suria

[V] Sanggup redah banjir, Datsun keluaran 1976 tetap gah dari Kelantan ke Putrajaya... Pemilik akui tak ada ‘feel’ naik kereta baharu

Nizamudin terpaksa melalui kawasan banjir dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Putrajaya.

PERJALANAN sebuah 'besi lama'.

Demikian kapsyen yang ditulis seorang individu mengenai kisah perjalanannya menaiki sebuah kereta klasik Datsun 120Y yang baru dibeli, Kelantan ke Putrajaya.

Kompilasi foto dalam video yang dikongsi Mohd Nizamudin Husain, 32, menerusi laman TikTok meraih 2.5 juta tontonan dalam tempoh 24 jam, malah dihujani komen netizen.

Dalam video itu, dia yang melalui perjalanan beratus kilometer bersama dua ekor kucing untuk kembali ke Putrajaya turut mengharungi banjir di beberapa kawasan di negeri Kelantan.

"Saya ada sebuah kereta Datsun keluaran tahun 1970 yang digunakan untuk berulang-alik ke tempat kerja, tapi kereta itu terlibat dalam kemalangan. Ia sedang dibaiki di sebuah bengkel. Jadi pada minggu lepas, saya balik ke kampung di Kelantan untuk membeli sebuah lagi Datsun, keluaran tahun 1976.

"Gambar-gambar perjalanan dari Kelantan ke Putrajaya itu saya kongsi secara suka-suka di TikTok. Saya terima komen daripada pelbagai lapisan masyarakat. Antaranya budak-budak main kereta, makcik-makcik serta mereka yang sezaman dengan saya.

Setiap orang ada kemampuan masing-masing. Asalkan kereta boleh bawa dari satu tempat ke satu tempat sudah memadai.

MOHD NIZAMUDIN HUSAIN

"Dalam perjalanan pulang, saya terpaksa melalui jalan yang dinaiki air akibat banjir di Machang, Kok Lanas dan Pulai Chondong. Alhamdulillah, saya berjaya membawa kereta itu balik ke Putrajaya dengan selamat," ujarnya kepada mStar.

Dedah Nizamudin, dia menaiki kereta isterinya ke Kelantan dan mereka kemudian pulang ke Putrajaya secara berasingan.

Mengulas video yang tular, dia yang senang disapa Nizamudin mengakui tidak terlepas dengan komen negatif daripada individu yang cuba memandang rendah terhadap kereta miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Myvi pinjam’ terbalik, pelajar posing macam baru menang kereta - “Hati gelisah, nak cakap pun menggigil”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Sebelah aku dia campak” - Pemuda terkejut jumpa ‘kereta sampah’, cawan ‘terbang’ keluar dari tingkap dibaling pemandu pengotor

Jelasnya, ia ternyata berbeza dengan realiti sebenar apabila ramai lebih menghargai kereta lama dan sering menegur mengenainya di jalanan.

"Ada orang komen, dia cakap suka tengok kereta lama, tapi tak suka apabila dekat highway sampai lori treler panjang pun boleh potong. Saya jawab, tak semestinya kereta lama tu bermasalah. Sedangkan kereta baharu pun ada masalah.

datsun2

Nizamudin ke Kelantan bersama isteri dan pulang secara berasingan selepas membeli kereta tersebut.

"Ciptaan manusia tiada yang sempurna. Saya tak nak sebut jenama, tapi banyak je kereta baharu yang tersadai di tepi jalan. Janganlah kita pandang rendah pada kereta lama.

"Itu cuma di TikTok. Sepanjang hampir 10 tahun saya guna kereta lama, tak jumpa orang yang pandang rendah. Kalau jumpa jalan mesti orang akan hon, lambai dan siap puji kat tingkap.

"Sebelum membeli kereta Datsun pertama pada 2012, saya juga pernah menggunakan kereta Perodua Kancil, Proton Wira dan Honda. Tapi saya rasa tak gemar kereta keluaran baharu. Feel tak sampai. Kereta moden pun ada tapi isteri yang guna," ujarnya lagi.

Nizamudin membawa pulang kereta Datsun yang baru dibelinya pada minggu lalu.

Menurut Nizamudin lagi, arwah bapanya juga merupakan pengguna kereta Datsun dan dia menganggap hobinya pada hari ini sebagai salah satu cara untuk mengimbas nostalgia lama.

"Kebanyakan yang komen, mereka tanya saya dapat kereta ni dari mana? Paling banyak komen, mereka kata kereta ni menggamit kenangan zaman dulu, ada yang ayah mereka hantar pergi sekolah naik kereta ni. Kereta ini jugalah yang hantar anak sampai universiti pada zaman dulu.

datsun4

Anggota bomba itu berkata, dia lebih selesa menggunakan kereta keluaran lama.

"Selain itu, kereta Datsun juga digunakan untuk sekolah memandu suatu masa lalu. Pada saya, kalau tak ada yang lama, tak ada yang baharu. Ia juga menggamit kenangan dengan arwah ayah saya. Jadi janganlah kita judge hobi orang selagi tidak menyusahkan orang lain.

"Setiap orang ada kemampuan masing-masing. Asalkan kereta boleh bawa dari satu tempat ke satu tempat sudah memadai. Ini hobi saya. Jujur cakap, saya tak ada feel kalau pakai kereta baharu," ujarnya berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain