MALANG tidak berbau. Hari yang dirasakan tenang pada mulanya boleh bertukar kacau-bilau apabila adanya aral yang melintang. Begitulah pengalaman dilalui wanita ini apabila beg silang suaminya hilang ketika mereka berkunjung ke sebuah gedung perabot popular. Hari untuk bersuka-ria bagi pasangan suami isteri ini berakhir di balai polis. Dalam perkongsian wanita itu yang mesra disapa sebagai Hamiza, dia menceritakan bagaimana detik mencemaskan pada hari itu bermula. "Anep (suami Hamiza) cakap dia sakit perut nak pergi tandas, jadi saya pun tunggu dekat luar. "Saya tunggu Anep dalam 30 minit juga tapi tak syak apa-apa. Lepas tu bila keluar dia cakap beg hilang waktu dalam tandas," ujar Hamiza. ARTIKEL BERKAITAN: Pencuri tengah highway! Orang kelam-kabut tolong mangsa kemalangan, pelaku ligat curi dompet... Sempat guna paywave ‘cekau’ RM400 ARTIKEL BERKAITAN: Sedar dompet hilang ketika kuarantin, 2 hari selongkar rumah... gadis diberi petunjuk selepas 30 minit baca doa - “Macam tergerak hati nak berpaling muka” Perkara yang lebih merunsingkan apabila beg silang itu mempunyai dompet dan barangan berharga yang lain. "Dalam beg tu ada phone kedua dia, kad pengenalan, lesen kereta, kad bank dan wang tunai. "First thing first Anep guna phone saya untuk call bank dan batalkan semua kad," cerita Hamiza. Sementara itu, Hamiza melangkah ke kaunter pengawal keselamatan di dalam premis itu untuk membuat laporan. Duduk dalam tandas pun dah tak selamat eh sekarang sampai boleh kena pukau. NETIZEN Walaupun begitu, Hamiza mendakwa dia tidak mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pengurusan gedung perabot berkenaan. Hamiza dan suaminya sedar yang mereka sedang 'berlumba' dengan masa kerana lebih lama beg tersebut hilang, lebih tipis peluang untuk ia ditemui semula. "Suami saya dah settle cancel kad semua, dia pun dah double check dekat tandas dan buat laporan di lost and found. "Kami check Maybank2U tak ada new transaction, Alhamdulillah. Tapi bila saya cuba call phone kedua suami dalam beg tu, dah tak berdering. "Maksudnya dah ada orang tutup la kan, sebab tak kan la dia tertutup sendiri," ujar Hamiza kerisauan. Beg silang suami Hamiza yang dipercayai dicuri. Sudah jatuh ditimpa tangga pula, Hamiza tiba-tiba tersedar yang kunci kereta mereka diletakkan di dalam beg silang suaminya yang hilang itu. Hampir gugur jantung Hamiza dan suami, mereka segera membuka langkah seribu ke lot parkir kereta untuk melihat jika kenderaan mereka masih ada di sana. "Biasanya kunci kereta saya yang pegang tapi hari ni out of all days, saya bagi suami pegang. "Memang berderau darah kami fikir kalau siapa-siapa bawa keluar kereta kami memang habis kami. Bila sampai, kami tengok kereta kami masih ada syukur. "Kami panggil security untuk clamp kereta supaya orang yang pegang kunci tu tak boleh bawa lari," kata Hamiza. Kedudukan beg silang suami Hamiza ketika disedari telah hilang. Urusan dipermudahkan apabila individu yang membantu mereka untuk mengapit tayar mengenali seorang tukang kunci yang boleh membantu mereka untuk membuat kunci kereta baharu. "Tukang kunci tu nama dia Mr Lim. Kami call dia. Dia tanya model kereta apa semua dan dia bagi harga. "Kami pun kata okay sebab tak sempat nak buat perbandingan harga. Mr Lim cakap dalam sejam dia akan datang. "Mr Lim datang dengan peralatan gajet dia semua sebab kunci kereta kami ni elektronik. Kami pun baru tahu macam itu cara dia rupanya. "Total hangus RM1,150," keluh Hamiza. Proses membuat kunci kereta baharu menelan kos yang besar. Hamiza dan suami seterusnya membuat laporan di Balai Polis Pudu. "Suami saya cerita yang dia tertinggal beg tu sekejap dalam cubical tandas. Dia keluar basuh tangan dekat sinki kejap. 'Bila sedar dia terus patah balik masuk tandas tu untuk cari beg dia, dah lesap. Dalam masa sekejap tu boleh terus hilang? "Polis ada bagi kemungkinan yang suami saya dipukau, mungkin sebab tu dia tak sedar dengan apa yang terjadi," kata Hamiza. Hamiza berkata walaupun kecewa dengan apa yang berlaku, dia dan suaminya reda dan mendoakan agar dalang kepada kecurian beg silang suaminya segera bertaubat. Hamiza dan suaminya sempat menikmati aiskrim untuk menenangkan keadaan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib yang menimpa Hamiza dan suami. "Pishang mat kalau kena pukau time tengah membuang dalam tandas. "Sebelum ni risau kalau ada spy cam dalam tandas, sekarang ni risau kena pukau dalam tandas pula. "Duduk dalam tandas pun dah tak selamat eh sekarang sampai boleh kena pukau," kata sebilangan warga maya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI