suria

Model dapat job pelik, disuruh sarung kebaya satin sambil ‘posing’ nampak betis... Nak pakai tudung pun tak apa

Mesej yang diterima Ty daripada seorang individu tidak dikenali.

KEMAJUAN teknologi masa kini mendorong peningkatan penipuan atas talian.

Malah ia bukan sahaja melibatkan wang ringgit, percintaan 'awang hitam' atau love scam mahupun duit syiling lama tetapi mangsa turut dieksploitasi dalam pembikinan gambar serta video berunsurkan pornografi.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlagak gangster! Pemandu Nissan ‘naik hantu' gara-gara dihon, penumpang wanita menggeletar tengok drama hayun kayu

ARTIKEL BERKAITAN: Pengemis Rohingya marah-marah peniaga tepi jalan, tak puas hati minta makanan free tak dapat... Netizen kata jangan bagi muka

Lebih membimbangkan apabila scammer mencuri dan menggunakan gambar individu lain sebagai profile di media sosial mereka bagi mengaburi mata mangsa.

Seperti yang dialami seorang pelayar Twitter yang dikenali sebagai Ty, dia menerima mesej daripada seorang individu yang memintanya menjadi model peragaan bagi busana kebaya.

Tangkap layar mesej yang diterima Ty.

Tangkap layar mesej yang diterima Ty.

Lebih menghairankan apabila individu yang kononnya seorang jurugambar itu terus menyatakan bahawa material baju yang digunakan adalah daripada kain satin.

Menerusi tangkap layar mesej yang dikongsikan, individu yang menggunakan nama Nasir Afiq itu turut menyatakan bahawa Ty yang dipercayai seorang wanita bertudung diminta mendedahkan rambutnya.

Menyedari mesej tersebut pelik dan meragukan, Ty yang dipercayai seorang model pakaian kemudian memaklumkan dia tidak menerima tawaran yang memerlukan dia membuka tudung.

Kebaya satin... baca pun dah tahu jenis gila seks, fetish la tu.

NETIZEN

Pun begitu, individu terbabit seperti berusaha 'memerangkap' mangsa sehingga sanggup menawarkan bayaran tinggi.

Dia juga tanpa segan silu bertanyakan jika Ty akan bersetuju sekiranya photoshoot dilakukan lengkap bersama tudung namun perlu memperlihatkan bahagian betis.

Berang dengan tawar-menawar yang dibuat, Ty kemudian membalas dengan ungkapan kasar bagi mengelakkan scammer terbabit terus menghubunginya.

Ciapan perkongsian bersama tangkap layar mesejnya dengan scammer kemudian menjadi tular di media sosial dan ditonton lebih 1.5 juta pelayar Twitter selain turut menjadi bahan perbincangan di beberapa platform media sosial yang lain.

Kebaya antara pakaian yang digemari kaum wanita. - Gambar hiasan

Kebaya antara pakaian yang digemari kaum wanita. - Gambar hiasan

Disebabkan tular, ia akhirnya disedari seorang lelaki yang kemudian tampil memaklumkan bahawa scammer terbabit telah mencuri gambarnya untuk dijadikan profile.

"By the way owner gambar muncul, dia kata tu bukan dia jadi yang DM (mesej langsung) tu sah fake account. Kesian orang lain pula yang kena lepas ni and now account tu guna gambar orang lain pula," ciapnya ringkas menjelaskan situasi baharu.

Perkongsiannya itu turut mendapat maklum balas daripada warganet dan rata-ratanya jelas menyatakan bahawa individu menggunakan nama Nasir Afiq adalah scammer.

"Saya pernah ada orang offer shoot kebaya, tapi kena bagitahu size bra dulu. Konon after shoot dapat voucher, so dia kena tahu size baru boleh bagi voucher.

"Cara approach dah agak scammer, tak profesional langsung.

Netizen berang melihat tangkap layar scammer yang dikongsikan Ty.

Netizen berang melihat tangkap layar scammer yang dikongsikan Ty.

"Zaman sekarang ni ramai scammer... kalau tak percaya, cuba ambil gambar smartphone device kat web buat-buat macam nak jual kat Facebook market place, tak sampai lima minit scammer contact," ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, kebanyakan warganet mempersoalkan tujuan scammer terbabit yang mahukan gambar seorang wanita yang memperlihatkan bahagian kaki.

Ada juga yang menyifatkannya sebagai fetish kaki perempuan dan ingin menjadikan gambar Ty sebagai 'modal' untuk merangsang nafsu sendiri.

"Lain macam fetish betis.

"Kebaya satin... baca pun dah tahu jenis gila seks, fetish la tu.

"Betis pun jadi ya, bro?

"Shoot kebaya pakai tudung, nampak betis... down bad, desprate segala macam mamat ni," ujar beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain