suria

Bayi baru lahir kritikal, ibunya ada kesan koyak besar! Kesian Uncle Kentang, tolong bayar kos rawatan hampir RM7,000 tapi disindir

Uncle Kentang membantu membayar kos rawatan bayi dan ibu warga Indonesia.

WALAUPUN terpalit pelbagai kontroversi termasuk dituduh menerima wang haram, Kuan Chee Heng tetap meneruskan usaha murninya membantu orang susah dan golongan memerlukan.

Malah baru-baru ini, dia yang terkenal dengan gelaran Uncle Kentang sanggup memperuntukkan hampir RM10,000 bagi menyelamatkan dua insan yang bertarung nyawa di hospital.

Menerusi halaman Facebook rasminya, dia menceritakan bagaimana seorang wanita terpaksa melahirkan bayi lelaki di rumah yang terletak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pelangi Damansara kerana tidak berkemampuan.

Menurutnya, bayi yang baru berusia dua hari berada dalam keadaan tidak normal dan kritikal manakala si ibu pula masih lemah kerana terdapat koyakan pada kemaluan semasa bersalin.

"Bersalin sendiri di rumah kerana tiada duit... keadaan emak sungguh lemah kerana luka koyak di bahagian bersalin tidak dijahit.

"Melihat keadaan bayi tidak normal dan kritikal, kita berbincang dan memaksa ibu serta bayi bersama suami naik ambulans untuk ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) dengan kadar segera," ujarnya sambil menambah keluarga berkenaan adalah warga Indonesia.

Uncle Kentang bersama Faiz yang dirawat selama 11 hari di HTA.

Uncle Kentang bersama Faiz yang dirawat selama 11 hari di HTA.

Sejurus tiba di hospital, bayi lelaki yang diberi nama Faiz dimasukkan ke unit rawatan intensif neonatal (NICU) Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut disebabkan keadaannya yang kritikal dan memerlukan oksigen dengan kadar segera.

ARTIKEL BERKAITAN: “Takkan nak tanya setiap penyumbang?” - Dituduh terima wang haram, Uncle Kentang ‘sekolahkan’ pihak cetus isu tak masuk akal

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Dah pegang alat sulit anak selepas kencing, tukang masak selamba sentuh lauk pelanggan... patut la sedap, netizen syak ‘pelaris’

Deposit yang dikenakan sebanyak RM1,800 bagi rawatan bayi telah dibayar oleh Uncle Kentang.

Disebabkan mereka adalah warga asing, kos rawatan di hospital berkenaan sedikit mahal.

Tak kisahlah dia bukan warganegara... kita tahu Faiz dah sihat dan boleh balik, aku melangkah dengan perasaan puas hati kerana telah selamatkan nyawa bayi dan ibunya.

UNCLE KENTANG

Ekoran itu, si ibu melarikan diri dari hospital kerana tidak mampu membayar deposit sejumlah RM2,800 untuk rawatan dirinya sendiri.

Menyedari kehilangan wanita berkenaan, Uncle Kentang kembali ke PPR Pelangi Damansara bagi mendapatkannya.

"Dia kemudian diberi sejumlah wang untuk ke Hospital Pusrawi bagi mendapatkan rawatan.

"Pada 13 Disember, HTA memaklumkan bahawa bayi berada dalam keadaan selamat dan boleh dibawa balik selepas 11 hari diberi rawatan.

"Kos keseluruhan hampir RM5,000, ayahnya menjadi panik dan kelam kabut kerana tidak mempunyai wang. Iyalah, hanya pekerja kontrak," ceritanya lagi.

Uncle Kentang gembira mengendong Faiz yang kini berada dalam keadaan baik.

Uncle Kentang gembira mengendong Faiz yang kini berada dalam keadaan baik.

Bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin rumit dan demi membantu keluarga terbabit, Uncle Kentang terus ke Jabatan Hasil HTA bagi membuat bayaran.

Keluarga terbabit kemudiannya dihantar semula ke rumah mereka.

Dalam pada itu, Uncle Kentang turut meninggalkan persoalan sama ada kehidupan mewah yang diingini atau membantu menyelamatkan nyawa.

"Entahlah... aku tersenyum seorang diri kerana ku tahu di belakang aku, ramai lagi mereka yang membantu.

"Membina Malaysia yang kita yakin dan pasti. Bukan main politik, bukan main perkauman... kita manusia semua darah merah.

"Tak kisahlah dia bukan warganegara... kita tahu Faiz dah sihat dan boleh balik, aku melangkah dengan perasaan puas hati kerana telah selamatkan nyawa bayi dan ibunya," luah Uncle Kentang lagi.

Perkongsiannya itu menjadi tular di laman Facebook dan beberapa platform media sosial yang lain.

Rata-rata warganet memuji kebaikan Uncle Kentang yang sentiasa membantu golongan memerlukan meskipun dikecam segelintir individu.

Antara komentar warganet.

Antara komentar warganet yang memuji usaha murninya.

"Kadang-kadang kita buat baik tak harap balasan kena kecam. I understand your situation sir. We adopted empat beradik anak di bawah jagaan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) akibat dera. The parent tell the public that we brainwash their kid... even the JKM officer buy their story until recently the doctor hentam the officer.

"Terima kasih Uncle Kentang, tak pernah kira bangsa dan agama semua uncle tolong... doakan uncle sihat selalu murah rezeki selalu diberkati Tuhan.

"Your work is very thoughtful and well done. Uncle Mr Kuan Chee Heng is really doing his best to help other people's lives a good job no matter what people say, please continue this effort god bless you uncle.

"Good Job Kuan Chee Heng... hati mau bersih, peduli apa orang kata. You know, how you are," ujar beberapa netizen.

Bagaimanapun, masih terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan tindakan murni tersebut dengan meninggalkan komen seolah-olah Uncle Kentang menipu kos rawatan yang berharga ribuan ringgit.

Komentar penuh bernada sindiran seorang wanita yang mendakwa dia adalah bekas jururawat di HKL

Komentar penuh bernada sindiran seorang wanita yang mendakwa dia adalah bekas jururawat.

"Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Tuanku Azizah ni fully government atau private hospital? Saja nak tahu bil bayi dan ibu apasal (kenapa) mahal... kalau tengok dah macam bil hospital swasta," sinisnya di ruangan komen.

Ekoran komentar yang ditinggalkan itu, dia ditempelak sekumpulan warganet yang menyifatkannya tidak membaca secara menyeluruh nukilan Uncle Kentang berikutan keluarga yang dibantu itu adalah warga asing serta tidak layak menerima subsidi kerajaan.

"Sudah baca habis uncle tulis tu? Subsidi perubatan hanya berkuatkuasa pada rakyat Malaysia atau pemegang IC (kad pengenalan) biru... Mak baby ni warga asing, bapa pun confirm warga asing. So they are not given medical subsidy due to their nationality status.

"Bukan warganegara. Memang bilnya mahal.

"Puan macam tak pernah beranak. Kalau bukan warganegara harga lain-lain," ujar beberapa netizen membalas komen wanita yang mendakwa dirinya bekas jururawat di HKL.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain