"SATU masa nanti, kita pergi tandas akan ada orang tanya nak (guna) debit or kredit (kad)." Demikian ramalan seorang pelayar media sosial selepas melihat tandas awam di sebuah premis komersial di Kuala Lumpur menetapkan cara bayaran menggunakan kad debit atau kredit serta QR Pay sebelum pengguna masuk dan menggunakan kemudahan itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bagaimanapun, dia memuji tandas berkenaan yang kelihatan bersih. Malah dia turut mengakui berada di dalam tandas tersebut lebih kurang 30 minit susulan konsep bayaran dan harga yang ditetapkan. ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Dah pegang alat sulit anak selepas kencing, tukang masak selamba sentuh lauk pelanggan... patut la sedap, netizen syak ‘pelaris’ ARTIKEL BERKAITAN: Angkara ternampak adegan intim mak dengan boyfriend, murid lelaki ajak rakan perempuan ‘one by one’ atas katil "Tapi tandas bersih la... dah dapat masuk, duduk setengah jam. Biar puas hati," katanya. Kapsyen berserta video berdurasi 4 saat yang memaparkan perkhidmatan tersebut secara tak langsung mencuit hati warganet. Kaedah cashless yang diamalkan di sebuah premis komersial menjadi perhatian warganet. Mana tidaknya, tandas merupakan salah satu fasiliti yang penting kepada masyarakat dan wajib disediakan di mana-mana lokasi di seluruh dunia. Di Malaysia, bermula dengan percuma suatu masa dulu, pengguna kemudiannya perlu membayar kadar minima 20 sen untuk masuk dan kini dinaikkan kepada kadar yang lebih tinggi. Terbaharu, pengguna ini dikejutkan pula dengan penggunaan kad atau QR Pay untuk masuk tandas, mengikuti perkembangan semasa teknologi dalam urusan jual beli. Bayangkan dah nak terkucil... cari kad tak jumpa macam mana tu, sedih mat. NETIZEN Menyusuri ruangan komen, pelbagai pandangan dan reaksi diberikan warganet. Malah ramai yang terkejut dengan kaedah bayaran berkenaan yang sinonim dengan konsep pembelian barangan. "Nak membuang pun payah. "Tak soalnya, bayangkan dah nak terkucil... cari kad tak jumpa macam mana tu, sedih mat. Kalau pakai cash boleh juga masuk dulu bayar lepas selamat. Antara komentar netizen yang mencuit hati. "Apabila negara mengejar kemodenan tanpa melihat ke bawah macam kacang dilupakan kulit," ujar beberapa netizen lagi. Dalam pada itu, seorang lagi pelayar berkongsi pengalamannya membayar menggunakan kad kredit semasa berada di luar negara. Malah katanya, pada masa itu dia menzahirkan rasa syukur kerana Malaysia tidak menggunakan konsep pembayaran seperti itu. "Masa saya pergi Iceland enam tahun lepas dah bayar toilet pakai kad kredit. Masa tu bersyukur Malaysia tak macam tu. Tapi sekarang..." ujarnya berserta emoji ketawa. Tidak kurang juga yang berharap kaedah berkenaan hanya kekal di premis komersial tersebut dan tidak dilakukan di kawasan-kawasan awam kerana dilihat menyusahkan. Segelintir lagi menyatakan harga bayaran RM1 adalah tidak munasabah jika sekadar membuang air kecil. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI