IMPIAN bagi kebanyakan mereka yang beragama Islam tentunya mahu mengerjakan haji atau umrah. Mungkin tidak semua dikurniakan rezeki untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci. Namun, ada yang sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan selagi halal demi menjejakkan kaki di sana. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Begitulah kegigihan seorang lelaki berusia 50an yang berniaga pelbagai jenis makanan kering. Semangatnya dipaparkan oleh seorang pelayar di TikTok, vitaminbae menerusi rakaman pakcik berkenaan berniaga ikan masin di tangga di hadapan sebuah pasaraya di Ranau, Sabah. "Terlihat pakcik ni menjual ikan masin di hadapan pasaraya. Terus berusaha menghabiskan jualan pada hari ini," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Anak tunggu ibu pulang dari umrah nak belanja 'duit gaji kedua', pilot call beritahu 'mak dah meninggal' sebaik mendarat di KLIA ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sedih kedai dapat 'bad review' belum hilang, Allah beri rezeki pemilik Kieda Crepe ditaja buat umrah - "Nikmat apa kita nak dustakan bila bersabar?" Pemilik video itu pada mulanya datang menemui lelaki tersebut untuk membantu dengan memborong makanan yang dijualnya. Apabila diminta untuk mengira jumlah barangan masih tidak terjual, lelaki itu hanya menggunakan tapak tangan sebagai 'kertas' untuk membuat kiraan. Pakcik kemudian menerima wang yang diletakkan di dalam bekas polisterin daripada lelaki ini tanpa menyatakan jumlahnya. Tanpa disangka-sangka, pakcik berkenaan sanggup bekerja keras demi memenuhi hasratnya untuk mengerjakan umrah pada tahun depan. Alhamdulillah terima kasih orang baik. Semoga dipermudahkan urusan pakcik untuk menunaikan umrah. NETIZEN Lebih menyentuh hati apabila peniaga tersebut mendedahkan dia hanya mengambil keuntungan sebanyak 50 sen setiap pek yang terjual. Sejurus selepas dimaklumkan mengenai impian untuk mengerjakan umrah, vitaminbae kemudian menghulurkan lagi sumbangan kepada pakcik berkenaan.. Menerusi rakaman sama, kelihatan pakcik itu terus menadah tangan lalu berdoa di atas rezeki yang dikurniakan kepadanya. Pakcik ini mengucapkan kesyukuran kerana menerima sumbangan. Menarik nafas lega, pakcik berkenaan sekali lagi mendoakan vitaminbae kerana kemurahan hati pemuda itu. Perkongsian video itu menarik perhatian ramai dengan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Malah kegigihan dan semangat pakcik itu mengundang sebak netizen yang mendoakan rezekinya dimurahkan. "Semoga doa pakcik dimakbulkan untuk menunaikan umrah dan semoga tuan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya. Amin. "Alhamdulillah terima kasih orang baik. Semoga dipermudahkan urusan pakcik untuk menunaikan umrah," demikian antara komen netizen. Komen netizen di TikTok. Di ruangan komen juga mendapati pengusaha kosmetik, Anas Zahrin menyuarakan hasratnya untuk berjumpa pakcik berkenaan. Anas sebelum ini menaja beberapa pempengaruh mengerjakan umrah di Tanah Suci. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI