suria

Mengelak tiap kali ajak kahwin, BF tak usaha halalkan hubungan... Gadis ini makin bosan, tapi sayang cinta 5 tahun

Gadis berkongsi pengalamannya bercinta selama lima tahun. -gambar hiasan / foto Freepik

SIAPA yang tak nak kahwin dan bina kehidupan bersama pasangan pilihan masing-masing.

Rasanya semua ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga, bezanya sama ada jodoh seseorang itu cepat atau lambat.

Ada yang bercinta bertahun-tahun tapi masih tak nampak hala tuju hubungan tersebut.

Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis berusia 25 tahun yang meluahkan tentang teman lelakinya selepas mereka menjalinkan hubungan cinta selama lebih lima tahun.

Menerusi satu luahan di laman sosial, gadis itu mengadu tentang hubungan dengan kekasihnya yang seperti tiada hala tuju.

couple 5 tahun 1

Luahan seorang gadis.

Bukan setakat tidak pernah berbincang tentang ikatan pertunangan, malah kedua-dua mereka masih belum berjumpa dengan ibu bapa masing-masing.

"Lelaki ni kalau kita tanya pasal nak ke next step (jumpa ibu bapa, tunang dan lain-lain) dia jawab 'entah nanti la fikir sebab lambat lagi'.

"Kami sebaya dan dah lebih lima tahun couple. Tak pernah jumpa famili each other," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Saya nak nikah tahun kelima, dia minta tunggu" - Pengantin lelaki sebak... selepas 10 tahun sabar, kekasih kini jadi isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis impi kahwin sebelum umur 20 tahun masa darjah 6, tak sangka jodoh DM profil 'boleh kahwin 2021' - "Tepat semua 17 kriteria, siap dapat ekstra"

Menurut gadis berkenaan, dia terpaksa menggunakan cara lain untuk menjadikan topik perkahwinan dalam perbincangan.

Namun dia kesal kerana maklum balas yang diterima daripada kekasih agak dingin.

"Kadang-kadang saja la tunjuk gambar kawan kita orang dah tunang dan cakap 'kita bila?'. Balik-balik dia jawab 'lambat lagi'.

"Tak boleh ke cakap 'InsyaAllah soon (tak lama lagi)' ke. Cara dia jawab tu macam tak ada plan atau usaha nak halalkan hubungan kami yang dah lama," ujarnya lagi.

Lelaki yang nak halalkan dia akan sungguh-sungguh walaupun kerja biasa-biasa je sebab dia tak nak kau jatuh dekat tangan lelaki lain.

NETIZEN

Jelasnya lagi, terdetik di hati untuk memutuskan hubungan selama bertahun-tahun itu, tetapi terpaksa melupakannya kerana ada keserasian antara mereka.

"Kadang-kadang rasa macam nak blah, tapi kami dah ngam sangat dengan perangai masing-masing dan dia okay tak ada buat hal pun.

"Cuma itulah, dah bertahun-tahun couple dan ada la bosan sikit sebab sparks tu dah fade out. Kalau sampai aku umur 30 tahun dia masih jawab 'lambat lagi' memang sia-sia je la, bazir masa dengan dia selama ni.

"Tapi nak kenal dengan orang baharu tu rasa malas pula," ujarnya yang kini dalam dilema, menerusi luahan yang dikongsi di laman Twitter twtmalaywedding.

couple 5 tahun 2

Antara komen netizen.

Di ruangan bebenang, rata-rata netizen memberikan pandangan mereka berhubung situasi yang dihadapi gadis tersebut.

"Set umur berapa nak kahwin. Kalau dia tak nak juga, sis patut jauhkan diri dan solat istikharah. Saya pernah dalam situasi sis, sayang seseorang tapi tak ada usaha nak kahwin. Alhamdulillah selepas tinggalkan dia, Allah temukan jodoh lagi baik dan dia usaha nak halalkan kita.

"Tanya dengan boyfriend bila masa yang ideal bagi dia, dan kenapa. Nak kukuhkan kewangan ke, apa ke. Apa plan hidup dia. Memang delay sebab dia ada plan yang tertentu ke, atau sebab tak serius dalam hubungan. Nilai daripada situ.

"Move on je la, lelaki yang nak halalkan dia akan sungguh-sungguh walaupun kerja biasa-biasa je sebab dia tak nak kau jatuh dekat tangan lelaki lain.

"Berpisah cara baik. Kalau lelaki tu dah bersedia, dia akan datang semula untuk pinang. Sayang tak bawa ke mana dalam hubungan yang haram," komen beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain