suria

Wanita gelabah nampak perkataan ‘pork’! Heboh di media sosial ada unsur babi dalam rempah - “Sia-sia belajar Bahasa Inggeris”

Tangkap layar (screenshot) daripada video yang dimuat naik oleh wanita yang mendakwa terdapat 'babi' di dalam rempah ratus.

ITULAH pentingnya English education (pembelajaran bahasa Inggeris)!

Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian video memaparkan seorang wanita yang mendakwa satu jenama rempah ratus yang terdapat di pasaran mengandungi 'pork' atau babi.

Menerusi perkongsian video berdurasi 50 saat yang kini tular di media sosial itu, wanita berkenaan membuat rakaman dia sedang membelek botol rempah ratus yang disusun di rak sebuah pasar raya.

Dia yang mahu mencari 'seasoning' untuk membuat perapan daging ayam bagaimanapun memaklumkan dirinya terkejut apabila mendapati terdapat perkataan 'pork' pada pelekat di kebanyakan botol satu jenama rempah ratus yang dipamerkan di rak.

"Nasiblah mak (saya) ni jenis baca ingredients (bahan-bahan).

"Korang yang biasa pergi ******* nak beli spices (rempah ratus) di rak ni, korang kena hati-hati sebab ada macam Cajun Seasoning ni ingredients dia ada pork.

pork baru

Perkataan 'pork' (babi) tertera pada kategori 'use on' (digunakan pada) dan bukan kategori bahan.

"Satu lagi Season All ni pun ada. Ini pun ada. Yang ada (pork) ni kebanyakan stickernya berwarna oren. Kalau yang herba-herba seperti daun basil, tak ada ingredient itu.

"Jadi nak beli kena hati-hati," demikian kata wanita tersebut pada perkongsian video yang asalnya dimuat naik di laman TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik restoran ‘siasat’ kenapa sambalnya rasa pelik, tunjuk bukti penemuan ‘benda’ dalam belacan - “Macam pasir di pantai”

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Kedai nasi ayam viral tiada sijil halal

Tambah wanita tersebut, perkongsian berkenaan dilakukan kerana mahu pengguna khususnya yang beragama Islam agar lebih berhati-hati dan teliti sebelum membeli sesuatu barangan makanan yang dikhuatiri mengandungi unsur haram.

Bagaimanapun disebabkan perkongsian tersebut, wanita berkenaan menerima kecaman hebat netizen gara-gara 'terlebih yakin' menunjukkan 'kepandaian' sehingga mencetuskan kekecohan di media sosial.

Kenapa bila nampak tulisan 'pork' je semua nak claim ada benda tu. Aduhai, tolonglah pesan dekat orang macam ni sila baca betul-betul.

NETIZEN

Ini kerana, wanita tersebut tersilap melihat perkataan 'pork' pada pelekat botol rempah ratus di mana ia bukanlah dalam kategori 'bahan-bahan' (ingredients), sebaliknya ia dalam kategori 'digunakan pada' (use on).

Ia bermaksud rempah ratus berkenaan sesuai digunakan sebagai perapan untuk daging-daging termasuklah babi.

"Masalahnya dia faham tak terma 'use on' tu? Kenapa bila nampak tulisan 'pork' je semua nak claim ada benda tu. Aduhai, tolonglah pesan dekat orang macam ni sila baca betul-betul.

komen pork

Netizen melontarkan kecaman susulan perkongsian berkenaan menjadi tular.

"Kalau tak pandai, jangan ajak orang lain sekali.

"Seriuslah dia memang tak tahu? Atau saja buat lawak? Takkan dia tak terfikir apa-apa?

"Sia-sia belajar Bahasa Inggeris dari darjah 1 hingga tingkatan 5.

"Baru saya nak menggelabah sebab memang ada beberapa (rempah) dekat rumah," demikian antara komen netizen.

Menerusi carian mStar, video tersebut bagaimanapun sudah dipadamkan daripada akaun wanita tersebut, malah ia turut ditetapkan mod 'private'.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain