SEMAKIN kita mendepani arus modenisasi, semakin banyak perubahan berlaku dalam kehidupan kita. Sedar tak sedar, banyak peralatan digunakan zaman dahulu juga sudah semakin ‘pupus’ dari pandangan kita. Justeru, tidak hairanlah mesin jahit klasik zaman 90an yang sukar lagi ditemui pada zaman sekarang menjadi tumpuan apabila ia diletakkan di gerai makan Nasi Gunjer Air Hangat di Langkawi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi satu video tular yang dirakam oleh pemilik kedai itu sendiri, kelihatan seorang pelanggannya sedang menikmati sepinggan nasi kandar di atas mesin jahit yang dijadikan meja. Menurut pemilik video ini, @rosiditalhad dia membuat rakaman itu kerana berasa terhibur melihat gelagat pelanggannya itu. Khusyuk bermain telefon, lelaki itu dilihat menggunakan segala fungsi yang ada di meja makan itu apabila menggerakkan bahagian bawah mesin jahit seolah-olah sedang menjahit pakaian. Rupa-rupanya bukan hanya tuan kedai, netizen juga turut terhibur melihat lelaki itu bersungguh-sungguh 'mengayuh' dalam rakaman tular itu. ARTIKEL BERKAITAN: Kedai makan tak laku, seorang pelanggan pun tiada... Hasrat wanita minta edit gambar macam gerai viral sentuh hati netizen ARTIKEL BERKAITAN: Tengah sedap makan lemang dan rendang, gadis Cina dapat satu ‘nikmat’ tambahan... terus bagi rating 5 bintang! Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan komen mencuit hati. “Sambil makan, sambil exercise kaki. Siapa nak diet, tapi nak makan banyak boleh guna kaedah ni. “Layan oi. Tak sempat lemak nak berkumpul. Makan sambil exercise. “Habis makan siaplah satu baju,” seloroh netizen di ruangan komen. Tak sempat lemak nak berkumpul. Makan sambil exercise. NETIZEN Bukan itu sahaja, ramai yang mula berkongsi kisah zaman kanak-kanak apabila menjadikan mesin ini sebagai permainan mereka sewaktu kecil. “Siapa kecil-kecil dulu pura-pura bawa kereta pakai ni kita gang. Kedai Route101 Combat Cafe yang terletak di Langkawi. “Dulu aku anggap roda bawah tu stereng kapal, tapi kalau tali terlepas atau putus siaplah, ‘makan’ rotan. “Rumah aku ada lagi mesin jahit tu dulu. Selalu main buat jadi kereta. Tak ingat main tempat pemijak tu guna tangan buat laju-laju,” imbas beberapa netizen. Komen netizen di TikTok. Dalam pada itu ramai juga yang menganggap meja makan tersebut sebagai unik dan vintaj. Selain mengekalkan elemen klasik, penggunaan mesin jahit lama ini boleh menjimatkan kos peniaga mengeluarkan duit untuk membeli meja makan. Semakan mstar mendapati video tersebut ditonton lebih 2.3 juta kali setelah dimuat naik di TikTok. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI