suria

Berasap tayar! 3 penunggang nyaris maut... lori nak kejar lampu hijau, mat motor pecut masa traffic light merah... siapa salah?

Tiga penunggang motosikal nyaris dirempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat.

PERSIMPANGAN lampu isyarat sering kali menjadi 'hot spot' kemalangan gara-gara sikap pengguna jalan raya yang mengingkari peraturan dan mementingkan diri sendiri.

Biarpun banyak video kemalangan yang dikongsikan di media sosial, namun masyarakat seolah-olah tidak mengambil pengajaran daripada perkongsian berkenaan.

Dalam satu kejadian terbaharu, tiga penunggang motosikal nyaris menemui ajal apabila hampir dirempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat.

Menerusi rakaman yang tular di media sosial, ketiga-tiga penunggang motosikal berkenaan yang sedang menunggu di simpang empat, terus memecut tanpa melihat ke kiri dan kanan.

Ketika mereka mula memecut, lampu isyarat masih merah dan hanya bertukar hijau apabila ketiga-tiganya berada di tengah-tengah persimpangan.

Dalam waktu yang sama, sebuah lori dipandu laju dari sebelah kiri, dipercayai cuba memecut sebelum lampu isyarat di jalannya bertukar merah.

Namun pemandu lori tersebut bertindak pantas dengan menekan brek kecemasan sehingga tayarnya mengeluarkan asap dan kenderaannya turut berpusing.

lori 1

Lori berkenaan berpusing gara-gara menekan brek secara mengejut.

Sementara itu, ketiga-tiga penunggang motosikal berkenaan terselamat kerana berjaya memecut laju dan dua daripada mereka sempat menekan brek.

Video tersebut dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di belakang ketiga-tiga penunggang motosikal berkenaan.

Bagaimanapun lokasi kejadian tidak dinyatakan secara spesifik.

Sementara itu menjengah ruangan komen, netizen melontarkan reaksi yang berbeza, dengan ada yang menyalahkan pemandu lori dan ada yang menyalahkan penunggang motosikal dan melabel mereka sebagai 'mat rempit'.

Motor tu belum hijau dia dah jalan. Lori tu dah merah masih nak jalan. Dua-dua salah lah kan?

NETIZEN

"Pemandu lori minta tolonglah bawa slow sikit lagi-lagi dekat simpang lampu isyarat. Ini sudah kuning, lagi mahu kejar.

"Dasar mat rempit bod**. Menyusahkan abang lori kemudian lari macam tu saja.

"Elok rempuh saja, biar orang macam ni pupus," komen netizen.

Namun segelintir netizen tidak menyebelahi mana-mana pihak dan berpendapat pemandu lori dan penunggang berkenaan masing-masing cuai.

"Motor tu belum hijau dia dah jalan. Lori tu dah merah masih nak jalan. Dua-dua salah lah kan?

"Dua-dua salah sebab dua-dua langgar lampu merah. Biasa tiga saat lepas lampu sana dah merah, baru lampu sini tukar hijau," komen netizen.

lori 3

Antara komen netizen yang melontarkan reaksi yang pelbagai.

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang memuji kecekapan pemandu lori berkenaan kerana pantas bertindak untuk mengelakkan kecelakaan.

"Nasib abang lori pandai drift.

"Nasib baik pemandu lori tu perform!" demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain