adik menggambarkan perkara yang dialami. Jadi saya tak akan berdiam dirilah.

“Kalau saya tengok pada lukisannya ni, saya sendiri pun seram. Saya pun tak boleh fikir apa benda yang dia (adik) fikirkan.

“Jadi saya rasa benda ni memang berkaitan dengan (masalah kesihatan) mental,” katanya.

Menerusi video berdurasi 3 minit 52 saat itu, Jai menyelak lebih dari 10 keping lukisan 'menakutkan' yang dilukis oleh adiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ibu terkejut jumpa lukisan menyeramkan dalam buku sekolah anak, netizen syak dalam bahaya... “Macam ada ‘benda’ ganggu dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak gadis ada ‘pendamping’ sejak kecil, alami tekanan mental lepas kematian bapa... Ibu tak putus doa memohon keajaiban Allah

Bimbang jika perkara ini terus berlarutan dan menjadi bertambah serius, lelaki ini bertanya sendiri kepada adiknya mengenai masalah yang dihadapi.

Selepas mengetahui apa yang berlaku, Jai enggan berdiam diri sebaliknya memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap pembuli-pembuli tersebut.

“Jadi dah tanya adik saya apa masalah dia. Dia beritahu dia selalu kena buli dekat sekolah.

Antara lukisan dan tulisan adik Jai.

So budak-budak membuli tu... tunggu sat (sekejap) la. Saya dan keluarga akan ambil tindakan.

“Pihak sekolah kena bersedialah dengan perkara ni. Tapi saya tak salahkan pihak sekolah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia turut menitipkan pesanan kepada masyarakat di luar sana agar lebih peka dengan mengambil tahu tentang masalah anak-anak atau adik-adik di sekolah.

Bukan itu sahaja, dia juga meminta supaya ibu bapa atau penjaga mengambil tahu sama ada anak-anak yang dihantar ke sekolah menjadi pembuli atau mangsa yang dibuli.

Tambahnya, kanak-kanak pada masa kini sangat berbeza berbanding dirinya sewaktu dia kecil dahulu.

Tak boleh fikir macam mana budak tingkatan tiga boleh berfikir macam ni. Nampak macam biasa guys tapi serius ni bukan biasa-biasa.

JAI

Justeru dia akan membawa adiknya berjumpa doktor pakar bagi mengenal pasti masalahnya secara terperinci.

“Bahaya guys. Tiga hingga empat hari lepas saya ada tengok viral gambar macam ni juga. Tapi tak sangka benda ni berlaku dalam keluarga aku.

“Tak boleh fikir macam mana budak tingkatan tiga boleh berfikir macam ni. Nampak macam biasa guys tapi serius ni bukan biasa-biasa.

“Jangan ambil mudah benda-benda macam ni. Dia boleh buat macam ni (gambar seorang individu bersama lima tali gantung). Darah-darah semua ni,” katanya lagi.

Perkongsiannya di TikTok mendapat perhatian warga maya yang turut bersimpati dengan nasib ‘mangsa’ buli ini.

“Dah mcm movie 'orang putih' bila anak-anak tertekan sama ada sekolah atau rumah ni luahan hati mereka.

“Ini memang kes buli bang. Kalau boleh settle cepat-cepat.

Jai bingung memikirkan bagaimana adiknya boleh melukis lukisan tersebut.

“Kasihan adik ni. Nasib baik abang ni alert,” komen netizen di TikTok.

Untuk rekod, video tersebut ditonton lebih 3.9 juta setelah disiarkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain