suria

[V] Senang kerja! Warden buat live TikTok ketika spotcheck dorm pelajar, otai hadir dedah port rahsia sorok barang larangan

Warden asrama ini menggunakan live TikTok untuk mendapatkan tip bagi memeriksa dorm pelajar.

DI mana ada kemahuan, di situ ada 'jalan'.

Begitulah kisah pelajar di sekolah berasrama penuh (SBP) yang berjaya menyeludup masuk barangan terlarang walaupun tertakluk kepada peraturan ketat.

Perasaan teruja dan darah muda golongan ini yang ingin mencuba perkara baharu menyebabkan sesetengah pelajar di asrama 'kreatif' untuk menyembunyikan barangan seperti rokok, telefon pintar dan majalah hiburan daripada dijumpai warden.

Walaupun begitu, melalui satu video tular di Twitter, seorang warden berfikiran luar kotak dengan membuat live di TikTok ketika sedang menggeledah dorm di sebuah SBP.

Rasional di sebalik tindakan ini ialah, penonton yang pernah bergelar pelajar SBP dapat mendedahkan kepadanya di manakah barangan terlarang ini biasanya disimpan pelajar-pelajar ini.

Maka dari live itu, terungkai setiap satu strategi 'turun-temurun' untuk menyembunyikan barangan terlarang daripada dilihat warden asrama dan rahsia yang disimpan rapi selama bergenerasi akhirnya terbongkar.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu Hafiz jadi hero! Selamba hayun rak besi pecah pintu asrama... Pelajar perempuan bersorak gembira selepas 2 jam terkurung

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak hiba balik asrama, walau nangis tak putus beri bermacam nasihat untuk ibunya - “Tak sampai 15 minit dia call tanya ibu sihat?”

"Aduh buat live waktu spotcheck (pemeriksaan mengejut), viewers semua bagi kantoi," kata seorang netizen.

Dalam video itu, warden asrama tersebut sedang membaca komen penonton sambil memberikan arahan kepada pengawas yang sedang memeriksa dorm untuk mencari barangan terlarang.

"Cuba check dekat tandas, mesti ada rokok dekat situ," kata seorang penonton.

Namun begitu, warden asrama tersebut mengatakan pelajar di situ tidak terpalit dengan isu rokok tetapi sebaliknya barangan terlarang yang lain.

Pandai eh masing-masing dah habis sekolah, kesian diaorang.

NETIZEN

"Dekat sini rokok tak ada, dekat sekolah ni budak-budak tak ada hisap rokok, rokok clear," kata warden itu membalas cadangan tersebut.

Warden asrama itu kemudiannya menyambung membaca komen penonton yang sedang ralit mendedahkan 'rahsia' pelajar asrama.

"Check dekat bawah tilam, check dalam sabun cuci baju, check dekat tiang katil tu masuk ikut bawah.

"Celah tingkap pun boleh jadi tempat sorok barang, check dalam kasut, check dalam pasu bunga," kata beberapa penonton memecah rahsia pelajar-pelajar asrama tersebut.

Pasu bunga juga boleh dijadikan tempat untuk menyembunyikan barang. -Gambar hiasan.

Warden asrama itu seterusnya menyampaikan pesanan tersebut kepada pengawas yang sedang bertungkus-lumus memeriksa setiap inci dorm itu.

"Ada pasu bunga dekat sini? Check pasu bunga.

"Celah tingkap pun boleh jadi juga. Mana celah tingkap, tengok sikit," katanya kepada pengawas.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, netizen rata-rata menyambung untuk berkongsikan rahsia pelajar sekolah berasrama penuh dalam menyembunyikan barangan terlarang.

"Buku-buku tebal tu check ustaz, takut ada 'laci' dalam buku tu.

Sebahagian komen warga maya.

"Tempat paling selamat adalah bungkus barangan terlarang dalam plastik, lepas tu tanam bawah pasu besar. Dah macam nak hapus bahan bukti membunuh pula.

"Bungkus barang dalam plastik dan letak dalam tong sampah yang penuh.

"Saya kalau waktu spotcheck, saya akan sorok phone dalam seluar yang disidai di ampaian," kata sebilangan netizen.

Seorang warga maya juga menzahirkan rasa simpati atas nasib pelajar dalam video itu yang sedang digeledah asrama mereka.

"Pandai eh masing-masing dah habis sekolah, kesian diaorang," ujar pelayar itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain