suria

Akauntan perlekeh pelajar cari ilmu di universiti, siap label sijil sampah! Tapi puji budak-budak lepas SPM buat bisnes TikTok

Akauntan itu menganggap perjalanan empat tahun di universiti sebagai perkara sia-sia.

SETIAP pelajar akan melalui perjalanan yang berbeza-beza selepas mereka menamatkan zaman persekolahan.

Ada yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, namun ramai juga yang memilih untuk terus bekerja dan berumah tangga.

Terbaharu, seorang lelaki yang mendakwa dia sebagai akauntan menyelar golongan pelajar universiti dan menganggap pengajian mereka sebagai satu pembaziran semata-mata.

"Posting ini tidak sesuai dibaca jika kau mudah sentap, kau rasa sentiasa betul, kau T20 atau M40 duit bapa.

553 (1)

Tak semua pelajar berpeluang ke universiti selepas menamatkan persekolahan. -Gambar hiasan

"Sebagai seorang akauntan bertauliah yang audit beribu syarikat di Malaysia, aku boleh cakap sijil universiti ni sampah. Ya, sampah," ujarnya memulakan bicara.

Menurut lelaki itu, segala perbelanjaan di universiti bakal menjerat leher pelajar, sedangkan mereka perlu menghabiskan masa yang cukup panjang untuk menamatkan pengajian.

"Tambah pula kos universiti sekarang macam Yahudi, bertambah sampah. Universiti swasta dan luar negara jerat leher kau dengan pinjaman pengajian, sampah.

"Universiti subsidi sekalipun seperti institut pengajian tinggi awam (IPTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Komuniti, nilainya masih sampah sebab empat tahun dihabiskan untuk course tepu," ujarnya lagi.

Aku respek dekat budak yang buka bisnes kecil-kecil lepas sekolah... jual TikTok shop, jual Shopee, jual kat Facebook.

AKAUNTAN TULAR

Dakwa akauntan itu, kebanyakan syarikat masa kini memilih untuk menggaji pekerja luar negara, sekali gus mengabaikan lulusan universiti tempatan yang biasanya dibayar pada kadar lebih murah.

"Syarikat semua nak jimat kos. IT outsource India. Engineer outsource India. Customer service outsource Filipina. Manufacturing outsource China. Human Resource/Payroll outsource third party.

"Tinggal la kerja B40 untuk kau rebut-rebut. Syarikat takkan tawar kau gaji RM3,000 lebih kalau dia tak dapat pulangan lima kali daripada nilai gaji kau," kata lelaki itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk IPT bapa dah pinjam Ahlong, kini tak dapat hostel pula... pelajar sindir universiti ‘nak suruh pacak khemah ke?’

ARTIKEL BERKAITAN: Mahasiswa ramai tapi bas tak cukup, parkir terhad! Pelajar kecewa universiti larang servis ‘e-hailing bajet’ sesama rakan kampus

Dalam posting sama, dia mengakui lebih respek terhadap golongan pelajar yang memilih menjalankan bisnes selepas menamatkan persekolahan.

Malah katanya, ramai pelajar universiti membuat pilihan jurusan pengajian kerana terikut-ikut dengan hasutan rakan, ibu bapa atau orang sekeliling.

"Sijil kau hanya berguna kalau kau betul-betul nak hidup mati dengan pilihan yang kau buat masa kau budak-budak. And mostly choice yang kau buat lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semua retard, ikut kawan, ikut mak, ikut anak jiran, ikut orang atau pengaruh media sosial.

"Aku respek dekat budak yang buka bisnes kecil-kecil lepas sekolah. Jual TikTok shop, jual Shopee, jual kat Facebook, niaga gerai, niaga tepi jalan. Empat tahun kau guna untuk real world experience, bukan habis masa dekat universiti belajar course tepu.

tiktok2

Kata akauntan itu, ramai pelajar memilih bidang pengajian kerana terpengaruh dengan orang lain. -Gambar hiasan

"Kalau kau dah nekad dengan course universiti yang kau pilih, teruskan dan selamat maju jaya. Belajar sebab kau nak ilmu, bukan sebab kau nak graduate. Tapi ingat, sijil kau hanya berguna untuk dapatkan interview sahaja, lepas tu jadi sampah" ujarnya lagi.

Posting individu itu dikongsi menerusi laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini dan turut meraih pandangan berbeza-beza daripada netizen.

Ada yang bersetuju, namun ada juga yang tidak senada dan menganggap lelaki itu cuba merendah-rendahkan mereka yang sedang menyambung pelajaran di universiti.

"Mana ada belajar yang sia-sia. Kecuali kita tak gunakan apa yang kita belajar dengan betul.

"Ada betul juga apa dia cakap tu. Mostly experience lagi penting. Tapi setengah kerja memang perlukan certificate.

"Belajar untuk pandai dan ilmu, bukan untuk kaya. Kalau hidup untuk kaya, baik berhenti sekolah awal-awal belajar buat produk timbang kilo," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain