suria

Result ‘gempak’, kerja bagus! Bekas pelajar UiTM berjaya dan bergaya selepas dihina sahabat - “Dia malu saya pakai macam pendatang asing”

Lelaki ini menjalinkan hubungan toksik bersama individu yang dianggap sahabat sejak kecil.

SAHABAT sejati bukannya mudah untuk dicari.

Mempunyai seorang rakan yang boleh diberikan sepenuh kepercayaan pastinya menjadi keiinginan setiap insan.

Begitu juga lelaki ini yang mengimpikan untuk mempunyai seorang sahabat setia di sisinya tetapi hasrat tersebut ternyata tidak pernah kesampaian.

Ciapan asal di laman Twitter.

Lelaki yang dikenali sebagai Fairuz itu menerusi perkongsiannya di media sosial berkata dia mempunyai seorang rakan dari zaman persekolahan yang dianggap sebagai sahabat karib.

Malangnya, rakannya itu tidak mempunyai tanggapan yang sama ke atas dirinya.

"Dari sekolah memang kami sentiasa bergerak sekali, sampai la ke universiti pun. Saya masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah dengan kawan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ganas cuma di gelanggang! Petinju sebak peluk sahabat sejak kecil kahwin, pengantin perempuan sampai pujuk usap kepala

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sahabat lelaki ‘next level’, buat kek mi kungfu untuk BFF! Sambutan bajet hujung bulan sentuh hati netizen

"Waktu di UiTM tu, ada satu benda dia cakap dekat saya yang saya ingat sampai sekarang, dia cakap malu nak berkawan dengan saya sebab pakaian saya pakai ni macam pendatang asing.

"Saya tahu dia bukan bergurau waktu tu sebab saya memang kenal dia dari kecil. Saya muda lagi masa ni baru belasan tahun. Tak tahu nak react macam mana.

"Tapi dalam hati bercampur baur. Rasa malu ada. Rasa sedih ada. Rasa hina pun ada," cerita Fairuz dalam hantarannya itu.

Setiap orang yang kita jumpa ada pengajaran yang boleh diambil.

NETIZEN

Menurut Fairuz, hinaan kawannya itu dijadikan sebagai suntikan semangat untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam semester pengajiannya.

"Tapi momen itu la antara pemangkin untuk saya usaha lebih rajin sampaikan daripada Purata Nilai Gred (GPA) 2.45 naik mendadak ke 3.52 (Anugerah Dekan).

"Saya nak pesan, kalau ada kawan yang tak sama-sama mahu seiring ke arah kejayaan, tinggalkan.

"Saya ni setia tak bertempat. Dari kecil saya bersabar dan kekal berkawan sampai universiti," kata Fairuz kecewa.

Kisah Fairuz pernah disiarkan di akhbar tempatan.

Fairuz memberitahu, layanan biadab ketika di kampus seperti yang diceritakan bukanlah pertama kali diterima, tetapi dia hanya mampu mencekalkan hati kerana mahu mempertahankan persahabatan yang terjalin.

"Dari kecil saya bersabar dan kekal berkawan sampai universiti. Masa darjah enam dia pernah ajak saya masuk pertandingan puisi. Saya tak nak, saya takut. Dia paksa juga.

"Dalam saya dipaksa, saya masuk. Dia menang tempat pertama. Lepas menang dia tinggalkan saya macam tu je. Rupanya dia ajak saya sebab dia perlukan orang untuk iring dia.

"Masa tingkatan dua saya menang satu pertandingan peringkat daerah. Seronok sangat. Tapi dia cakap 'pertandingan kolot, hadiah pun hamper je'. Lepas tu dia ketawa.

"Kemudian kami pernah masuk pertandingan reka kad ucapan hari guru. Hadiah biasa je sebab cikgu buat saja-saja. Dia menang tempat pertama. Saya cuma mampu menangis je tengok," kata Fairuz yang berasal dari Pekan, Pahang ini.

Perkara yang membuatkan Fairuz lebih terkilan adalah bagaimana sahabatnya itu dilihat tidak pernah berbangga dengan kejayaannya.

"Waktu ni dah masuk diploma, ada pertandingan melukis potret. Waktu tu saya jadi Ahli Jawatankuasa (AJK) untuk event tu. Tak bawa alat lukisan pun.

Fairuz kini lebih yakin dengan dirinya.

"Tapi kawan-kawan kelas ajak masuk dan bagi pinjam barang. Sahabat saya tu masuk juga. Hasil lukisan pemenang ditampal di dinding. Semua ucap tahniah dekat saya. Rupanya saya dapat tempat kedua.

"Dapat replika cheque RM700. Datuk Seri Ali Rustam sampaikan hadiah sebab pertandingan besar. Saya cari kawan saya nak kongsi berita yang saya menang tapi tak jumpa.

"Saya call tanya dia dekat mana. Dia jawab 'Aku dalam bas balik kampus'. Bila ditanya kenapa, dia jawab 'Aku tak boleh terima kemenangan kau" kata Fairuz yang remuk hatinya mendengar kata-kata kawannya itu.

Setelah satu persatu perangai jelik sahabatnya itu terungkai, Fairuz akhirnya memutuskan untuk menjauhkan diri demi persekitaran sosialnya yang lebih sihat.

"Dipendekkan cerita kami tak lagi berkawan. Bila dah tak ada orang yang mainkan emosi dan buat diri kita jadi down, hidup akan jadi lebih positif.

Pengakuan Fairuz mengenai kehidupannya.

"Saya tak simpan dendam tapi saya nak ucapkan terima kasih, kalau bukan sebab kata-kata dia, saya mungkin tak berada di mana saya berada sekarang.

"Saya usaha kuat sebab saya tak mahu dihina lagi. Dan ia juga mengajar saya untuk tak menghina orang sebab suatu masa dulu saya pernah berada di situ," kata Fairuz mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

Selepas belajar di UiTM, Fairuz menyambung pengajian peringkat ijazah dalam jurusan Penerbitan di Universiti Sydney, Australia.

Selepas tamat pengajian, dia mengasaskan syarikat ejen pelancongan sendiri dan kini amat bersyukur dengan apa yang dikecapinya.

"Masa tu bukan saya tak tahu nak bergaya, cuma tak ada duit nak beli baju elok.

"Tapi saya harap dia dapat lihat yang perubahan terbesar saya bukanlah penampilan atau apa yang saya pakai sekarang.

"Perubahan saya adalah pencapaian, Alhamdulillah," katanya, mengimbas sekali gus menjawab mengenai dirinya suatu masa dahulu.

Fairuz juga enggan mengeruhkan keadaan dan berharap netizen tidak menyerang bekas sahabatnya itu jika mereka berjaya meneka siapakah individu itu.

"Kepada sesiapa yang tahu siapa orangnya, cukuplah kita sahaja tahu. Tak perlu petik nama sesiapa.

"Cerita pun dah lama. Mungkin juga dia dah berubah. Doakan yang terbaik," kata Fairuz mengakhiri bicara.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan tweet, rata-rata netizen bersetuju dengan pendekatan Fairuz untuk merenggangkan hubungan dengan sahabatnya yang membawa aura negatif.

"Tahniah sebab berjaya keluar dari comfort zone persahabatan yang toxic. Setiap orang yang kita kenal menjadikan kita lebih matang.

"Kawan atau sahabat yang baik adalah mereka yang tumpang gembira dan raikan kejayaan kita bersama. Kalau ada rasa iri hati itu bukan kawan. Itu cuma tempat persinggahan.

"Setiap orang yang kita jumpa ada pengajaran yang boleh diambil," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain