suria

[V] Tak reti duduk diam, memang karam la! Hero banjir mandi air lumpur, pertama kali dayung sampan terus terbalik

Video kejadian sampan karam ini meraih lebih 5.2 juta tontonan di TikTok.

PERAHU mungkin dilihat seperti mudah untuk dikemudi.

Walaupun begitu, pengendalian sebuah perahu itu sebenarnya memerlukan daya keseimbangan yang mantap kerana jika gagal, padah menanti.

Itulah situasi yang dilalui pemuda bernama Muhammad Nizam ketika perahu yang digunakannya untuk menolong mangsa banjir di Rantau Panjang, Kelantan terbalik!

Melalui video yang tular di TikTok, dapat dilihat Nizam dan rakannya bermandi air lumpur ekoran daripada insiden berkenaan.

"Sebenarnya saya dan rakan-rakan yang lain pergi menolong mangsa banjir. Kami tak terikat dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO). Kami buat ni seikhlas hati.

"Misi bantuan banjir ni kami fokuskan untuk hantar bekalan makanan kepada rumah yang ada penghuni dan ditenggelami air banjir.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sanggup redah banjir, Datsun keluaran 1976 tetap gah dari Kelantan ke Putrajaya... Pemilik akui tak ada ‘feel’ naik kereta baharu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hempuk kepala babi hutan guna pendayung, mangsa banjir Kelantan dilabel kejam! - “Jangan jadi manusia tiada perasaan”

"Kalau nak tahu, setiap rumah di Pantai Timur ni memang dah siap ada satu perahu atau sampan untuk musim tengkujuh," kata Nizam ketika dihubungi mStar.

Menurut Nizam, semua perahu itu dibuat sendiri oleh penduduk setempat sama ada menggunakan kayu ataupun diubah suai daripada tong plastik sebagai persiapan bagi menghadapi musim banjir.

"Perahu tu akan ditinggalkan di tebing tempat tinggi macam jalan raya contohnya. Jadi kalau sesiapa nak hantar bantuan boleh naik perahu tu untuk dayung masuk ke dalam halaman rumah.

Nizam terpaksa berenang meredah air banjir selepas sampan dinaikinya karam.

"Macam jeti sementara, itulah realiti musim tengkujuh di Kelantan. Nak dijadikan kisah, saya dan kawan saya tu tak pernah naik sampan sebelum ni.

"Seperti dalam video tu, itu kali pertama kami naik sampan sebenarnya. Boleh nampak saya macam kekok," kata Nizam yang merupakan seorang pengusaha perniagaan kereta sewa.

Dalam misi bantuan sebelum ini, rumah mangsa banjir rata-rata boleh diakses dengan kereta pacuan empat roda mereka tetapi lain ceritanya untuk kediaman ini.

Waktu tu baru kami tahu sebenarnya susah nak naik sampan... tak mudah nak imbangkan sampaikan terus terbalik.

MUHAMMAD NIZAM

"Rumah ni kedudukan ke dalam sikit, kenderaan kami tak boleh masuk ke depan rumah. Kami kena gunakan sampan yang dah disediakan tuan rumah.

"Waktu tu baru kami tahu sebenarnya susah nak naik sampan ni. Tak mudah nak imbangkan sampaikan terus terbalik.

"Lepas tu owner rumah pun ada cakap yang sampan tu ada bocor sikit. Memang auto karam kami berdua ni," katanya berseloroh.

Misi membantu mangsa banjir adalah rutin tahunan untuk Nizam dan rakan-rakannya.

Pasrah kerana terpaksa berkubang dengan air lumpur, Nizam meneruskan perjalanan dengan berenang menongkah air banjir yang semestinya penuh dengan kejutan.

"Saya ada pakai life jacket tapi kawan saya tak, jadi saya seorang je yang pergi ke rumah tu untuk hantar bantuan makanan. Saya memang dah standby life jacket awal-awal.

"Waktu tu air di paras pinggang. Tapi saya memang berhati-hati nak redah air banjir tu sebab ni tempat orang. Tempat yang kita tak biasa. Mungkin ada lubang atau parit apa.

Setiap rumah di Pantai Timur yang berisiko tinggi untuk banjir mempunyai sampan yang digunakan semasa kecemasan.

"Saya bawa bekalan makanan ruji yang kering macam beras," ujar Nizam.

Nizam sempat memaklumkan dia dan rakan-rakannya membantu mangsa banjir yang pihak kerajaan ataupun NGO mungkin terlepas pandang.

"Kalau dekat sekolah ataupun pusat pemindahan sementara, situ memang banyak dapat bantuan.

IMG_1156

Antara komen netizen di TikTok.

"Mereka yang terpinggir dan terperangkap dekat rumah ketika banjir ni yang kami target nak pergi bantu.

"Benda ni dah jadi acara tahunan untuk kami. Kami dah biasa. Hujung tahun jadi kemestian untuk kami turun padang," katanya.

Nizam juga menceritakan yang banjir di Kelantan boleh dikatakan agak teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya dan bersyukur keadaan sudah semakin pulih.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain