suria

[V] “Kalau jumpa hantu jangan takut ye” - Anak kuat drama, ibu kaki sakat! Selalu ugut lari rumah naik basikal kecil

Rakaman gelagat seorang anak mahu lari dari rumah mencuit hati netizen.

SERONOK apabila dapat melihat semula rakaman video menunjukkan gelagat anak-anak pada masa lalu.

Menerusi video yang dimuat naik melalui akaun TikTok @yusmalisa_shazrenda, seorang ibu berkongsi 'drama' lucu gelagat anaknya mahu lari dari rumah yang dirakam pada 2021.

“Jangan make fun of me boleh tak?” kata Qasy Qaiser kepada wanita itu yang cuba menghalangnya untuk lari dari rumah menggunakan basikal kanak-kanak.

Menurut si ibu, dalam masa seminggu anaknya yang dipanggil Qasy itu hampir tiga kali merajuk dan 'mengugut' ingin lari dari rumah.

Bahagian awal video itu juga dapat dilihat Qasy sedang memasukkan pakaiannya ke dalam beg galas sebelum keluar dari rumah dan tindakannya itu sempat dirakam.

ARTIKEL BERKAITAN: Comel suami dia! Sanggup ‘stop’ makan nasi nak tengok kuku isteri... Tapi tiba-tiba kaget tengok PlayStation 5 atas meja

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Budak lelaki ‘frust menonggeng’ dapat berita kena lepas gelaran anak bongsu, dah dipujuk tak sabar nak adik pula

Sebelum Qasy ingin keluar dari rumah, dia kelihatan sedikit geram kerana ibunya sempat berpesan supaya jangan takut jika terjumpa dengan hantu.

"Kalau jumpa hantu kat jalan jangan takut ye," kata si ibu, sempat menyakat anaknya.

Menerusi satu lagi video yang dikongsi bagi menjawab pertanyaan netizen, Yusmalisa mengakui bahawa anaknya memang kuat berdrama ketika kecil.

“Saya dah cakap, anak saya memang kuat berdrama. Anak saya, saya tahulah.

“Saya muat naik video ini kerana kebetulan tengah tengok rakaman video tahun lepas, dan ingin tunjuk kepada dia.

“Sebagai seorang ibu, saya sentiasa cuba untuk merakam momen istimewa anak saya untuk dijadikan kenangan," ujarnya.

Setelah mencuba berkali-kali memujuk anaknya untuk masuk semula ke dalam rumah, Yusmalisa akhirnya berjanji akan membelikan set permainan konsol PlayStation 5 seperti yang dimahukan oleh Qasy.

Mendengar janji ibunya, budak lelaki itu yang sudah berada di depan pagar terus berpatah balik dan meletakkan semula basikalnya di tempat asal sebelum masuk ke dalam rumah.

Qasy banyak kali berhasrat untuk lari dari rumahnya.

Yusmalisa berkata dia sangat suka melihat semula gambar dan video anak-anaknya dan mahu mereka mempunyai satu kompilasi rakaman zaman kanak-kanak.

Wanita itu juga menasihatkan ibu bapa keperluan memberitahu anak-anak bahawa mereka sentiasa disayangi, walaupun perkara yang dilakukan adakalanya salah.

Walaupun video yang dimuat naik hanya untuk berkongsi momen lucu dengan anaknya, terdapat juga netizen yang risau anaknya akan betul-betul lari dari rumah ketika dewasa.

Video yang tular itu mendapat 700,000 tontonan dan 60,000 tanda suka.

Antara komen netizen di TikTok.

Terdapat juga netizen yang berkongsi cerita mereka sewaktu kecil dan juga tentang ahli keluarga yang lari rumah.

“Adik, saya pun dulu macam ini. Tapi lari rumah nenek sahajalah, sebab rumah nenek dekat.

“Anak aku yang lelaki dulu pun macam ni, sehinggakan bawa mainan untuk lari dari rumah. Saya pun cakaplah, makan dahulu sebelum keluar, nanti lapar. Kesudahnnya dia kenyang lalu tertidur.

“Saya dulu gaduh dengan adik-beradik sahaja, kemaskan beg nak lari rumah tapi duduk belakang pintu. Tunggu ibu balik untuk pujuk, tak berani nak jalan seorang diri.

“Aku ingat anak aku seorang sahaja yang setiap masa nak lari rumah. Aku bagi beg dia, tapi dia marah semula ‘ibu jangan perangai macam budak-budak boleh tak?’.

“Hampir semua kanak-kanak pernah ada perasaan nak lari dari rumah,” demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain