suria

[V] Impian dapat adik perempuan tercapai selepas 11 tahun, abang tak segan curah kasih sayang... menangis sikit terus dukung!

Anak sulung sanggup berhenti makan demi memujuk adiknya.

ANAK sulung sering dikaitkan dengan perwatakan dan personaliti yang baik.

Bukan itu sahaja, mereka juga kebanyakannya bersifat penyayang dan bertanggungjawab terhadap adik-adik yang lain sekali gus menjadi contoh dalam keluarga.

Justeru, tidak keterlaluan dikatakan anak sulung perlu menggalas tugas dan tanggungjawab yang berat dalam keluarga.

Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang abang yang juga anak sulung dengan rela hati melakukan tugas mengasuh adik perempuannya yang masih bayi.

Video itu, yang dirakam di sebuah premis makanan kemudiannya dimuat naik di TikTok oleh ibunya, dipercayai sebagai penghargaan dan pujian setelah melihat pengorbanan seorang abang terhadap adiknya.

Menurut Lydia Ezzad, anak lelakinya itu sememangnya sudah lama menantikan untuk mendapat seorang adik perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian anak sulung sambung degree terbantut, mak ayah pesan suruh fikir adik-adik kecil... Tapi pelik suruh kahwin cepat!

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Trauma ‘tragedi’ lalu, budak 4 tahun menangis syukur dapat tengok adik baru lahir... siap ucap ‘terima kasih papa’

Penantian anak sulungnya berakhir apabila dia melahirkan seorang bayi perempuan dan paling membuat dia terharu apabila si abang tidak teragak-agak mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadap adik bongsunya itu.

“Selalu pergi makan, kalau adik nangis dia cepat-cepat cuci tangan sebab mahu dukung.

“Penantian 11 tahun dia mahukan adik perempuan,” tulisnya pada video yang dikongsi.

Dalam video sama, dapat dilihat anak sulung Lydia bersungguh-sungguh mengasuh adik perempuannya ketika ahli keluarga yang lain sedang menjamu selera di sebuah kedai makan yang tidak dinyatakan lokasi.

Bakal menjadi suami dan lelaki penyayang dan baik hati besar nanti.

NETIZEN

Berdasarkan gerak tubuh ketika mendukung adiknya, jelas dia tidak kekok dan nampak seperti sudah biasa mengasuh bayi.

Malah dia juga dilihat mencium bayi itu berkali-kali, manakala seorang lagi budak lelaki dipercayai adik lelakinya sedang makan.

Video tersebut menjadi tular di media sosial apabila netizen menyifatkan kanak-kanak itu mempunyai empati dan toleransi yang tinggi.

Rata-rata memuji sikapnya kerana walaupun dia belum dewasa tetapi berjiwa besar dan matang apabila sanggup memudahkan tugas ibu bapa.

“Bakal menjadi suami dan lelaki penyayang dan baik hati besar nanti.

Komen netizen di TikTok.

“Dia bakal jadi lelaki dewasa yang bertanggungjawab dan penyayang.

“Abang terbaik. Semoga tak pernah berubah kasih sayang pada adik sampai bila-bila,” demikian antara komen netizen di TikTok.

Dalam masa yang sama, warganet menyatakan bahawa anak sulung juga selalu meringankan beban ibu bapa justeru mereka harus diberi pujian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain