suria

[V] Penumpang mengamuk, hilang sabar penerbangan ‘delay’ 8 jam! Kesian warga emas tak makan ubat, dah check-in bagasi

Penerbangan yang ditangguh selama 8 jam menyebakan ramai penumpang terkandas.

TERKANDAS di lapangan terbang gara-gara penerbangan tertangguh untuk satu tempoh yang lama memang amat memeritkan.

Begitulah yang dilalui penumpang sebuah syarikat penerbangan apabila terpaksa menunggu sehingga kira-kira lapan jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Situasi itu mengundang kemarahan ramai sehingga salah seorang penumpangnya bertindak memarahi pegawai bertugas susulan gagal memberi penjelasan tentang kelewatan berkenaan.

Video insiden kekecohan itu dirakam dan dikongsikan di akaun TikTok @opmchimmy hingga meraih lebih sejuta tontonan.

Susulan itu seorang individu bernama Firdaus Jailan tampil mengaku sebagai individu yang bertindak menengking pegawai syarikat penerbangan terbabit menerusi akaun Twitter miliknya, @firdausjailan.

Jelas Firdaus, dia dan penumpang lain sepatutnya berlepas ke Kuching, Sarawak menerusi penerbangan yang dijadual pada pukul 11.30 malam Khamis, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ketepikan isu ‘delay’, puji kru kabin AirAsia papah suami isteri buta turun pesawat... Teknik pegang bahu pun betul!

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup gadai kebun, guna habis duit EPF... harapan lebih 400 jemaah tunaikan haji terkubur

"Flight sepatutnya pukul 11.30 malam tapi apabila aku sampai, kakitangan syarikat penerbangan cakap delay ke pukul 2.30 pagi sebab keadaan cuaca.

"Apabila dia cakap macam tu, aku tanya lagi adakah akan ada delay lagi atau memang betul berlepas pukul 2.30 pagi. Dia cakap tak akan ada delay dah.

"Sekarang tengok dekat skrin jadual penerbangan ni, tertulis flight kami pukul 6.35 pagi esok, tak ada cakap delay apa pun," jelas Firdaus menerusi ciapan pada pukul 3.56 pagi Jumaat.

Perkara yang membuatkan Firdaus lebih bengang adalah apabila tiada seorang pun kakitangan syarikat penerbangan itu tampil memberikan penjelasan tentang waktu sebenar penerbangan.

"Seorang staf pun tak nampak muka. Makluman apa pun tak ada. Padahal awal-awal aku dah tanya, kalau delay lama lagi, aku nak check-in.

flight 2

Penumpang terpaksa berbaring di bangku yang tidak selesa sementara menunggu waktu pelepasan.

"Aku nak duduk luar, cari hotel dan tidur. Kau bayang daripada pukul 11 malam sampai ke pukul 6 pagi nak duduk je dekat airport satu hari tak tidur.

"Tak ada seorang pun staf syarikat penerbangan yang datang untuk tanya khabar kami atau berikan apa-apa maklumat. Kami memang left in the dark," terang Firdaus tentang keadaan mereka pada ketika itu.

Firdaus sempat menunjukkan suasana di sekitar balai pelepasan yang memperlihatkan penumpang lain berbaring di serata tempat seperti di lantai dan juga bangku sementara menunggu waktu pelepasan.

Menurut Firdaus, penerbangan itu akhirnya berlepas pada pukul 7:40 pagi Jumaat selepas beberapa kali ditangguhkan.

Sementara itu menerusi akaun TikTik Firdaus iaitu @tukangfikir, dia tampil menjelaskan tentang kritikan segelintir pihak tentang perlakuannya menengking kakitangan bawahan syarikat penerbangan itu.

Kata mereka, staf yang berkhidmat di balai pelepasan tidak mempunyai pengetahuan lengkap tentang jadual penerbangan.

Keadaan di lapangan terbang yang sejuk juga menyebabkan penumpang menggigil tanpa baju yang tebal.

"Untuk pengetahuan semua, dia tu bukan staf biasa ya. Dia adalah manager yang saya dah jumpa di atas (pejabat syarikat penerbangan).

"Daripada pukul 1 sampai pukul 6 pagi tu tak ada satu pegawai pun yang turun ke bawah. Jadi saya minta polis bantuan untuk iring saya keluar dan naik ke atas ke pejabat mereka.

"Dan di atas, dia adalah manager on duty pada waktu itu. Dia kata dia yang bertanggungjawab dalam hal macam itu," kata Firdaus.

Firdaus mendakwa dia mengambil masa hampir 15 minit untuk memujuk kakitangan syarikat penerbangan tersebut turun ke bawah bagi menerangkan situasi semasa kepada penumpang lain.

"Akhirnya dia turun bawah, mungkin sebab dia tak nak dengar saya bising-bising. Penumpang semua dibiarkan di luar di atas kerusi yang keras dan lantai marmar tu.

"Budak kecil dan orang tua semua dah menggigil. Ada orang tua tak dapat makan ubat sebab ubat dalam luggage. Kami dibiarkan di situ selama tiga jam.

"Apabila saya dah naik atas, panggil kakitangan tu baru dia buka pintu ke dalam balai pelepasan.

"Selepas kami dah ada dalam dewan pelepasan tu, kami tunggu pula selama 20 minit untuk dia bagi apa-apa penerangan tentang keadaan semasa namun dia tak buat apa-apa pun," ujar Firdaus dalam nada yang marah.

Penumpang cuba merehatkan diri di sekitar balai pelepasan.

Firdaus dan beberapa penumpang yang lain kemudiannya pergi berdepan dengan kakitangan itu untuk meminta penjelasan.

"Dia kata ada seorang lagi manager nak kena turun dan kami pun tunggu lagi hampir setengah jam. Manager tak turun-turun juga.

"Sebab tu kami jumpa dia semula dan kami confront dia. And for those yang kata kami marah budak-budak kaunter dekat bawah, you are wrong.

"Dia adalah manager yang kami 'heret' daripada atas turun ke bawah supaya dapat terangkan apa yang sebenarnya berlaku. Dan dia failed to do that. Dia tak ada nak minta maaf pun," ujar Firdaus.

Firdaus juga menyatakan pada ketika itu kedai makan tidak dibuka dan ramai penumpang yang kelaparan.

"Keadaan dalam airport tu pun sangat sejuk. Kami ada minta mereka untuk bagi kami bantal, selimut atau makanan ke. Kami tersekat dalam tu.

"Penumpang semua memang tak bersedia daripada segi baju untuk menahan kesejukan airport tu.

"Tetapi tak ada apa pun. Mereka sepatutnya bertanggungjawab ke atas kami," ujar Firdaus penuh kekecewaan.

Sementara itu usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan daripada syarikat penerbangan berkenaan masih belum berjaya apabila panggilan dan mesej yang dihantar tidak dibalas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain