suria

Tersilap ke tercuri? Aksi wanita ‘acah’ tak ingat kasut sendiri jadi perhatian, kesian... muda-muda dah pelupa

Gelagat seorang wanita yang 'tersilap' mengambil kasut ketika mengunjungi sebuah butik.

INI bukan tersilap, ini tercuri!

Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap satu perkongsian video memaparkan tindakan seorang wanita yang didakwa mencuri sepasang kasut di sebuah butik.

Aksi wanita tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

Menerusi video berdurasi 1.49 minit yang kini tular di media sosial itu, wanita berkenaan yang datang berseorangan dilihat memasuki sebuah butik barangan kecantikan dan alat solek.

Sebagaimana pelanggan-pelanggan lain, dia turut menanggalkan kasut yang dipakai, iaitu sneakers berwarna putih, dan meninggalkannya di pintu premis berkenaan.

Tidak lama kemudian, dapat dilihat kelibatnya membuka pintu butik untuk keluar dari premis berkenaan.

Bagaimanapun, wanita tersebut tidak segera memakai kasutnya yang jelas kelihatan di hadapan pintu, sebaliknya dia mundar mandir di hadapan butik itu dengan hanya berstoking buat seketika sambil memegang telefon bimbit.

kasut 2

Wanita berkenaan mundar mandir dan seolah-olah terlupa kasut yang dipakainya (bulatan merah).

Beberapa saat kemudian, dia kembali berdiri di hadapan pintu seolah-olah sedang mencari kasut miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia kata ada kat kampung, mak sakit” - Selepas selamba rembat 2 pasang kasut, pencuri berdolak-dalih minta padam video CCTV

ARTIKEL BERKAITAN: Mencuri tak guna otak, muka terpampang depan CCTV sebab pakai ‘mask’ bawah dagu... Ini punca kasut depan rumah lesap!

Namun apa yang mencurigakan, wanita tersebut kelihatan seperti terlupa dan tidak dapat mengenal pasti kasutnya sedangkan ia langsung tidak berubah dari tempat asal.

Tambahan pula, kasutnya tidak sukar untuk dibezakan dengan kasut-kasut pelanggan lain kerana warnanya putih, malah hanya ada kurang daripada 10 pasang kasut di hadapan premis berkenaan.

Selepas beberapa ketika, dia kemudian mencapai sepasang kasut lain yang berwarna hitam bercampur merah jambu, dan dengan selamba menyarung ke kakinya sebelum terus berlalu.

Tunggu line clear baru buat kerja. Dah tahu taktik macam ni. Jaranglah orang muda dapat penyakit lupa.

NETIZEN

Video rakaman CCTV itu kemudian dimuat naik oleh butik kecantikan berkenaan di aplikasi TikTok, bagi meminta warganet mengesan gerangan wanita berkenaan.

"Awak tersilap ambil kasut. Kita contact awak tak dapat. Tolong contact kita untuk pulangkan.

"Siapa kenal? Tolong share geng TikTok," demikian kapsyen pada video berkenaan yang sehingga kini meraih lebih 503,000 jumlah tontonan.

Video tersebut turut tular di laman Twitter selepas dikongsikan di akaun @jalalmisai.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata netizen mengesyaki wanita berkenaan sememangnya berniat untuk mencuri kerana gelagatnya yang aneh dan mencurigakan.

Walaupun ada segelintir netizen yang cuba untuk berbaik sangka, namun ramai tetap berpendapat tidak logik untuk wanita tersebut terlupa kasut sendiri.

komen kasut

Antara komen yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian video berkenaan.

"Tunggu line clear baru buat kerja. Dah tahu taktik macam ni. Jaranglah orang muda dapat penyakit lupa.

"Bukan lupa ni sebab dia pandang kasut tu lepas keluar. Lepas keluar, macam tengah cover line fikir sesuatu.

"Ini bukan lupa. Jaranglah orang perempuan lupa bab ni... orang perempuan ni lagi teliti," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen yang mencadangkan agar pemilik premis mewujudkan ruangan khas untuk kasut pelanggan sekiranya mengaplikasikan konsep menanggalkan kasut, bagi mengelakkan insiden seumpamanya berulang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain