suria

Alamak, bocor! Suami sanggup cuci cadar, tilam ada darah haid... tak marah siap dapat peluk, isteri kata ‘lepas’ ujian masa bersalin

Memiliki suami yang memahami umpama satu anugerah buat para wanita.

RATA-RATA wanita pasti pernah mengalami 'kebocoran' darah haid semasa tidur sepanjang tempoh menstruasi.

Bayangkan jika ia berlaku kepada wanita yang sudah berkahwin, adakah suami dapat menerimanya apabila melihat tompokan darah di cadar dan tilam.

Pelbagai persepsi sering diperkatakan tentang darah haid dan segelintir lelaki berasa geli berdepan situasi itu.

Maka tidak hairanlah apabila perkongsian seorang wanita di laman Twitter mengenai darah haid, mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Berdasarkan ciapan yang dibuat, dia menyatakan bahawa suaminya bukan sahaja tidak berasa geli dengan tompokan darah haid malah membantu mencuci kesan pada cadar dan tilam.

Sebahagian ciapan yang dibuat oleh Ainul.

Sebahagian ciapan yang dibuat oleh Ainul.

"Bangun pagi tadi with period pain and leakage dekat cadar dan tilam. Suami terus tolong bersihkan... Idk (I don't know) but I think this one his very first time berhadapan situasi period bocor.

"But he is doing good. Tak ada marah I atau apa... tenang saja kemudian peluk I, terima kasih," tulisnya menerusi ciapan secara ringkas.

Mengakui rasa takut dimarah kerana insiden yang tidak disangka itu, wanita bernama Ainul itu akhirnya menarik nafas lega kerana suaminya memahami.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengelak tiap kali ajak kahwin, BF tak usaha halalkan hubungan... Gadis ini makin bosan, tapi sayang cinta 5 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Berlagak gangster! Pemandu Nissan ‘naik hantu' gara-gara dihon, penumpang wanita menggeletar tengok drama hayun kayu

"Honestly I bangun tadi I takut dia marah sebab darah terkena cadar dengan tilam dia. Kalau sendiri punya tak apalah.

"Ni la antara nasib bila dah jadi suami orang. Tiba-tiba boleh jadi situasi tergempar," luahnya lagi.

Masa pregnant lagi macam-macam benda terjadi. Muntah atas tilam, terkencing dalam seluar sebab tak rasa... semua dia yang tolong kemaskan.

NETIZEN

Menurut Ainul, sebelum ini dia pernah melihat video seorang suami memarahi isteri hanya kerana darah haid terkena pada tilam.

Wanita sering berhadapan rasa sakit di perut ketika menstruasi.

Wanita sering berhadapan rasa sakit di perut ketika menstruasi. - Gambar hiasan

Namun, dia menyatakan bahawa situasi tersebut sememangnya tidak dapat dikawal.

Dengan 'perkembangan' positif yang ditunjukkan suaminya, dia juga berharap persediaan boleh dilakukan jika dia melahirkan anak suatu hari nanti.

"So I think bolehlah getting ready nak bantu I after beranak pula? Orang kata lagi banyak benda suami kena tahu dan buat, kan? Okay hun, practices makes perfect," katanya lagi.

Perkongsiannya itu kemudian diulang kicau lebih 5,000 pelayar Twitter selain turut dikongsi menerusi pelbagai platform media sosial.

Menyedari terdapat reaksi negatif daripada warganet seperti "Itu pun nak cerita kat public? Ramai lagi suami kat luar yang peluk isteri semasa isteri cirit atas tilam... tak bising pun', Ainul kemudian menjelaskan bahawa pemikiran setiap individu addalah berbeza dan perkongsiannya bertujuan untuk membantu mereka yang trauma dengan perkahwinan.

"Maaf pada yang bitter dengan tweet ni, tak apa mindset kita mesti berbeza. Hanya berkongsi cerita saya, jadi kalau ada orang lain yang trauma tentang perkahwinan atau tak percaya perkahwinan (seperti saya sebelum ini), boleh dapat sikit motivasi. Hidup berkahwin itu banyak yang indah daripada pahit," tambahnya.

Rata-rata warganet turut berkongsi kaedah bagi mengelakkan darah haid yang bocor mengenai tilam.

Antara komentar yang ditinggalkan warganet.

Antara komentar yang ditinggalkan warganet.

"Sis, I kalau period memang lapik tilam dengan kain batik atau apa-apa... in case bocor time tidur tak sedar. Jenuh cuci tilam sebab dah terkena. Kalau jenis banyak flow, lapik teba-tebal sikit just to be safe.

"Cuba tukar kepada menstrual cup, best gila. Mula-mula memang macam kekok sikit tapi bila sudah biasa, you memang akan rasa menyesal sebab tak tukar awal. Heavy flow ke tidur tunggang langgang ke tak risau dah," ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, beberapa pelayar wanita juga berkongsikan pengalaman memiliki suami yang memahami terutama ketika berada dalam tempoh hamil.

"Masa pregnant lagi macam-macam benda terjadi. Muntah atas tilam, terkencing dalam seluar sebab tak rasa... semua dia yang tolong kemaskan. Alhamdulillah, suami aku bukan lelaki yang geli kat aku.

"Sama macam suami saya, masa dekat wad pun dia tolong semuanya. Mujur tak kena dukung sebab bini tak larat jalan terutama sekali masa berpantang, banyak pendarahan. Habis kain batik, terus mandi... keluar dia dah bersihkan cadar dengan tilam, atas lantai pun sama," kongsi beberapa netizen lagi.

Pada masa sama, perkongsian Ainul turut dicemburui segelintir pelayar yang masih bujang dan berharap dikurniakan suami yang memahami seperti itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain