suria

[V] Pengemis Rohingya marah-marah peniaga tepi jalan, tak puas hati minta makanan free tak dapat... Netizen kata jangan bagi muka

Warga asing cuba mendapatkan makanan percuma daripada seorang peniaga.

BERPEGANG pada prinsip ‘aku ikhlas bersedekah dan kalau menipu, itu urusan dia dengan Allah’ menyebabkan masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap pemurah serta baik hati.

Keadaan itu mendorong kebanjiran warga asing terutama etnik Rohingya yang bertindak mengambil kesempatan dengan menjadi pengemis di beberapa lokasi tumpuan.

Bukan itu sahaja, mereka juga dikatakan semakin biadab dan bertindak kurang ajar termasuk memarahi rakyat tempatan sekiranya permintaan tidak ditunaikan.

Situasi tersebut turut dirakam seorang pengguna TikTok yang berhadapan dengan pengemis di ibu negara baru-baru ini.

Menerusi rakaman video berdurasi 17 saat itu, pengemis yang memakai selendang berwarna hitam dan putih itu turut menutup separuh wajahnya bagi mengelak daripada dikenali.

Sambil memegang tisu yang dipercayai barang jualannya semasa mengemis, dia dikatakan meminta makanan daripada seorang peniaga.

Pun begitu, peniaga terbabit enggan memberikannya secara percuma dan meminta wanita terbabit membayar menggunakan wang yang diperoleh.

“Bak (bagi) sini duit... mana you punya duit. Tak ada duit, tak ada. Sekarang semua barang tak ada free punya, semua kena bayar.

Pengemis warga Rohingya meminta makanan percuma.

Pengemis warga Rohingya yang meminta makanan percuma dikatakan biadab.

You minta duit sana sini, sekarang you lagi nak minta dengan saya makan,” ujar peniaga terbabit.

Susulan daripada itu, wanita tersebut dilihat seperti merengus dan marah sebelum berlalu pergi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita nak ke negara mereka kena berhempas pulas” - Apa kes masuk Malaysia pelancong jadi pengemis? Wanita dedah realiti sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Waspada sebelum terkena! Percutian ke Seoul bertukar ‘tragedi’, 4 sekawan jadi ‘homeless’ 3 hari gagal jawab soalan pelik imigresen

Rakaman video sikap yang ditunjukkan warga asing berkenaan menjadi tular sehingga menerima lebih 743,000 jumlah tontonan di TikTok.

Malah rata-rata netizen turut memihak kepada peniaga itu kerana bersikap tegas dengan peminta sedekah dalam kalangan etnik Rohingya.

Dekat Pasar Chow Kit ramai mereka ni... tengah belek-belek ikan, mereka datang kat kita minta duit.

NETIZEN

“Senang banyak hidup dia nak meminta-minta. Kita nak makan pun kena kerja cari duit.

“Bagus kak, jangan bagi muka sangat.

“Orang kita ramai yang susah, malu nak minta sedekah. Orang luar senang-senang dapat duit.

“Senangnya hidup... kita berniaga penat-penat nak jual sebungkus nasi, dia sedap-sedap meminta,” kata beberapa warganet tidak berpuas hati.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan operasi penguatkuasaan kerana golongan tersebut dilihat semakin bermaharajalela.

Antara reaksi yang ditinggalkan warganet.

Antara reaksi yang ditinggalkan warganet.

“Bilalah nak buat operasi... masuk pelarian, bawa kad senang minta.

“Sekarang dah berleluasa siap bawa baby dalam hujan gerimis satu family... sekitar Kuala Lumpur.

“Dekat Pasar Chow Kit ramai mereka ni... tengah belek-belek ikan, mereka datang kat kita minta duit. Bukan sorang dua tetapi ramai,” ujar netizen yang menyedari golongan terbabit semakin ramai.

Lebih mengejutkan apabila terdapat salah seorang pelayar yang mengaku pernah mengemis dengan menjual tisu kerana melakukan tugasan pelajaran berkongsi pengalamannya.

Mana tidaknya, dia menyatakan dapat memperoleh wang ratusan ringgit dalam tempoh hanya beberapa jam sahaja.

“Bagus sebenarnya buat begitu sebab saya pernah kena jual tisu area situ (assignment). Sehari minima RM100, tak sampai beberapa jam... so, dia ada ja duit tu,” ujarnya berkongsi cerita.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain