suria

[V] Berlagak gangster! Pemandu Nissan ‘naik hantu' gara-gara dihon, penumpang wanita menggeletar tengok drama hayun kayu

Pemandu kereta Nissan cuba mengancam mangsa dengan kayu rotan.

SUDAHLAH memandu secara melulu, kemudian mahu mengancam mangsa menggunakan kayu rotan pula.

Begitulah rasa tidak puas hati seorang lelaki gara-gara dihon ketika berada di persimpangan lampu isyarat.

Malah dalam kejadian yang berlaku di Petaling Jaya, Selangor, lagak pemandu lelaki yang menaiki kereta Nissan berwarna hitam itu berlagak seperti gangster.

Menceritakan situasi yang dialami, seorang pemilik akaun Twitter mengakui pertama kali menghadapi kejadian buli jalan raya sehingga menyebabkan dirinya menggeletar.

"Pemandu tu datang dari lorong kanan nak masuk ke lorong kiri, masuk mengejut (tak pasti bagi signal ke tak).

ARTIKEL BERKAITAN: Pengemis Rohingya marah-marah peniaga tepi jalan, tak puas hati minta makanan free tak dapat... Netizen kata jangan bagi muka

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan syok makan nasi berlauk, terkesima tengok tikus ratah ayam goreng di restoran... Awas, KKM akan ambil tindakan!

"Then my driver honk la. Selepas itu, dah lampu hijau (lampu isyarat) dia tak mahu gerak... my driver honk lagi. Kemudian dia tak puas hati he pulled my car aside nak cari gaduh," ciapnya menceritakan situasi yang berlaku.

Menerusi video itu juga, kelihatan pemandu Nissan keluar dari kereta untuk bersemuka dengan pemandu lelaki yang menaiki kereta Perodua.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, pemandu Nissan kembali ke keretanya untuk mengambil kayu rotan yang dilihat mahu mengancam pemandu Perodua terbabit.

Susulan daripada itu, penumpang wanita itu memaklumkan telah meminta bapanya untuk membuat laporan polis berhubung kejadian.

buli

Pertengkaran berlaku antara kedua-dua pihak.

"I've already asked my dad to report to his police brother and neighbor. Hopefully they'll be a positive update later," tulisnya bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada laporan polis telah dibuat.

Video berdurasi 2 minit 20 saat itu dirakamkan oleh penumpang, dipercayai sedang menaiki kenderaan e-hailing.

Perkongsiannya menerusi akaun Twitter @zabedabedoo menjadi tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Di ruangan komen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Twitter rasminya turut memberi maklum balas dengan meminta pengadu membuat laporan di balai polis berhampiran.

"Kami mohon kerjasama saudari untuk tampil membuat laporan di balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan. Terima kasih," ciapnya balas.

Tak kira salah siapa pun, tapi start hang angkat kayu nak pukul orang

NETIZEN

Dalam pada itu, rata-rata netizen meninggalkan komen dan pandangan masing-masing berhubung isu buli jalan raya.

Seorang penunggang motosikal hadir bagi membantu menyuraikan pertengkaran.

Seorang penunggang motosikal hadir bagi membantu menyuraikan pertengkaran.

"Nasib bro motor tu ada, apa kes yang dia marah sangat tu? I pernah kena dengan perempuan psiko bawa kereta Axia merah... kejap masuk lorong kanan, kejap ke kiri, kita nak overtake, dia tekan minyak. Buat perangai macam tu dekat lori, masuk bawah lori la dia.

"Bagi aku yang jenis road bully, bawa kereta macam h***m, hon sana hon sini jenis loser dalam hidup. Hati hitam tak ada positif langsung dalam hidup... sebab tu bangga gamaknya jadi gangster.

"Sepatut jangan tunjuk berani konon turun syukur kayu kalau dia bawa pisau? Elok ajak dia berhenti kat balai. Nyawa satu saja kalau dibawanya pisau kena rodok naya.

"In self defence driving, avoid getting down the car if you ever came across a road bully. The car is your best protection... kalau turun suddenly kena tikam, memang gone your life.

"Tak kira salah siapa pun, tapi start hang angkat kayu nak pukul orang," ujar beberapa netizen.

Antara komen yang ditinggalkan pelayar Twitter.

Antara komen yang ditinggalkan pelayar Twitter.

Pun begitu, segelintir pelayar mempersoalkan kenapa individu yang bertubuh besar sering berkelakuan seperti seorang gengster.

Malah ada juga yang berkongsikan tips jika berhadapan dengan pembuli.

"Dulu tok guru aku ajar tiap kali practice di padang kampung, nak lawan orang gemuk atau badan besar daripada kita, kalau boleh biar dia serang dulu sampai habis nafas (untuk yang laju dan cekap tahan) kemudian hanya serang leher (tok guru ajar point around trakea dan nadi) dengan genggaman empat jari.

"Dia tu sekali hayun dia mengah. Bercakap pun semput-semput. Dia dah hayun tu ko terajang perut dia... baru dia ada akal. Kemudian main kejar-kejar tengok dia larat tak nak berlari kejar," ujar beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain